Wednesday 31 January 2024

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Hujung tahun lepas pada bulan November saya telah memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui dalam talian di sini.

Permohonan telah berjaya dihantar serta diterima namun hanya diproses pada bulan January tahun ini.

Pemeriksaan baru-baru ini pada laman sesawang mendapati STR kini telah dijenama semula kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Status: Dalam Proses Semakan

Pemeriksaan dari masa ke semasa pada bulan January mendapati status masih dalam proses semakan dan hanya berubah ke lulus pada 28/01/2024.

Status: Lulus

Wang sebanyak RM100 untuk fasa 1 telah dikreditkan ke akaun bank saya pada 29/1/2024.

Masuk akaun pada 29/1/2024

Lulus RM350 dan sudah dapat RM100...

Bayaran ke-2 masuk akaun pada 04/04/2024

Bayaran ke-2 RM100 diterima pada 04/04/2024.

Sunday 28 January 2024

Najis lipas merosakkan papan litar

Sealer model P290 ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Papan litar sealer P290

Baru-baru ini ianya dirujuk semula dengan masalah sama iaitu gagal berfungsi dan rasanya masalah sama berulang.

Perintang R9 putus...

Setelah papan litar dibuka serta diperiksa, kali ini perintang R9 pula terbakar dan putus seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Bacaan perintang R10 (472) tidak normal...

Pemeriksaan pada perintang R10 mendapati nilainya telah jauh berubah dari asal uaitu 4.7kΩ seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan perintang R9 & R10...

Kali ini saya gantikan kedua-dua perintang tersebut dengan perintang 1/8w seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

siap...

Masalah selesai dengan menggantikan perintang R9 & R10 sahaja dan sealer ini kembali berfungsi semula. Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di penghujung blog ini.

Tested - ok

Selamat berDIY...

Thursday 25 January 2024

Jangan beli telur ayam di pasaraya

Kebelakangan ini saya dapati harga telur  ayam tidak menentu dan kadang-kadang terpaksa beli telur harga kayangan di pasaraya sebab kedai runcit kehabisan stok.

Umum tahu harga ayam serta telur ayam kini tiada subsidi kerajaan lagi sejak November 2023.

14/01/2024 - Everwin supermarket

Gambar di atas dan di bawah ialah perbezaan harga serta gred telur yang dibeli oleh saya bulan ini.

Saya tidak pasti kenapa harga begitu jauh berbeza dan perbezaannya ialah harga kayangan dibeli di pasaraya dan yang murah itu dibeli dari kedai runcit.

Setiap kali jika saya membeli-belah di lokasi yang berbeza, saya akan perhatikan harga telur dan semua pasaraya menjual telur ayam dengan harga mencecah RM20.00 sepapan. Hanya di kedai runcit sahaja boleh dapat harga murah di bawah RM15.00. Ada peruncit yang menghadkan sepapan sahaja untuk setiap pelanggan sebab stok terhad.

23/01/2024 - Egg shop

Saya tak nak komen banyak sebab saya bukan penternak ayam mahupun peniaga. Sebagai pengguna saya rasa harga tidak berpatutan dijual di pasaraya.

Anda boleh bandingkan sendiri, logik tak telur gred C lebih mahal dari gred A? Dua-dua kata telur mereka mengandungi selenium namun penternak yang berbeza dan ada tertera pada resit di atas.

Tak tahu pula berapa harga sepapan telur omega kini sebab seolah-olah telah lesap diganti oleh telur selenium.

Fikir-fikirkan...

Monday 22 January 2024

ABB Hotel Key Card Switch

Banyak 'key card switch' seperti ini telah saya baiki dan kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

ABB key card switch

Setiap peralatan elektrik yang telah saya baiki akan dilabel tarikhnya dan dari rekod pada gambar di bawah, 'key card switch' yang telah dibaiki boleh digunakan selama kira-kira 2 tahun.

01/11/2019 - 17/08/2021 - 23/05/2023

Majoriti masalah 'key card switch' ini ialah gagal berfungsi apabila kad dimasukkan dan kerosakkannya hanya pada sebiji kapasitor seramik sahaja dengan label 684J (680nf), 630v.

CBN22 - 684J (680nf)

Selamat berDIY...

Friday 19 January 2024

Blood Donor Card - MySejahtera

Saya mula menderma darah pada tahun 2008 dan sehingga akhir tahun 2023 saya telah menderma sebanyak 21 kali.

Walaupun saya telah menderma sebanyak 21 kali namun rekod saya di aplikasi mysejahtera cuma 7 sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saya telah membuat aduan kepada pihak mysejahtera melalui e-mail seperti diminta pada aplikasi namun tiada tindakan.

Hujung tahun lepas (2023) sewaktu menderma darah ke-21, saya telah mengadu masalah di atas kepada pihak pendaftar bank darah yang bertugas ketika itu.

Petugas meminta gambar kad pengenalan, buku rekod menderma darah serta gambar tangkap layar rekod mysejahtera sahaja untuk membantu mengemaskini rekod pada mysejahtera.

Hari berikutnya saya dapati rekod pada mysejahtera saya telah dikemaskini seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gambar di atas adalah faedah sebagai penderma darah yang saya ambil dari aplikasi mysejahtera.

HB - 16 .3 (31/12/2023)

Gambar di atas dan di bawah pula ialah pemeriksaan wajib yang harus lulus sebelum saya dibenarkan menderma darah ke-21 lepas.

