Showing posts with label Perodua. Show all posts
Showing posts with label Perodua. Show all posts

Wednesday, 18 February 2026

RPM Perodua Kelisa tidak stabil

Masalah RPM tidak stabil telah lama berlaku pada kereta Perodua Kelisa saya namun saya biarkan sahaja selama bertahun-tahun. RPM tidak stabil sering berlaku ketika berhenti menunggu lampu isyarat di mana RPM tiba-tiba turun mendadak sehingga injin turut bergegar kuat berlaku.

Hos pada 'valve cover' bocor...

Baru-baru ini saya terjumpa punca masalah tersebut setelah menemui kesan kebocoran minyak enjin seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Setelah hos dicabut, pecah...

Hos tersebut mudah dicabut dan ianya pecah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Percubaan awal dengan memotong hujung hos yang pecah gagal sebab tidak cukup panjang lagi untuk disambung kembali.

Potong hujung hos yang pecah...

Masalah RPM tidak stabil selesai setelah hos yang pecah tersebut diganti. Tiada lagi injin bergegar akibat RPM jatuh mendadak secara tiba-tiba.

Gantikan hos yang baru...

Untuk pengetahuan semua, kereta saya telah berusia 20 tahun dan hos tersebut tidak pernah diusik namun entah sejak bila ianya telah pecah.

RPM stabil di bawah seribu...

Selamat berDIY...

Saturday, 8 November 2025

How often do you replace drain plug washer?

Hari ini saya kongsikan pengalaman sendiri selama 20 tahun tanpa menggantikan washer/gasket sewaktu menukar minyak injin.

Setahu saya ada dua jenis gasket/washer yang banyak digunakan iaitu diperbuat daripada tembaga dan aluminium.

Selama 20 tahun saya telah gunakan gasket tembaga yang sama pada kereta sendiri dan tiada kebocoran sehingga blog ini ditulis. 

Adakah kita perlu menukar gasket/washer setiap kali menukarkan minyak injin? 

Renung-renungkan...

Monday, 15 September 2025

DIY ganti absorber belakang Perodua Kelisa

Kereta Perodua Kelisa saya dibeli pada tahun 2006 dan kesemua absorber belum pernah diganti.

Kereta hanya digunakkan untuk urusan kerja seharian sahaja dan saya tidak pasti bila ianya telah rosak namun yang pasti banyak kerosakkan berlaku setelah jarang digunakan sewaktu PKP pandemik CoVid-19 lepas.  

Baru-baru ini saya dapati banyak bunyi tidak menyenangkan kedengaran pada bahagian suspensi kereta dan antara yang telah saya baiki ialah kerosakkan steering rack boot dan drive shaft boot.

Buka tayar belakang...

Absober belakang sangat mudah ditukar dan anda cuma perlukan dua spanar saiz 17 selain jek untuk meninggikan kereta sewaktu membuka tayar.

Buka skru & nut absorber bawah (saiz 17)

Hanya dua biji skru serta nut sahaja yang perlu dibuka pada bahagian atas & bawah absorber seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah.

Buka nut absorber atas (saiz 17)

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan absorber baru serta lama dan jelas kelihatan absorber lama telah bocor dengan kesan minyak hydraulic.

Absorber lama bocor...

Jenama absorber asal ialah TOKICO dan saya gantikan dengan jenama KYB (kayaba). Untuk makluman semua, secara am absorber terbahagi kepada dua jenis iaitu minyak (hydraulic) dan gas (nitrogen). 

Absorber asal berjenama TOKICO (gas filled)

Saya pilih absorber minyak berjenama KYB (kayaba) sebab ianya lebih lembut serta selesa. Absorber gas lebih keras dan harganya juga lebih mahal.

Saya juga berpandangan, gas lebih mudah bocor berbanding minyak. Jadi, absorber minyak pasti lebih tahan lama berbanding absorber gas. 

Absorber baru berjenama KYB (KA1M003)

Ada mekanik memberitahu saya, kereta yang jarang digunakan lebih banyak masalah serta kerosakkan berbanding kereta yang digunakan setiap hari.

