Thursday 30 March 2023

SAMSUNG MS23K3513AK microwave repair

Hari ini saya dirujuk sebuah ketuhar gelombang mikro (microwave) berjenama SAMSUNG, model MS23K3513AK dengan masalah boleh dihidupkan namun tidak panas.

SAMSUNG MS23K3513AK microwave

Tidak panas merupakan masalah yang sering dirujuk untuk dibaiki dan saya pernah kongsikan microwave jenama lain di sini, sini, sini dan sini.

Model: MS23K3513AK

Dari label, saya dapati microwave ini dikilangkan pada Ogos 2018 dan tarikh dibeli oleh pemilik ialah pada 09/10/2019 dan telah digunakan lebih dari 3 tahun.

Komponen rosak...

Pemeriksaan menyeluruh mendapati kerosakkannya ialah pada magnetron yang mengakibatkan HV fuse juga turut putus.

HV fuse putus (650mA)

Microwave ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kedua-dua komponen yang rosak di atas telah saya gantikan dengan yang baharu.

magnetron model QM75S(31)

Keterangan lanjut cara-cara 'troubleshooting' boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Tuesday 28 March 2023

peplink Balance580 router repair

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah router berjenama peplink, model Balance580 dengan masalah gagal berfungsi bila dibekalkan arus elektrik.

peplink Balance580

Sebelum dibuka untuk diperiksa, saya telah mengujinya dan masalahnya ialah seperti boleh dilihat pada klip video di bawah iaitu lampu 'power' menyala selepas suis dihidupkan namun padam sejurus selepas itu.

Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan PSU (power supply unit) gagal membekalkan arus elektrik yang berterusan untuk kegunaan peralatan elektrik.

Product code: BPL-580

Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalamnya setelah penutup atas telah dibuka dan pemeriksaan awal mendapati masalahnya sah pada PSU.

Setelah penutup atas dibuka...

Setelah PSU dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui sebiji kapasitor dengan nilai 1500uf, 10v kembung serta bocor seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

sebiji kapasitor bocor...

Sebagai percubaan, saya telah gantikan kapasitor yang rosak dan PSU boleh menghasilkan bekalan output 12v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah sewaktu diuji.

12v

PSU router ini berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan sebiji kapasitor (1500uf, 10v) yang bermasalah sahaja.

Kapasitor 1500uf, 10v yang rosak...

Kapasitor yang rosak tersebut ialah pada bahagian output dan nilai kapasitannya cuma 30pf sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Testing...

Selamat berDIY...

Sunday 26 March 2023

CE-KFR70G air conditioner PCB repair

Sebelum ini saya pernah baiki papan litar penyaman udara seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

CE-KFR70G

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi papan litar yang serupa dan menurut pemilik, ianya gagal berfungsi setelah kedengaran bunyi meletup sewaktu menghidupkan penyaman udara.

fius 5A putus...

Pemeriksaan pada papan litar mendapati fius utama dengan nilai 5A putus dan satu litar pada bahagian bawah papan litar juga putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Sambung litar yang putus...

Papan litar ini berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan fius yang putus serta menyambung kembali litar yang putus sahaja.

Selamat mencuba...

Friday 24 March 2023

Doorbell switch with DND & make up room indicator repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk suis loceng pintu dengan indikator seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

DND Doorbell Make Up Room

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi benda yang serupa dengan masalah lampu indikator 'do not disturb' (DND) tidak menyala.

Transformer rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya ialah pada sebiji transformer. Masalah yang dihadapi ialah saya tidak mengetahui berapa voltan output transformer tersebut.

DIY guna perintang, diod & kapasitor...

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara-cara mengubahsuainya di sini dan kali ini saya tambahkan sebiji kapasitor dengan nilai 100uf, 25v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Testing...

Untuk makluman semua, masalah ubahsuai yang lepas tanpa kapasitor ialah lampu indikator 'Do Not Disturb' malap dan ianya boleh diatasi dengan memasang sebiji kapasitor secara selari dengan zener diod sahaja.

Selamat mencuba...

Tuesday 21 March 2023

Mikro MK203A over current relay rapair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'over current relay' dengan masalah sebiji lampu merah menyala dan berkelip-kelip apabila dibekalkan arus elektrik.

Mikro MK203A

'Over current relay' yang elok sepatutnya lampu merah tidak menyala sewaktu arus elektrik dibekalkan dan hanya lampu hijau sahaja yang menyala.

Setelah penutup dibuka...

Gambar di atas menunjukkan lampu merah & hijau menyala sewaktu dibekalkan arus elektrik. Lampu merah tersebut kadang-kadang berkelip-kelip.

