Thursday 30 November 2023

Tefal SERIE R22 rice cooker

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah periuk nasi berjenama Tefal, model R22 dengan teknologi AI (artificial intelligence) tertera pada label.

Jenama: Tefal

Menurut pemilik, ianya boleh dihidupkan namun gagal memasak dan nasi yang ditanak tak masak.

Model: SERIE R22

Sebelum dibuka untuk diperiksa, saya terpaksa masak nasi menggunakannya dan untuk pengetahuan semua, tiada masalah seperti yang dikhabarkan oleh pemilik 

Nasi yang saya tanak menggunakan periuk nasi ini masak dan telah diuji sebanyak 5 kali tanpa masalah.

AI (Artificial intelligence)

Jadi, tiada kerosakkan ditemui dan ianya saya kembalikannya kepada pemilik tanpa dibuka untuk dibaiki.

Sewaktu memasak nasi menggunakan periuk nasi ini, saya dapati ianya memerlukan masa yang lebih lama berbanding periuk nasi konvensional yang saya guna di rumah.

Sewaktu proses memasak, bunyi geganti (relay) kedengaran dari masa ke semasa. Jumlah masa diperlukan untuk memasak ialah 45 minit (30 minit memasak + 15 minit) sebelum lampu merah (start/Reheat) bertukar ke hijau (keep warm) yang memberitau kita proses memasak telah selesai.

Nasi dah masak...  

Jika saya menggunakan periuk nasi konvensional di rumah saya, nasi boleh masak dalam kira-kira 20 minit sahaja.

Perbezaan periuk ini dengan periuk konvensional ialah ianya memasak dengan suhu yang lebih rendah berbanding konvensional dan dikawal oleh geganti. Mungkin itu lah teknologi AI yang diiklankan pada periuk nasi ini...

Monday 27 November 2023

Milwaukee M18 CAG100X angle grinder repair

'Angle grinder' berjenama Milwaukee, model CAG100X ini telah lama dirujuk kepada saya untuk dibaiki namun tiada alat gantinya di pasaran tempatan.

Milwaukee M18 CAG100X angle grinder

'Power tool' ini boleh berfungsi sewaktu diuji dan masalahnya ialah tidak dapat menukar mata pemotongnya.

Model: M18 CAG100X

Penahan untuk membuka mata pemotong hilang sebab telah pecah seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Pecah...

'Gearcase assembly' yang pecah tidak dapat dibaiki dan perlu ditukar. Gambar di bawah adalah alat gantinya yang baru diterima dari pihak pengedar (supplier).

Alat ganti baru (gearcase assembly)

Gambar-gambar berikut adalah cara-cara menukar 'gearcase assembly' bermula dengan membuka dari bahagian motornya.

Buka motor...

Seterusnya buka bahagian pemegang mata pemotong dengan membuka 4 biji skrunya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka nut untuk keluarkan magnet...

Sebiji 'nut' di dalamnya perlu dibuka terlebih dahulu untuk mengeluarkan sebiji gear dan seterusnya bahagian rotor boleh dikeluarkan bersama seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Keluarkan gear setelah nut dibuka...

Pastikan bahagian dalam dilumurkan dengan minyak gris setelah rotor dan gear dipasang kembali ke 'gearcase assembly' yang baru.

Keluarkan rotor...

Klip video di bawah saya rakam setelah siap menukar 'gearcase assembly' yang baru dan pastikan ianya bebas berpusing sebelum dipasang kembali semula ke bahagian motor.

Masalah 'angle grinder' ini berjaya diselesaikan dengan menukarkan 'gearcase assembly' sahaja.

Siap...

Saya tidak pasti kenapa dan bagaimana 'gearcase assembly' asal pecah namun yang pasti ianya tidak dapati dibaiki dan harus ditukar sebab diperbuat daripada 'alloy'.

Selamat berDIY...

Friday 24 November 2023

Astro DS830NA repair

Dekoder ini pernah saya baiki kira-kira setahun yang lepas dengan masalah gagal dihidupkan.

16v?

Minggu lepas ianya dirujuk semula kepada saya dengan masalah sama dan setelah dibaiki ianya boleh dihidupkan semula namun ada sedikit bunyi berfrekuensi tinggi kedengaran pada papan litar.

Pemeriksaan voltan pada bahagian penerima isyarat mendapati voltannya sedikit tinggi iaitu 16v berbanding normal 14v.

C2703 -220uf, 25v

Voltan tersebut dibekalkan dari sebiji kapasitor berlabel C2703 dengan nilai 220uf, 25v.