Jika benar bagai dikata, kemungkinan besar absorber saya rosak setelah jarang digunakan sewaktu PKP pada tahun 2020 sehingga 2023. 

Siap...

Selamat berDIY... 

Friday, 22 August 2025

Torn Steering Rack Boot

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman menukar 'boot' kereta sendiri dan anda boleh rujuk di sini.

Bahagian liar 'steering rack'...

Kali ini 'boot' untuk 'steering rack' sebelah kiri pula koyak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

'Boot' koyak...

Saya tidak pasti bila ianya koyak namun yang pasti ianya elok sewaktu menukar 'drive shaft boot' kira-kira 2 tahun yang lepas.

Buka 'knuckle'...

'Boot' ini mudah diganti dan hanya perlu membuka bahagian luar sahaja iaitu bahagian 'outer tie rod end'.

Pastikan anda kira bilangan pusingan sewaktu membuka 'outer tie rod end' supaya 'alignment' tayar tidak jauh berubah bila dipasang kembali kelak.

'Outer tie rod end' telah dibuka...

'Steering rack boot' boleh dikeluarkan dengan membuka klip bahagian luar dan potong 'cable tie' pada sebelah dalam sahaja.

Boot baru (bawah)

Gambar di bawah menunjukkan bahagian dalam 'boot' yang saya keluarkan dan ianya bersih. Saya yakin ianya baru koyak dan bahagian 'inner tie rod' juga masih elok serta bersih.

Bahagian dalam 'boot' yang koyak bersih...

Saya tukarkan 'boot' sahaja sebab ianya bersih serta tiada kerosakkan lain. Jika bahagian yang dibalut 'boot' telah dimasuki pasir, 'inner tie rod' perlu ditukar. 

Sapu gris pada 'ball joint'...

Gambar di atas ialah bahagian 'ball joint' pada 'inner tie rod' dan disapu gris sebelum di pasang 'boot' yang baru. Jika bahagian 'ball joint' tersebut longgar, anda perlu gantikan 'inner tie rod'.  

Ikat bahagian dalam guna 'cable tie' 

'Cable tie' ada dibekalkan sewaktu membeli 'boot' yang baru dan pastikan dipasang rapat serta diikat kuat.

Siap...

Pastikan kereta dihantar untuk melakukan 'alignment' sebab kedudukan tayar akan berubah apabila 'outer tie rod end' telah diusik.

Selamat berDIY... 

Monday, 14 July 2025

Kompressor aircond kereta on/off berulang-ulang

Masalah kompressor kadang-kadang on/off berterusan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah telah saya perasan sejak ianya diganti sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Ianya hanya berlaku jika saya meningkatkan kelajuan kipas ke maksima (kelajuan 3) sahaja. Memandangkan kelajuan 3 jarang digunakan, saya abaikan sahaja selama ini dengan kekal menggunakan kelajuan 1 & 2 sahaja.

Cuaca baru-baru ini sangat panas dan perlu menggunakan kelajuan 3 terutamanya sewaktu baru masuk kereta setelah dijemur di bawah panas terik namun ianya kekal bermasalah dan jika terus digunakan mungkin boleh menyebabkan kerosakkan lain.

Ada yang pernah melaluinya dan memberitahu saya masalahnya disebabkan 'grounding' dan mencadangkan dengan membuat sambungan pintas ke 'ground' wayar berwarna hitam/puith pada suis kipas.

Saya pernah terfikir untuk mencuba namun hasrat tersebut tidak kesampaian sebab ianya dikira membuat ubahsuai dan merbahaya pada hemat saya.

Dipendekkan cerita saya periksa 'grounding' menggunakan multimeter dan tidak menemui sebarang petunjuk namun berakhir dengan penemuan sambungan pada terminal negatif (-ve) bateri longgar.

Untuk pengetahuan semua, masalah selesai setelah saya ketatkan sambungan terminal bateri sahaja seperti ditunjukkan pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Tuesday, 4 March 2025

Brake Bleeder Nipple Cap

Sebelum ini saya ada kongsikan masalah brek kereta tidak mencengkam dan anda boleh rujuk di sini.