Gantikan 2 biji kapasitor 47uf, 25v

Pemeriksaan menyeluruh hanya menemui dua biji kapasitor aluminium dengan nilai 47uf, 25v didapati rosak.

High ESR - 0.15kΩ(150Ω)

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bacaan ESR kedua-dua kapasitor yang telah saya gantikan. Walaupun bacaan kapasitan normal ianya rosak sebab nilai ESR terlalu tinggi. Bacaan ESR yang baik ialah di bawah 1Ω.

High ESR - 0.15kΩ(150Ω)

'Over current relay' ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah dengan hanya menukarkan 2 biji kapasitor sahaja.

Test...

Gambar di atas menunjukkan kesemua lampu menyala apabila butang 'test' di tekan dan hanya lampu hijau sahaja menyala setelah butang 'reset' ditekan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Reset...

Selamat mencuba...

Saturday 18 March 2023

LG ADS-18FDG-19 1916GBP adapter repair

Semalam saya dirujuk 2 buah adapter berjenama LG, model ADS-18FDG-19 dengan masalah tiada voltan output apabila diukur dengan menggunakan multimeter.

LG ADS-18FDG-19 adapter

Adapter ini untuk kegunaan monitor komputer dan voltan outputnya ialah 19v.

Output: 18v, 0.84A

Setelah dibuka dan diperiksa, saya cuma menemui sebiji 'schottky diode' dengan label SB10150 mengalami litar pintas.

Shorted schottky diode - SB10150

Rating 'schottky diode' ini ialah 10A, 150v dan ianya dipasang pada bahagian output adapter.

Gantikan schottky diode baharu...

Kedua-dua adapter ini berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan 'schottky diode' sahaja masing-masing.

19.45v

Selamat berDIY...

Wednesday 15 March 2023

SAMSUNG WA70H4000SG washing machine repair

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah mesin basuh berjenama SAMSUNG, model WA70H4000SG dan saya diberitahu masalahnya ialah air tidak mengalir masuk ke mesin basuh.

SAMSUNG WA70H4000SG

Masalah air tidak masuk ke mesin basuh biasanya adalah disebabkan kerosakkan 'inlet valve' atau papan litar dan pernah saya kongsikan sebelum ini di sini, sini dan sini.

model: WA70H4000SG

Pemeriksaan awal pada bahagian 'inlet valve' adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Solenoid untuk 'inlet valve' telah tiada dan saya tidak pasti apa cerita sebenar di sebaliknya.

inlet valve hilang...

Mesin basuh ini berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan 'inlet valve' yang baharu sahaja dan untuk makluman semua, mesin basuh ini dirujuk oleh sebuah pusat penginapan (hotel).

Gantikan injap baharu...

Persoalan yang belum terjawab ialah, kenapa dan bagaimana solenoid 'inlet valve' boleh tiada atau hilang sewaktu dirujuk kepada saya?

Mungkinkah selama ini ianya boleh berfungsi tanpa solenoid injap?

Jika saya khabarkan kepada pemilik bahawa solenoid telah tiada sewaktu dirujuk kepada saya, apa reaksi pemilik?

Fikir-fikirkan...

Sunday 12 March 2023

Mikachi MKC-6930 stand fan repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah kipas angin berjenama Mikachi model MKC-6930 dengan masalah ianya boleh berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik ulang-alik (AC) namun gagal berfungsi dengan menggunakan kuasa bateri seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Untuk pengetahuan semua, kipas angin ini dilengkapi dengan sebiji 'rechargeable battery' dan boleh fungsi tanpa bekalan elektrik arus ulang-alik.

Mikachi MKC-6930 stand fan

Pemeriksaan menyeluruh mendapati kerosakkannya ialah pada 'rechargeable battery' yang gagal menyimpan cas mencukupi untuk kegunaan kipas angin walaupun telah dicas.

Model: MKC-6930

Rating 'rechargeable battery' yang digunakan ialah 6v, 4.5Ah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

6v, 4.5Ah rechargeable battery

Cara-cara membuat pemerikaan boleh ditonton pada klip video di bawah.


 Selamat berDIY...

Friday 10 March 2023

Mentega Terbang

Cerita berjudul Mentega Terbang ini mulai ditayangkan menerusi platform penstriman dalam talian mulai 19/01/2023 di laman Viu di sini.

Baru-baru ini cerita tersebut telah dipadamkan di laman Viu namun saya telah menemui satu lagi pautan yang masih menayangkannya di sini.

Kini ianya juga boleh ditonton di sini dan sini.

