Thursday 25 January 2024

Jangan beli telur ayam di pasaraya

Kebelakangan ini saya dapati harga telur  ayam tidak menentu dan kadang-kadang terpaksa beli telur harga kayangan di pasaraya sebab kedai runcit kehabisan stok.

Umum tahu harga ayam serta telur ayam kini tiada subsidi kerajaan lagi sejak November 2023.

14/01/2024 - Everwin supermarket

Gambar di atas dan di bawah ialah perbezaan harga serta gred telur yang dibeli oleh saya bulan ini.

Saya tidak pasti kenapa harga begitu jauh berbeza dan perbezaannya ialah harga kayangan dibeli di pasaraya dan yang murah itu dibeli dari kedai runcit.

Setiap kali jika saya membeli-belah di lokasi yang berbeza, saya akan perhatikan harga telur dan semua pasaraya menjual telur ayam dengan harga mencecah RM20.00 sepapan. Hanya di kedai runcit sahaja boleh dapat harga murah di bawah RM15.00. Ada peruncit yang menghadkan sepapan sahaja untuk setiap pelanggan sebab stok terhad.

23/01/2024 - Egg shop

Saya tak nak komen banyak sebab saya bukan penternak ayam mahupun peniaga. Sebagai pengguna saya rasa harga tidak berpatutan dijual di pasaraya.

Anda boleh bandingkan sendiri, logik tak telur gred C lebih mahal dari gred A? Dua-dua kata telur mereka mengandungi selenium namun penternak yang berbeza dan ada tertera pada resit di atas.

Tak tahu pula berapa harga sepapan telur omega kini sebab seolah-olah telah lesap diganti oleh telur selenium.

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.