Showing posts with label Moulinex. Show all posts
Showing posts with label Moulinex. Show all posts

Sunday, 19 June 2022

Moulinex La Moulinette D56 repair

Pengisar buatan Perancis ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Moulinex La Moulinette D56

Kali ini dia kembali dengan masalah gagal berfungsi apabila suis berwarna hijau ditekan. Selain tidak berfungsi apabila ditekan, suis tersebut juga gagal kembali ke kedudukan asal apabila dilepaskan.

Patah...

Setelah dibuka dan diperiksa, bahagian untuk menghidupkan suis patah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gamkan menggunakan 'super glue'...

Bahagian yang patah diperbuat daripada plastik dan pada mulanya saya gam kembali menggunakan 'super glue' namun patah semula setelah ditekan sekali sahaja.

Selepas 'plastic welding'...

Seterusnya saya cuba dengan melakukan teknik 'plastic welding' pada bahagian yang patah dan gambar di atas menunjukkan ianya telah siap saya kimpal plastik.

Siap...

Pengisar ini berjaya diselamatkan dengan menggunakan teknik 'plastic welding' pada bahagian yang pecah dan masih boleh digunakan semula.


Selamat mencuba...

Friday, 7 January 2022

Moulinex type 643 blender repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk sebuah pengisar yang hampir serupa sebegini tetapi model yang berbeza dan anda boleh rujuk di sini.

Moulinex type 643

Masalahnya sama dengan pengisar yang lepas iaitu ada gegaran apabila dibekalkan arus elektrik namun motor tidak berpusing.

Setelah dibuka...

Motor juga gagal berpusing apabila saya cuba pulas dengan jari. Motor yang elok seharusnya boleh berpusing apabila dipulas.

Pengandar motor & 'copper bush' melekat...

Setelah dibuka, masalah kali ini lebih teruk berbanding dengan pengisar yang lepas seperti boleh pada gambar di atas.

Buka 'E type circlip'...

Pengandar motor dan 'copper bush' melekat bersama sebab berkarat. Cara untuk membaikinya ialah buka dan dibersihkan semua bahagian yang berkarat.

Pengandar motor berkarat...

Saya gosok pengandar armatur dengan kertas pasir sehingga bersih seperti boleh dilihat pada gamabr di bawah.

Karat telah dibersihkan...

Selain pengandar armatur, bahagian dalam 'copper bush' juga perlu dibersihkan dengan cara yang sama iaitu mengosok menggunakan kertas pasir.

Bahagian dalam 'copper bush' juga perlu dibersihkan...

Sebelum dipasang kembali, lumurkan minyak pelincir atau gris pada bahagian pengandar armature serta 'copper bush'.

Siap...

Pengisar ini berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula dengan membersihkan sahaja bahagian yang berkarat seperti telah saya tunjukkan di atas.

Selamat mencuba...

Monday, 15 June 2020

Moulinex La Moulinette D56 repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki mesin pengisar buatan Perancis (France), Moulinex La Moulinette, model: D56.
Jenama: Moulinex La Moulinette
Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah tidak berpusing walaupun arus eletrik telah dibekalkan.
Model: D56
Sebelum dibuka, saya uji pengisar tersebut dan ianya ada sedikit gegaran pada motor namun tidak berpusing setelah suis berwarna hijau ditekan.
Setelah penutup bawah dibuka...
Ujian yang saya lakukan di atas memberitahu saya bahawa motor pengisar tidak rosak dan cuma tidak berpusing sahaja.
Ada 'thermal fuse'...
Motor juga tidak berpusing bila saya cuba putar dengan tangan. Apabila saya keluarkan penutup serta mangkuk pengisar di bahagian atasnya, saya dapati ada banyak serbuk besi yang berkarat dijumpai.
Buka motor dan keluarkan armature...
Setelah saya buka motornya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan dibawah, armature motor melekat dan tidak dapat dipusing dengan tangan.
Buang karat guna WD40...
Masalahnya ialah disebabkan berkarat pada bahagian atas pemegang armature dan saya terpaksa menggunakan WD40 untuk membuang karat tersebut sehingga armature motor boleh bebas bergerak.
Cantum kembali motor semula...
Tiada bahagian elektrik/elektronik yang didapati rosak melainkan karat yang telah saya nyatakan di atas dan setelah dipasang kembali serta diuji, ianya kini kembali berfungsi seperti biasa dan boleh dilihat pada klip video pada penghujung blog ini.
Siap & tested - ok
Selamat mencuba...