Saya tidak pasti kenapa tajuk Mentega Terbang dipilih namun jika dialih bahasa secara terus (direct translate) kepada bahasa inggeris ianya seolah-olah 'Butter Fly'. Mungkinkah ianya berasal dari perkataan 'butterfly'?

Cerita ini berkisarkan seorang anak dari keluarga yang beragama islam ingin mengetahui kehidupan selepas manusia meninggalkan dunia dengan mendalami teologi agama-agama utama lain.

Menteri komunikasi dan multimedia telah memberitahu umum bahawa filem tersebut telah ditayangkan sejak tahun 2021 lagi namun kini disensasikan oleh pihak tertentu untuk kepetingan politik semasa.

Saya sependapat dengan kenyataan menteri komunikasi dan multimedia bahawa ianya disensasikan untuk kepentingan tertentu.

Walaupun negara kita mengamalkan kebebasan beragama namun ianya langsung tidak 'bebas' kepada penganut yang beragama islam di negara kita.

Isu melibatkan agama dan kaum sangat sensitif di negara kita dan paling murah untuk dijadikan isu serta sering digunakan oleh ahli politik untuk kepentingan masing-masing meraih sokongan.

Pertikaian pada filem ini oleh penganut islam ialah ianya bertentangan dengan ajaran mereka yang tidak 'bebas' beragama. Pihak yang beragama kristian pula mempertikan satu babak meminum air suci (holy water) sebab ianya bukan untuk diminum.

Apa pun, kita lihat bagaimana penguatkuasa menangani isu sensitif ini...

Wednesday 8 March 2023

TOYOTA Hilux KUN25/KUN26R instrument cluster repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk 'instrument cluster' seperti ini untuk di baiki dan anda boleh rujuk di sini.

TOYOTA instrument cluster

Kali ini saya dirujuk sebuah lagi 'instrument cluster' yang serupa namun labelnya berbeza seperti boleh dilihat pada gambar di atas dengan masalah kadang-kadang kesemua jarumnya gagal berfungsi

03/07/2006

Walaupun bentuk dan saiznya sama tetapi setelah dibuka, komponen pada papan litar tidak kelihatan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. 'Instrument cluster' ini untuk kereta model versi manual.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah papan litar dikeluarkan serta diperiksa, 3 biji kapasitor didapati bermasalah dan telah saya tandakan pada gambar dibawah.

Setelah papan litar dikeluarkan...

Kapasitor yang didapati bermasalah ialah:-

  1. C6 = 10uf, 35v
  2. C15 = 100uf, 16v
  3. C29 = 100uf, 16v
Komponen yang rosak...

'Instrument cluster' ini berjaya diselamatkan setelah ketiga-tiga kapasitor yang rosak di atas telah saya gantikan dengan yang baharu.

Siap...

'Instrument cluster' ini cuma mempunyai 5 biji 'electrolytic capacitor' sahaja. Jika anda berhajat untuk DIY namun tiada multimeter ESR untuk membuat pemeriksaan, anda boleh gantikan kesemua 'electrolytic capacitor' iaitu:-

  1. C6 = 10uf, 35v
  2. C7 = 330uf, 35v 
  3. C10 = 100uf, 35v
  4. C15 = 100uf, 16v
  5. C29 = 100uf, 16v

Keterangan lanjut cara-cara mengenalpasti kapasitor yang rosak boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Sunday 5 March 2023

LG MS-192W microwave repair

Banyak masalah microwave seperti ini pernah dirujuk kepada saya untuk dibaiki dan telah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

LG MS-190W

Saya diberitahu masalah microwave ini ialah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik dan ianya dirujuk oleh sebuah pusat penginapan (hotel).

Model: MS-192W

Pemeriksaan awal mendapati fius pada plug 3-pin dengan rating 13A putus. Pemeriksaan seterusnya tidak menemui sebarang litar pintas dan saya menguji microwave ini dengan menukarkkan fius yang putus sahaja. Microwave boleh dihidupkan namun tidak panas.

Fius 13A putus...

Masalah tidak panas adalah disebabkan tiada bekalan arus elektrik ke bahagian voltan tinggi (HV - high voltage) dan puncanya ialah masalah pada bahagian timer.

Fius pada PCB - 10A

Masalah selesai setelah saya gantikan timer yang baharu dan permasalahan sedemikian pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

fius - 10A

Persoalan dari masalah microwave ini ialah, kenapa fius 13A yang putus dan bukannya fius 10A pada papan litar? Tiada litar pintas ditemui dan masalah sebenarnya ialah tidak panas sebab tiada bekalan elektrik ke bahagian HV.

Fikir-fikirkan...