Friday 18 February 2022

Baiki dekoder astro DS830NA reboot sendiri

Sebelum ini saya pernah kongsikan masalah dekoder astro model DS830NA yang 'reboot' sendiri (auto reboot) serta keluar indikator yang tidak lengkap seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan anda boleh rujuk di sini.

Paparan indikator tidak lengkap...

Seperti biasa saya akan buka dekoder dan ukur voltan pada inductor seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Kali ini salah satu voltan yang sepatutnya 1.8v, saya dapat bacaan tinggi iaitu 2.033v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sepatutnya 1.8v sahaja...

Pemeriksaan menyeluruh mendapati 5 biji kapasitor rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Komponen yang rosak...

Nilai kapasitor yang rosak ialah:-

  1. 220uF, 25v (3 biji)
  2. 470uF, 10v (2 biji)
Komponen yang rosak...

Dekoder astro ini berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula setelah kelima-lima kapasitor yang rosak di atas telah saya gantikan.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.