Kapasitor rosak - OL

Gambar di atas dan di bawah adalah keputusan kapasitor yang rosak bila diperiksa.

Kapasitor C2703 sah rosak...

Masalah sedikit bunyi kedengaran pada awalnya sewaktu dihidupkan tiada lagi selepas kapasitor C2703 telah saya gantikan.

Gantikan kapasitor C2703...

Voltan yang pada awalnya 16v kini normal 14v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

14v

Ini merupakan pengalaman pertama saya dirujuk masalah dekoder sedemikian dan ianya tidak normal jika ada bunyi kedengaran pada papan litar dekoder bila dihidupkan.

Testing...

Secara amnya, majority kerosakkan adalah sama namun kadang-kadang ada masalah yang sama namun kerosakkan berbeza dengan simptom-simptom tertentu yang agak specific seperti di atas

Tested - ok

Selamat berDIY...

Tuesday 21 November 2023

kucing bersalin

Hujung bulan lepas ada seekor kucing sarat mengandung tiba-tiba muncul di rumah saya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kucing tersebut bermalam di tempat letak kereta depan rumah saya dan akan lari bila terlihat saya setiap pagi.

Saya cuba menghampirinya secara senyap-senyap seminggu selepas itu dan berjaya menjinakkannya tanpa disedari.

Sejak hari itu saya biarkan kucing mengandung ini masuk ke rumah saya. Saya perasan setiap kali masuk ke rumah, ia akan memerhati semua pelusuk rumah sebelum tidur selepas itu.

Saya pasti kucing ini sedang mencari sarang untuk melahirkan anaknya. Satu hari tanpa disedari kucing masih berada di dalam rumah saya dan terkurung semalaman.

Membuang najis di bilik mandi...

Sewaktu bangun tidur pagi, saya terhidu bau najis kucing dalam rumah dan ianya berada di dalam bilik mandi seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Memandangkan kucing ini bijak, saya berhajat memeliharanya dengan memberinya makanan kucing yang dibeli.

Setahu saya kucing menangkap tikus sebagai makanan namun saya tidak pasti apa makanannya selama ini. Cara paling mudah ialah mencuba makanan kucing dan kesemuanya dimakan tanpa masalah.


Selain makanan, saya juga sediakan air dan diisi atau ditukar dari masa ke semasa.

Dalam masa yang sama, saya telah sediakan sebuah kotak yang dialas surat khabar serta kain sebagai persediaannya untuk bersalin.


Malam semalam sebelum tidur saya dapati kain serta surat khabar di dalam kotak telah diselongkar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.


Awal pagi ini kira-kira pukul 1am, saya dikejutkan dari tidur apabila terdengar bunyi cakar kucing pada kotak dan masa bersalin telah tiba.

Ibu kucing ini berjaya melahirkan 3 ekor anak kucing dengan warna berbeza seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Berikut adalah waktu kelahiran anak-anak kucing:-

  1. 1:20am (oren)
  2. 1:47am (putih)
  3. 2.36am (hitam)


Saya sempat membantu ibu kucing sewaktu melahirkan anak pertama & kedua dengan membantu memotong tali pusat seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Untuk makluman semua, ibu kucing akan memakan uri (kantung anak) setelah kelahiran sehingga tali pusat dan saya membantu dengan memotongnya sebab ibu kucing telah lama mengunyah namun tak putus.


Sehingga blog ini ditulis, kesemua ibu dan anak-anak kucing sihat dan menyusukan anak-anaknya.

Saturday 18 November 2023

Butterfly B5263 Electric Oven repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah oven berjenama Butterfly, model B5263 dengan masalah bahagian atas tidak panas & timer tidak berfungsi.

Butterfly Electric Oven

Oven ini dilengkapi dengan 4 batang pemanas (heating element) dan pemeriksaan menemui salah satu pemanas bahagian atas putus. Panjang pemanas yang digunakan ialah 18" dan perlu diganti.

Model: B5263

Seterusnya saya buka timer dan pemeriksaan mendapati ianya gagal berfungsi bila dipulas dan loceng juga gagal berbunyi apabila timer dilaras kembali ke kedudukan 'stop'.

Setelah timer dilerai untuk pemeriksaan...

Saya cuma berjaya membaiki bahagian mekanikal timer dan ianya boleh berdetik seperti boleh ditonton pada klip video di bawah namun locengnya gagal berbunyi bila tempoh yang dilaras telah tamat.

Jadi, kedua-duanya kerosakan (pemanas & timer) gagal dibaiki dan harus diganti dengan yang baru.

Gantikan timer baru...