Penutup rosak...

Untuk pengetahuan semua, penutup asal skru untuk membuang angin pada sistem brek telah rapuh dan rosak sewaktu dibuka dulu.

Buang penutup rosak...

Saya telah cari di seluruh pelusuk Miri dan tiada kedai yang menjual. Penutup baru saya beli melalui dalam talian di shopee.

Gantikan penutup baru...

Gambar di bawah menunjukkan penutup baru (kiri) dan sebahagian yang tertinggal penutup asal (kanan) telah saya keluarkan sebelum diganti dengan yang baru.

Klip video di bawah saya rakam sewaktu menutup keempat-empatnya dengan penutup yang baru.

Selamat berDIY...

Sunday, 26 January 2025

Brek kereta tidak mencengkam

Kereta Perodua kelisa saya dibeli pada tahun 2006 dan selama ini saya cuma tukar brake pad & brake shoe sahaja selain isi sedikit minyak brek jika perlu. Semua saya tukar sendiri dan pernah dikongsikan di sini dan sini.

Minyak brek

Selepas kereta tersadai lama sewaktu PKP, saya mulai perasan sistem brek sedikit bermasalah namun dibiarkan sebab masih berfungsi seperti biasa.

Pedal dalam kereta kelisa...

Pada mulanya saya perasan pedal brek perlu dipijak lebih jauh ke bawah sahaja sebelum brek mulai mencengkam.

Brake pad masih elok

Sistem brek semakin hari semakin merosot dan ada kalanya perlu ditekan dua kali baru berfungsi atau mencengkam.

Perbandingan brake pad baru dengan lama...

Baru-baru ini keadaan tidak selamat lagi digunakan sebab sewaktu brek mencengkam, kereta akan lari ke sebelah kanan. Ini adalah disebabkan sistem brek bahagian hadapan tidak mencengkam dengan 'balance' di sebelah kiri dan kanan kereta.

Pam brek depan

Saya periksa brek pad serta minyak brek dan semuanya berkeadaan elok. Saya juga periksa bahagian 'master pump' dan semua bersih tanpa sebarang kebocoran. Begitu juga dengan bahagian pam brek yang juga elok tanpa ada kesan kebocoran.

Pam brek belakang

Saya hantar ke bengkel kereta meminta bantuan untuk melakukan 'bleeding' mengeluarkan angin di dalam sistem brek.

Macam-macam jenama brake pad...

Masalah selesai setelah melakukan 'bleeding' sahaja pada sistem brek dan kini telah sebulan berfungsi tanpa masalah lagi.

Cara melakukan 'bleeding' sangat mudah namun perlukan bantuan dari seseorang dan tidak dapat dilakukan bersendirian.

Caranya ialah:-

  1. Isi minyak brek.
  2. Seorang bantu memijak brek beberapa kali sehingga keras dan seorang lagi melakukan 'bleeding' pada pam brek dengan membuka 'nipple' dan kunci kembali.
  3. Proses dilakukan berulang 2 hingga 3 kali untuk setiap pam brek.
  4. Brek akan kembali normal setelah selesai melakukan 'bleeding' pada keempat-empat pam brek jika tiada kerosakkan lain pada sistem brek.
  5. Pastikan jangan lepaskan pijakan brek sewaktu 'nipple' dibuka dan dikunci semula. Pedal brek  hanya boleh dilepaskan setelah 'nipple' telah dikunci kembali.

Saya dikenakan bayaran RM5 untuk setiap pam brek iaitu RM20 untuk melakukan 'bleeding' sahaja dan membawa minyak brek sendiri.

Tuesday, 17 December 2024

DENSO RPM for Daihatsu truck repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk sebuah meter lori berjenama Daihatsu dengan masalah meter RPM tidak berfungsi.

Daihatsu truck instrument cluster/speedometer

Kerja membaiki meter kereta ini kadang-kadang leceh sebab saya tidak tahu bagaimana sambungkan bekalan elektrik ke meter untuk mengujinya.

Setelah penutup dibuka...

