Showing posts with label ASN. Show all posts
Showing posts with label ASN. Show all posts

Tuesday, 7 April 2026

Wang pelaburan ASN RIA hilang lagi

Sebelum ini saya telah kongsikan kehilangan wang pelaburan sewaktu mengeluarkannya dan anda boleh rujuk di sini.

09/01/2026

Sejak transaksi terakhir lepas, saya tinggalkan akaun tersebut namun memantau setiap hari dan seperti biasa asyik rugi memanjang. 

30/03/2026

Kerugian semakin parah setelah konflik asia barat tercetus dan gambar di atas diambil pada 30/03/2026 dengan kerugian RM0.10.

01/04/2024

Sesuatu yang mengejutkan saya ialah pada 01/04/2024 saya dapati nilai yang sebelumnya RM4.73 tiba-tiba hilang RM0.99 menjadi RM3.74 seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Jumlah untung/rugi pula hanya berbeza 1¢ sahaja.

02/04/2024

Ianya menarik perhatian saya sebab jumlah kehilangan yang sama iaitu sebanyak RM0.99. Mungkinkah kebetulan? Apa kata anda?

Renung-renungkan...

Sunday, 25 January 2026

ASN Sukuk

Sebelum ini saya telah kongsikan pengalaman melabur ASN Ria dan anda boleh rujuk di sini

Had pengeluaran 2000 unit sahaja...

Hari ini saya kongsikan satu lagi produk iaitu ASN sukuk yang telah dilabur melebihi 2 tahun dengan modal RM2,000.00.

20/01/2026 - keluarkan 2000 unit

Setelah sekian lama dilaburkan, saya dapati ASN Sukuk ini kurang menguntungkan dan tiba masanya saya keluarkan.

2000 unit dapat RM2,057.40

Untuk makluman semua, had pengeluaran cuma 2000 unit sahaja sebulan dan saya dapat RM2,057.40 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Masuk akaun pada 22/01/2026

Saya keluarkan pada 20/01/2026 dan wang masuk ke akaun bank pada 22/01/2026.

Tinggal RM91.52

Gambar tangkap layar di atas menunjukkan jumlah yang tinggal dalam akaun setelah dua ribu unit telah dikeluarkan. 

Monday, 19 January 2026

ASN Ria

Saya telah melabur/menabung di ASN sejak wujudnya amanah saham wawasan (ASW) dan ketika itu baru masuk ke alam pekerjaan. Selain ASW, saya juga menabung ASM (amanah saham malaysia) serta AS1M (amanah saham 1Malaysia)

Melabur tahun 2024 - RM3,171.00

Terdapat banyak produk lain dan saya mencuba ASN Ria dua tahun lepas pada 29/07/2024 dengan modal permulaan RM3,171 sahaja seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Withdraw 7/1/2026 - RM3,298.00

Sejak pelaburan bermula, saya catat nilai semasa harian dan sepanjang tempoh tersebut, nilai terendah ialah RM2,717.36 pada 09/04/2025 sehingga baru-baru ini mencecah RM3,298.00 sewaktu saya keluarkan pada 07/01/2026.

Kena tunggu 3 - 7 hari...

Untuk makluman semua, sepanjang tahun pertama nilainya tidak pernah mencatatkan keuntungan iaitu di bawah nilai pelaburan saya RM3,171.00. Keuntungan hanya bermula setelah lebih setahun iaitu pada penghujung bulan september 2025.

09/01/2026

Baru-baru ini saya keluarkan atas sebab sangat leceh serta perlu pantau setiap hari dan tempoh menunggu itu amat menyedihkan sebab asyik rugi memanjang selama lebih setahun.

09/01/2026 - RM4.79 (dah rugi 3sen) 

Lepas ini saya laburkan ke akaun ASW, ASM & AS1M sahaja sebab tidak perlu risau rugi serta terima dividen tahunan tanpa perlu pantau sehingga dapat keuntungan.

ASN Sukuk pula dilabur ke ASN Ria???

Bayangkan jika saya perlukan duit dan terpaksa keluarkannya dalam masa setahun selepas dilabur, rugi yang saya dapat.

ASN bagi RM3309.56, masuk akaun cuma RM3308.57

 Renung-renungkan... 

Hilang RM0.99...

Tuesday, 1 October 2024

4.75% dividen ASM3 - 2024

ASM3 telah lama diperkenalkan namun saya cuma mula melabur pada tahun lepas (2023) dan kisahnya boleh dibaca di sini.

4.75%

Tahun ini kadar dividen diumumkan sebanyak 4.75% seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Tahun lepas (2023) saya cuma diberi dividen sebanyak satu sen sahaja pada kadar 4.50%.

4.5%?

Sesuatu yang menarik perhatian saya pada pagi ini sewaktu memeriksa di aplikasi myASNB ialah kadar dividen yang tertera cuma 4.5% sahaja seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Saya tidak pasti mana satu kadar dividen yang betul sebab saya juga tidak dapat mengira secara manual berikutan banyak transaksi telah saya lakukan sepanjang setahun yang lalu.

