Showing posts with label IT. Show all posts
Showing posts with label IT. Show all posts

Thursday, 22 December 2022

Desktop motherboard repair

Motherboard komputer ini pernah saya baiki sebelum ini sewaktu pkp dua tahun yang lalu namun tidak dikongsikan sebab tidak diketahui statusnya setelah dibaiki.

desktop motherboard

Komponen yang telah saya gantikan dahulu telah saya labelkan pada gambar di atas iaitu:-

  1. sebiji kapasitor 1000uf, 6.3v
  2. 3 biji kapasitor 1000uf, 10v
kapasitor kembung...

Kali ini ianya dirujuk semula dan saya hanya menemui sebiji kapasitor yang telah kembung seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

gantikan kapasitor baharu...

Jika saya dirujuk papan litar sahaja seperti di atas, saya tidak dapat mengetahui ianya telah berjaya diselamatkan ataupun sebaliknya.

Kapasitor kembung - rosak

Selamat berDIY...

Saturday, 15 October 2022

DELL CN-OHN7XN motherboard repair

Minggu lepas saya telah dirujuk sebuah motherboard computer berjenama DELL dengan masalah kadang-kadang ianya akan padam sendiri (reboot) setelah beberapa ketika digunakan.

DELL CN-OHN7XN motherboard

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk motherboard berjenama DELL dan anda boleh rujuk di sini. Saya tidak pasti nombor rujukan pada papan litarnya sama atau tidak namun sekali imbas ianya seperti serupa dan perbezaannya ialah, dua tahun yang lalu ianya dihantar dalam keadaan lengkap dan papan litar belum dibuka.

Kapasitor 1000uf, 6.3v kembung...

Pemeriksaan awal dengan mata kasar mendapati sebiji kapasitor dengan nilai 1000uf, 6.3v kembung seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Rosak...

Kapasitor yang kembung tersebut sah rosak setelah diperiksa dengan menggunakan 'LCR-T4 ESR meter' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

1000uf, 6.3v

Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang komponen lain yang rosak selain kapasitor kembung di atas.

Siap...

Pagi ini pemilik telah menghubungi saya memberitahu tiada lagi masalah 'reboot' sendiri lagi berulang.

Selamat mencuba...

Wednesday, 28 September 2022

Logitech M100r corded mouse repair

Semalam saya dirujuk sebuah tetikus (mouse) berjenama Logitech, model: M100r seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Logitech M100r

Pemilik memberitahu saya ianya gagal berfungsi dan meminta untuk diperiksa serta dibaiki.

Model: M100r

Ketika saya mengujinya, saya dapati lampu merah di bawah tetikus tidak menyala. Setelah dibuka dan diperiksa, tiada bacaan voltan 5v pada wayar berwarna merah & hitam pada papan litar tetikus.

kabel rosak...

Berdasarkan pengalaman serta logik, saya syak kabel putus di bahagian yang saya tandakan pada gambar di atas

Potong bahagian yang rosak...

Sebagai percubaan, saya potong bahagian yang disyaki putus dan sambung semula ke penyambung asalnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Setelah disambung kembali...

Masalah selesai dan tetikus boleh digunakan semula setelah bahagian wayar yang disyaki putus dipotong serta disambung kembali.

Siap...

Tetikus digital seperti ini tidak mudah rosak dan kerosakkan seperti di atas jarang berlaku. Tetikus tanpa wayar (wireless mouse) adalah pengubat kepada masalah di atas.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Monday, 17 January 2022

ACER V193HQV monitor with backlight problem

Monitor berjenama acer ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Kali ini dirujuk semula kepada saya dengan masalah layar berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Lampu CCFL backlight pecah...

Masalah layar berkelip-kelip seperti ini adalah disebabkan kerosakkan backlight dan monitor ini menggunakan backlight jenis CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamp).

Apa yang saya lakukan kali ini ialah gantikan CCFL yang diambil dari monitor yang tidak berjaya dibaiki atau kerosakkan layar.

Siap...
Selamat mencuba...

Friday, 3 December 2021

PLANET FNSW-2401 Ethernet Switch repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk 'ethernet switch' seperti ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

Planet FNSW-2401

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi 'ethernet switch' yang hampir serupa tetapi model yang berbeza iaitu FNSW-2401 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.


Masalah ketika dirujuk kepada saya boleh ditonton pada klip video di atas iaitu tidak berfungsi dan PSU (Power supply unit) menghasilkan bunyi serta lampu LED tidak menyala.

PSU (Power Supply Unit)

Setelah dibuka dan diperiksa, kesemua kapasitor yang telah saya tandakan pada gambar di atas rosak dan harus diganti.

Gantikan komponen yang rosak...

PSU masih gagal menghasilkan sebarang voltan output ketika diuji selepas kesemua kapasitor yang didapati rosak di atas telah saya gantikan.

D72 - litar pintas...

Pemeriksan semula menemui sebiji diod yang dilabel D72 pada papan litar mengalami litar pintas dan telah saya keluarkan dari papan litar pada gambar di atas.

3.351vdc tanpa diod...

Apa yang saya lakukan ialah bekalkan arus elektrik dan dapat bacaan 3.351v setelah diod rosak telah dikeluarkan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Diod yang rosak...

Tiada skematik untuk dirujuk dan saya juga tidak tahu apa 'rating' diod berlabel D72 tersebut namun bentuk fizikalnya menyerupai zener diod.

Gantikan 3.3v zener diod...

Jadi, saya berpendapat ianya adalah sebiji zener diod dengan 'rating' 3.3v yang dipasang untuk keselamatan.

Testing - 3.3v

Saya gantikan D72 dengan sebiji zener diod 3.3v dan sehingga blog ini ditulis, ianya telah seminggu digunakan tanpa masalah.