Benda yang kita perlu ketahui sewaktu membeli timer baru ialah:-

  1. Tempoh (30 minit, 60 minit, 90 minit & 120 minit)
  2. Rating - 250v, 16A
Rating timer: 250v, 16A & 60 minit

Oven ini kembali berfungsi semula setelah kedua-dua komponen yang rosak di atas telah saya gantikan dengan yang baru.

Tested - Ok

Selamat berDIY...

Thursday 16 November 2023

Pili mandi patah

Usia rumah yang saya diami kini telah menjangkau 18 tahun dan beberapa tahun kebelakangan ini banyak yang rosak telah saya baiki/gantikan dari masa ke semasa.

Pili mandi patah...

Kali ini pili di bilik mandi pula patah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Apa yang kelihatan pada bahagian luaran seolah-olah ianya diperbuat daripada logam namun kenapa boleh patah?

Keluarkan bahagian yang patah ..

Setelah bahagian yang patah telah saya keluarkan seperti boleh dilihat pada gambar di atas, saya dapati ianya seperti logam dan berkarat pada bahagian dalam. Dari pemerhatian saya ianya seolah-olah telah rapuh dan bahan yang digunakan seperti 'alloy'.

RM12.50...

Saya telah beli pili baru di kedai MrDIY dengan harga RM12.50 dan sebelum dipasang, ianya perlu dililit dengan 'PVC tape' supaya tidak bocor

Lilit 'PVC tape' supaya tak bocor...

Kerosakkan sebegini tidak dapat dielakkan dan harus diganti bila masa telah tiba. Biasanya masalah pili ialah bocor sahaja dan boleh diselengara dengan menggantikan getah (O ring) sahaja namun pili zaman moden ini seolah-olah ada tarikh luput dan rapuh seperti keropok bila tiba waktunya.

Siap...

Renung-renungkan...

Monday 13 November 2023

Electrolux EMG23K22B microwave oven

Baru-baru ini saya dipanggil untuk periksa/baiki microwave oven berjenama Electrolux, model EMG23K22B dengan masalah percikan api sewaktu digunakan.

Electrolux EMG23K22B

Microwave dengan masalah percikan api pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.


Sewaktu saya mengujinya, tiada percikan kelihatan jika menggunakan fungsi oven. Percikan api hanya kelihatan apabila menggunakan fungsi microwave seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Ada kesan terbakar...

Percikan api yang kelihatan cuma sedikit sahaja berbanding dengan pengalaman lepas di mana bunyi dari percikan api juga kedengaran. Gambar di atas ialah kerosakkan yang ditemui pada bahagian bawah piring yang berputar di dalamnya.

Turntable coupler lebur...

Tiada kerosakkan lain ditemui selain 'turntable coupler' serta kesan terbakar sahaja. Jadi saya gantikan 'turntable coupler' sahaja dan masalah selesai serta percikan api tidak berlaku lagi.

Turntable coupler yang baru...

Menurut pemilik, microwave oven tersebut baru dibeli dan cuma sebulan digunakan. Saya juga diberitahu ianya diberi jaminan (warranty) setahun oleh pihak pengeluar.

Memandangkan ianya masih dalam tempoh jaminan (warranty), saya cadangkan kepada pemilik agar membuat aduan serta membuat tuntutan jaminan daripada pengeluar/penjual.

Warranty?

Untuk pengetahuan semua, penjual enggan menggantikan microwave oven yang baru dan cuma menukat 'coupler' sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas dengan alasan pemilik menggunakan objek logam dalam microwave.

Saya pernah kongsikan sebuah microwave berjenama SHARP yang piring di dalamnya diperbuat daripada logam dan anda boleh rujuk di sini. Jadi, adakah alasan penjual menggunakan objek logam dalam microwave menjadi punca kerosakkan dalam kes ini boleh diterima?

Untuk rekod, pemilik microwave tersebut ialah tukang masak dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam bidang masakan barat (western food). Mungkinkah beliau tidak tahu apa yang tidak boleh dimasukkan dalam microwave?

Renung-renungkan...

Saturday 11 November 2023

Panasonic aircond motherboard repair

Papan litar (PCB) ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

Panasonic aircon PCB

Masalah kali ini ialah 'indoor unit' boleh berfungsi namun 'outdoor unit' gagal berfungsi atau compressor gagal dihidupkan.

Semua elok pada pandangan mata kasar...

Pemeriksaan menggunakan multimeter menemui sebiji geganti (relay) rosak dengan rating 20A, 250v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Geganti 20A rosak

PCB ini berjaya diselamatkan buat kali ke-2 dengan menggantikan geganti sahaja.

Gantikan geganti yang baharu...

Selamat berDIY...