Kadar dividen ASM & ASM2 juga diumumkan pada 4.75% tahun ini.

Tuesday, 30 April 2024

myASNB tidak mesra pelanggan

Hujung tahun lepas (2023) pada bulan november saya telah cuba berjinak-jinak dengan pelaburan unit amanah (unit trust) seliaan ASNB.

22/04/2024

Gambar tangkap layar di atas adalah senarai unit amanah yang ditawarkan oleh ASNB namun ASN dan ASN Equity 2 hanya untuk pelanggan bumiputera sahaja.

Saya telah melabur kesemua produk unit amanah yang saya layak melalui aplikasi myASNB namun tidak semua pulangannya sama. Setakat ini, pulangan terendah ialah ASN sukuk dan diikuti ASN Sara 1 serta ASN Sara 2.

Dipendekkan cerita saya bertekad untuk jual ASN Sukuk melalui aplikasi myASNB. Masalah pertama dihadapi boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan di bawah.

Saya mempunyai 1980 unit ASN sukuk namun tidak dibenarkan menjual kesemuanya. Jadi saya jual 1979 unit seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Walaupun saya dibenarkan menjual 1979 unit namun transaksi gagal sebab melebihi had yang dibenarkan? Berapa had yang dibenarkan?

Rejected due to eceeding limit...

Setelah puas mencari pada aplikasi myASNB, saya jumpa syarat untuk penjualan balik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Had maksima ialah 2,000 unit sahaja SEBULAN.

Adakah 1979 unit itu melebihi 2000 unit? Saya akhirnya menjual 1,500 unit sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Hasil jualan 1,500 unit ASN sukuk tersebut saya dapat RM1,556.25.

Setelah mendapat bayaran dari penjualan di atas, saya teringin menjual kesemua yang ada sebab pelaburan ASN sukuk kurang menguntungkan.

Saya masih ada 480 unit namun tidak dibenarkan menjual kesemuanya. Jadi saya jual 479 unit namun transaksi gagal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Rejected due to exceeding monthly limit...

Katanya sebulan boleh jual 2,000 unit tapi jumlah yang saya jual tak sampai pun 2 ribu unit (1500 + 479 = 1,979).

Saya telah menghubungi pihak ASNB dan menurut mereka 2 ribu yang dimaksudkan ialah '2 ribu ringgit' & bukan '2 ribu unit'.

Menurut mereka lagi, jika berhajat jual lebih dari had tersebut, pelanggan perlu hadir sendiri ke kaunter cawangan berdekatan.

Saya faham tujuannya baik iaitu elak penipuan atas talian namun saya berpendapat ianya tidak mesra pelanggan langsung.

Jika saya melabur RM20k, saya perlukan lebih 10 bulan untuk jual kesemuanya. Kemungkinan besar saya mengalami kerugian besar jika dalam 10 bulan itu harga saham jatuh merudum. Nak cepat kena juga ke kaunter berbaris tunggu giliran. 

Blocked due to too many retry...

Jika banyak kali 'transaction rejected' berikutan terlebih had dan sebagainya, pengguna applikasi myASNB akan disekat selama 24 jam.

Tidak semua teknologi di hujung jari itu mesra pelanggan atas alasan keselamatan. Ini contoh teknologi yang harus dielak. Nampak gayanya saya perlu ke cawangan berdekatan untuk menjual kesemua unit amanah yang ada sebelum berakhir dengan kerugian.

Renung-renungkan...

Saturday, 24 February 2024

RM100k quota tambahan individu ASM 3

Hujung bulan lepas saya ada menerima e-mail dari ASNB seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

e-mail bertarikh 26/1/2024

Dari pemahaman saya, mesej yang disampaikan ialah kuota tambahan iaitu RM100ribu kepada setiap individu.

Masalah yang sering dihadapi jika melabur ASM ialah kehabisan kuota namun kebelakangan ini tiada masalah melabur ASM 3 berbanding ASM & ASM 2 yang telah lama kehabisan kuota.

Untuk pengetahuan semua, dividen yang diberi untuk tahun 2023 bagi simpanan ASM, ASM 2 & ASM 3 ialah 4.5% dan dijangka lebih baik tahun ini.

Pemberian dividend ialah pada:-

  1. ASM - 1hb April
  2.  ASM2 - 1hb September
  3.  ASM3 - 1hb October

Dulu pelabur perlu ke cawangan ASN atau bank untuk membuat pelaburan namun kini semua boleh dilakukan di hujung jari. Pemindahan wang melalui FPX online banking adalah percuma tanpa sebarang yuran.

Selamat melabur untuk dinikmati bila telah bersara kelak...

Wednesday, 27 September 2023

Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3)

Asal usul ASM 3 ialah Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang telah dijenamakan semula pada 15/10/2018. AS1M diperkenalkan sewaktu Dato Seri Najib Razak menjadi perdana menteri Malaysia ke-6.

Buku pelaburan ASM & ASW

Begitu juga ASM 2, asal usulnya ialah Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) yang dilancarkan pada 28/8/1996 oleh perdana menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga telah dijenamakan semula pada pada 15/10/2018.