Selamat mencuba...

Monday, 5 July 2021

VRECOR V7s PRO tablet repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah tablet berjenama VRECOR, model V7s PRO dengan masalah langsung tidak dapat dihidupkan.

VRECOR V7s PRO

Cara membukanya bermula dengan membuka kedua-dua klip berwarna hitam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka dua klip...

Setelah kedua-dua klipnya telah dibuka, buka juga 3 biji skru dan lokasinya ialah seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Buka 3 biji skru...

Saya guna kuku sahaja untuk umpil serta buka keseluruhan penutup belakangnya dan keadaan di dalamnya sangat mudah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Penutup belakang telah dibuka...

Benda pertama yang saya periksa ialah pada bahagaian pengecasnya dan pastikan ianya ada 5v setelah disambung kepada pengecas.

Charging port - 5v

Seterusnya saya dapati tiada voltan langsung ketika memeriksa baterinya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

0v

Setelah disambungkan kepada pengecas, saya cuma dapat bacaan 2.37v sahaja dan ianya jauh lebih rendah dari voltan bateri iaitu 3.7v. Apabila saya putuskan sambungan pengecas, bacaan voltan turun semula kepada 0v.

 

Apa yang saya lakukan ialah tanggalkan sambungan wayar bateri ke pcb dan cas bateri tersebut sehingga kira-kira 3.7v.

Setelah bateri yang saya cas mencapai 3.7v, saya sambungkan semula bateri ke pcb. Saya sambungkan juga tablet ke alat pengecas dan skrin kini boleh menyala serta memaparkan 1% sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

1% sahaja...

Walaupun ianya kini boleh dicas namun tidak dapat dihidupkan sebab voltan tidak mencukupi. Saya biarkan ianya dicas sehingga penuh dan memerlukan masa kira-kira 3 jam untuk penuh dicas.

Testing...

Tablet ini boleh dihidupkan semula setelah baterinya telah penuh dicas seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah apabila saya uji.

Testing...

Kejadian tidak dapat dicas adalah disebabkan pengguna telah menggunakan tablet tersebut sehingga baterinya habis dan padam sendiri yang mengakibatkan ianya tidak dapat dicas semula.

Tested - ok

Jadi, jangan tunggu sehingga baterinya habis digunakan atau sehingga padam sendiri baru mengecas sebab peluang ianya tidak dapat dihidupkan adalah tinggi seperti di atas.

 

Gambar di atas saya ambil dari 'user manual' tablet tersebut dan baterinya harus dibiarkan cas selama 6 jam pada kali pertama dan 4 jam setiap kali berikutnya bila dicas.

Setiap peralatan elektrik/elektronik direka berbeza-beza dan pastikan anda baca dahulu sebelum menggunakannya.

Setelah beberapa jam dicas...

Selamat mencuba...

Tuesday, 9 March 2021

HP TPC-AA50 SMPS adapter repair

Semalam saya dirujuk sebuah komputer berjenama HP, model: TPC-W008 dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Jenama: HP

Menurut pemilik, komputer tersebut tidak boleh dihidupkan semula setelah 'blackout' atau bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.

Model: TPC-W008

Apabila diperiksa, saya dapati komputer tersebut mendapatkan bekalan elektrik dari sebiji adapter yang juga berjenama HP, model: TPC-AA50 dan ianya terletak pada bahagian bawah atau pada bahagian kakinya.

Buka bahagian bawah...

Gambar di bawah menunjukkan adapter yang telah saya keluarkan dan apabila diperiksa, ianya tidak menghasilkan output 19.5v seperti tertera pada pelekatnya.

Keluarkan adapter...

Adapter ini terpaksa saya buka untuk diperiksa namun ianya susah dibuka sebab bukan dikunci dengan skru seperti yang pernah saya baiki sebelum ini di sini.

Model: TPC-AA50 (parts no. 665804-001)

Untuk pengetahuan semua, cara saya membukanya ialah ketuk bahagian penyambung yang telah digam dengan menggunakan tukul.

Buka adapter...

Setelah penutup plastik bahagian luar dibelah/buka, bahagian di dalamnya pula dibungkus dengan aluminium seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah adapter dibuka...

Adapter harus dibuka sehingga papan litar kelihatan seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah supaya pemeriksaan boleh dilakukan.

Bahagian bawah papan litar...

Komponen pertama yang didapati rosak ialah sebiji kapasitor seramik yang meletup seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Kapasitor meletup...

Nasib agak baik sebab nombor rujukannya masih kelihatan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dengan menggunakan mikroskop digital iaitu 471k. Nilai kapasitor dengan nombor rujukan 471k ialah 470pF atau 0.47nF.

gambar diambil menggunakan mikroskop digital...

Pemeriksaan menyeluruh mendapati selain kapasitor yang meletup, fius utamanya dengan nilai 4A juga putus.

Fius 4A & kapasitor 471K rosak...

Saya juga menghadapi masalah memasang kembali kapasitor seramik yang baru pada kedudukan asal dan terpaksa dipasang pada bahagian bawah papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung di bawah papan litar...

Setelah siap menukarkan kedua-dua komponen yang rosak di atas serta diuji, adapter tersebut telah berjaya diselamatkan dan voltan outputnya ialah 19.69 apabila saya ukur dengan menggunakan multimeter.

Testing - 19.69vdc

Komputer tersebut juga turut kembali berfungsi setelah adater yang telah saya baiki di atas dipasang kembali serta diuji.

Tested - ok

Jika anda tidak pandai membaiki adapter tersebut, anda boleh memilih untuk membeli adapter yang baru.


Selamat mencuba...