BP - 121/82, HR - 65 (31/12/2023)

Ketika program menderma darah baru bermula suatu ketika dahulu, penderma akan diberi sebotol stout serta telur rebus oleh hospital kerajaan setelah berjaya menderma darah. Dengar cerita ada yang mengatakan stout boleh 'tambah darah'. 

Saya juga pernah mendengar cerita dari orang yang kerja mengangkat barang di jeti serta memindah barangan dari kontena mengatakan mereka setiap hari selepas kerja harus meminum stout. Jika tidak, hari berikutnya tidak bertenaga untuk kerja.

Majoriti kini diberi sijil serta sedikit buah tangan dari pihak penganjur seperti sekampit beras, boucher, roti, kuih dan sebagainya.

Tuesday 16 January 2024

6K4 vs 6J1

Baru-baru ini saya telah membeli valve (vacuum tube) 6K4 untuk diuji pada preamplifier yang pernah saya kongsikan suatu ketika dahulu di sini.

6K4

Untuk pengetahuan semua, valve 6K4 boleh digunakan untuk menggantikan 6J1, 6J2, EF95 atau 5654W.

Cabut 6J1 & pasang 6K4

Perbezaan fizikal pada 6J1 & 6K4 ialah saiz seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Selain perbezaan saiz, rintangan Filamen pada pin 3 & 4 juga berbeza:-

  1. Filamen 6J1 - 5.6Ω
  2.  Filamen 6K4 - 3.9Ω
Siap...

Sehingga blog ini ditulis, saya telah menguji valve 6K4 selama hampir sebulan dan kualiti audionya lebih baik berbanding 6J1. Bunyi bass lebih bertenaga dan suara vokal juga lebih jelas serta lebih nyaring.

Testing...

Jika anda ada preamplifier yang menggunakan valve 6J1, anda boleh pertimbangkan 6K4 jika ingin menikmati audio yang lebih jelas serta berkualiti.

Saturday 13 January 2024

Pangkalan Data Utama (PADU)

PADU adalah singkatan untuk pangkalan data utama yang telah dilancarkan pada 02/01/2024 oleh perdana menteri Dato Sri Anwar Ibrahim.

PADU dibangunkan untuk mendapatkan data penduduk di negara kita bagi menyalurkan bantuan subsidi secara bersasar yang bakal digunakan tidak lama lagi.

Orang ramai adalah disarankan untuk mendaftar terutamanya yang memerlukan bantuan subsidi. Pendaftaran akaun boleh dilakukan dalam talian di sini mulai 02/01/2023 sehingga 31/03/2023.

Jika anda rasa tidak memerlukan bantuan subsidi kerajaan apabila subsidi bersasar dikuatkuasa kelak, anda boleh abaikan atau tidak membuat pendaftaran pada sistem PADU.

Setelah pendaftaran berjaya, langkah seterusnya ialah melakukan pengesahan identiti melalui e-KYC.

Pengesahan e-KYC memerlukan gambar hadapan dan belakang kad pengenalan serta gambar 'selfie' pemohon sendiri dengan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja.

Pengesahan identiti melalui e-KYC saya gagal dua kali dan ianya dimaklumkan melalui sms seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Saya tidak pasti kenapa pengesahan identiti saya gagal pada mulanya namun ianya telah berjaya disahkan pada kali ke-3 dan gambar di bawah adalah statusnya.

Banyak masalah sistem PADU tidak dapat diakses sebab jumlah trafik yang tinggi terutamanya pada hari pertama dilancarkan.

Walaupun pengesahan identiti e-KYC telah berjaya dihantar namun pemohon masih tidak dapat menghantar permohonan dan harus menunggu makluman melalui sms seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Dapat sms pada 08/01/2023

Pengesahan e-KYC saya dihantar pada 2/1/2023 dan makluman melalui sms hanya diterima pada 8/1/2023.

Selepas menerima pengesahan identiti melalui sms, pastikan butiran lengkap diisi dan masuk ke bahagian perakuan. Tik petak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah dan klik 'hantar perakuan'.

Keseluruhan proses dari pendaftaran sehingga permohonan lengkap dihantar mengambil masa 6 hari berdasarkan pengalaman saya di atas.

Sebenarnya 6 hari yang diperlukan adalah tempoh untuk mendapatkan pengesahan identiti e-KYC. Butiran atau maklumat pribadi boleh dilengkapkan dalam masa yang singkat sahaja.

Selesai...

Saya telah mendaftar, anda bila lagi?

Wednesday 10 January 2024

No signal - Astro DS830NA decoder (Part II)

Masalah tiada isyarat (no signal) pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Strength & Quality: 0%

Hari ini saya dirujuk sebuah dekoder astro model DS830NA dengan masalah 'no signal' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

19 FUTURE 01

Pemeriksaan pada dekoder tidak menemui sebarang kerosakkan dan apa yang saya perasan kali ini ialah 'current entry point name' seperti telah saya tandakan pada gambar pertama di atas.

01 M3B VL-10732

Sebagai percubaan, saya telah ubah 'current entry point name' dari nombor 19 ke nombor 01 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Keterangan lanjut langkah-langkah menukar 'current entry point name' boleh ditonton pada klip video di bawah.

Masalah 'no signal' selesai dengan menukarkan 'current entry point name' sahaja seperti telah saya terangkan di atas.

Saya tidak pasti kenapa masalah sedemikian sering dirujuk kepada saya dan yang pasti ianya bukan masalah dekoder tetapi mungkin perubahan tetapan (setting) oleh pihak astro.

Selamat mencuba...