Gagal...

Selama ini saya tidak pernah melabur dalam AS1M walaupun telah dijenamakan kepada ASM 3 namun beberapa hari lepas hati saya terbuka untuk mencuba. Masalah utama pelaburan di bawah seliaan ASN untuk golongan bukan bumiputera ialah kehabisan kuota.

Berjaya...

Setelah mencuba seharian, akhirnya saya berjaya melabur sebanyak RM100.00 sahaja seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan di bawah.

100 unit sahaja...

Saya juga mencuba untuk membuat pelaburan tambahan beberapa hari berikutnya namun tidak berjaya dengan mesej kehabisan kuota seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Habis kuota...

Percubaan membuat pelaburan tambahan pada 27/09/2023 berakhir dengan mesej seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Mesej 'dana tidak tersedia untuk transaksi' di atas muncul adalah disebabkan urusniaga telah digantung bagi memberi laluan proses mengira serta pemberian dividen pada hujung bulan ini (30/09/2023).

27/09/2023

ASM & ASM 2 telah mengumumkan dividen sebanyak 4.50% tahun ini dan saya menjangkakan ASM 3 juga bakal mendapat kadar dividen yang sama.

Gambar tangkap layar di atas ialah penyata akaun bank saya setelah berjaya membuat pelaburan pada 25/09/2023. Pihak ASN telah memasukkan sebanyak satu sen (MYR0.01) ke dalam akaun bank saya pada hari berikutnya (26/09/2023). Mungkinkah ianya dividen yang saya dapat setelah membuat pelaburan sebanyak RM100.00 untuk sehari?

Masih dalam proses pengesahan...

Dalam masa yang sama saya telah mengemaskini data akaun bank pada aplikasi myASNB namun masih dalam proses pengesahan seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Masih menunggu kelulusan...

Bagaimana transaksi satu sen ke akaun bank saya berjaya dilakukan jika belum mendapat pengesahan serta kelulusan?

Fikir-fikirkan...

Monday, 5 September 2022

3.75% sahaja dividen ASW tahun 2022

Saya telah mula memiliki akaun amanah saham wawasan (ASW) atau kini telah dijenamakan semula kepada Amanah Saham Malaysia2 sejak dilancarkan pada 28/8/1996 namun habis dikeluarkan untuk membeli rumah pada tahun berikutnya.

Saya kembali menabung semula pada tahun 2010 namun hanya sempat memiliki beberapa ribu unit sahaja disebabkan kehabisan kuota. Dari masa ke semasa saya ada cuba untuk menambah unit saham dimiliki namun tiada kuota lagi sehingga kini.

Fully subscribed (habis kuota)

Transaksi terakhir pembelian unit saham ASW ialah pada 12/02/2010 dan dividen tahunan yang diberikan adalah seperti berikut:-

  • 01/09/1997 - 10.1%
  • 01/09/1998 - 9.8%
  • 01/09/1999 - 8.2%
  • 01/09/2000 - 8.8%
  • 01/09/2001 - 7.25%
  • 01/09/2002 - 7.25%
  • 01/09/2003 - 6.6%
  • 01/09/2004 - 7%
  • 01/09/2005 - 7.1%
  • 01/09/2006 - 6.8%
  • 01/09/2007 - 8%
  • 01/09/2008 - 7%
  • 01/09/2009 - 6.3%
  • 01/09/2010 - 6.35%
  • 01/09/2011 - 6.5%
  • 01/09/2012 - 6.6%
  • 01/09/2013 - 6.7%
  • 01/09/2014 - 6.6%
  • 01/09/2015 - 6.4%
  • 01/09/2016 - 6.3%
  • 01/09/2017 - 6%
  • 01/09/2018 - 6.6%
  • 01/09/2019 - 6%
  • 01/09/2020 - 4%
  • 01/09/2021 - 4%
  • 01/09/2022 - 3.75%

Tahun ini peratusan dividen cuma 3.75% sahaja. Saya cuma mengetahuinya setelah memeriksa jumlah dividen yang saya dapat dan dikira secara manual serta tercatat pada gambar pertama di atas.

Saya tidak pasti kenapa dividen semakin berkurangan namun yang pasti sejak penularan pandemik CoVid-19 pada tahun 2020, dividen diberi terus merudum sehingga kini. Begitu juga dengan faedah simpanan tetap pada bank komersial juga turut jauh sejak tahun 2020.

Untuk pengetahuan semua, ASM (amanah saham malaysia) tahun ini memberi dividen sedikit tinggi iaitu 4%.

Pulangan simpanan tetap di bank komersial kini ialah kira-kira 2.95% sahaja untuk simpanan setahun (12 bulan).

Dengar khabar, BNM akan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas bulan ini. Jika OPR naik, faedah simpanan juga akan naik dan dalam masa yang sama faedah pinjaman juga turut naik. Ini berita baik kepada penyimpan namun berita kurang baik kepada peminjam sebab kena bayar lebih.

sumber rujukan