Kebiasaannya saya buka serta periksa semua komponen yang ada dan sekiranya ada menemui komponen rosak, selepas diganti ianya akan kembali berfungsi semula.

Keluarkan meter RPM...

Untuk pengetahuan semua, meter jenis analog mudah diperiksa berbanding meter jenis digital serta tidak banyak komponen pada papan litarnya.

Sebiji kapasitor 10uf, 25v rosak...

Pemeriksaan menyeluruh menemui sebiji kapasitor dengan nilai 10uf, 25v rosak dengan menggunakan meter ESR.

Kapasitor rosak vs kapasitor baru...

Kerosakkan sebegini tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan jika diperiksa menggunakan multimeter biasa juga gagal memastikan ianya rosak.

Siap...

Rakaman klip video di bawah menunjukkan perbezaan kapasitor elok serta rosak menggunakan multimeter ESR.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Saturday, 26 October 2024

Baiki kipas aircon (blower) Perodua Kelisa

Baru-baru ini, kipas penghawa dingin (aircon) kereta perodua kelisa saya telah gagal berfungsi.

Buka 3 biji skru untuk keluarkan kipas penghawa dingin

Masalah awalnya ialah, kadang-kadang tidak berfungsi dan apa yang saya lakukan ialah ketuk bahagian belakang kipas dengan kaki sahaja dan kembali berfungsi semula.

DENSO - Made in Japan

Masalah sedemikian ialah disebabkan 'carbon brush' di dalam motor telah habis/haus.

Motor kipas - 12V

Blower kipas ini mudah dibuka dan hanya perlu membuka 3 biji skru sahaja seperti telah saya tandakan pada gambar pertama di atas.

Buka bahagian belakang motor kipas

Setelah kipas dikeluarkan, buka bahagian belakang motor dengan mengumpil 4 penahannya menggunakan 'test pen' seperti telah saya tunjukkan pada gambar di atas.

Carbon brush habis...

Gambar di atas menunjukkan bahagian belakang motor kipas telah dibuka dan jelas kelihatan 'carbon brush' telah jauh pendek setelah 18 tahun berkhidmat. Untuk makluman, kereta saya dibeli pada tahun 2006.

Keluarkan carbon brush...

Gambar di bawah menunjukkan 'carbon brush' telah saya gantikan dengan yang baru.

Gantikan carbon brush baru...

Masalah kipas penghawa dingin gagal berfungsi selesai setelah dengan  hanya menggantikan 'carbon brush' sahaja.

Selamat berDIY... 

Walaupun blower yang dibaiki boleh berfungsi namun kipas berputar agak perlahan dari normal. Saya telah gantikan blower yang baru pada 23/11/2024 berikutan angin yang dijana tidak cukup kuat untuk menyejukkan ruangan dalam kereta terutamanya ketika cuaca panas. 

Monday, 31 July 2023

Palam pencucuh (spark plug) kereta Perodua Kelisa

Kali terakhir saya menggantikan palam pencucuh ialah pada 15/01/2014 iaitu 9 tahun yang lepas.

Periksa setiap 20 ribu kilometer...

Menurut buku panduan, palam pencucuh harus diperiksa setiap 20,000km dan ditukar jika perlu.

NGK BKR5E-11

Palam pencucuh yang disarankan pada buku panduan ialah BKR5E-11, jenama NGK.

Palam pencucuh lama...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan perbezaan palam pencucuh elok dan telah haus.

Palam pencucuh elok...

Memandangkan ianya telah bertahun-tahun tidak ditukar, saya telah gantikan dengan palam pencucuh serupa dan perubahan yang ketara setelah palam pencucuh ditukar ialah daya pecutan kereta lebih bertenaga.

Sekiranya anda bercadang menukarkannya kepada jenama lain selain NGK seperti jenama DENSO, nombor rujukannya ialah K20R-U11.

Made in Japan
Untuk pengetahuan semua, walaupun buku panduan tertera palam pencucuh yang diperlulan BKR5E-11, saya telah menggunakan BKR6E-11 buatan jepun sejak 2014 sehingga ditukar baru-baru ini.

Kali terakhir ditukar - 15/1/2014

Selamat berDIY...