Showing posts with label Power Tree. Show all posts
Showing posts with label Power Tree. Show all posts

Friday, 10 February 2023

Power Tree S1250P UPS repair

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah UPS dengan masalah ketika bekalan elektrik terputus, UPS gagal berfungsi.

Pemeriksaan awal mendapati bateri rosak menjadi punca ianya gagal namun setelah baterinya telah diganti, masalahnya ialah seperti boleh ditonton pada klip video di atas. Saya juga dapati ada bunyi getaran yang kuat pada transformer dan ianya tidak normal.

Power Tree S1250P UPS

Pemeriksaan seterusnya mendapati UPS langsung menggunakan kuasa bateri walaupun ada bekalan elektrik dan apa yang mengejutkkan ialah voltan output sangat tinggi iaitu mencecah kira-kira 350vac. Bacaan voltan output UPS yang normal sepatutnya kira-kira 220vac sewaktu menggunakan kuasa bateri.

Model: S1250P

Pemeriksaan dengan mata kasar juga tidak mendapati sebarang komponen yang rosak dan kesemuannya kelihatan seperti baru tanpa sebarang kesan panas melampau.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan pada papan litar dengan menggunakan multimeter akhirnya mendapati bahawa tiada bekalan elektrik dari transformer seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Tiada bekalan elektrik ke PCB......

Saya dapat bacaan 18vac pada bahagian penyambungnya namun setelah disambung ke PCB, bekalan tidak sampai ke papan litar.

Bekalan 18vac ke PCB...

Pemeriksaan pada 4 biji diod yang bertindak sebagai rectifier juga tidak menemui sebarang masalah namun saya syak kemungkinan penyambungnya tidak bersentuh sebab kelihatan sedikit jauh serta tidak rapat ke papan litar.

Ketatkan sambungan...

Saya ketatkan penyambungnya ke papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan percaya atau tidak, masalah selesai dan bacaan 18vac kini ada pada papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bekalan 18vac sampai ke PCB...

Saya tidak pasti kenapa penyambung bekalan tersebut tidak bersentuh dan ianya tidak dicabut sewaktu menukarkan bateri.

Jika anda ingin tahu cara-cara mengenalpasti bateri masih elok/rosak, anda boleh rujuk kepada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Wednesday, 2 February 2022

Power Tree S650BX G series UPS repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk UPS seperti ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

Power Tree S650BX

Kali ini saya dirujuk sebuah lagi UPS serupa dengan masalah mengeluarkan bau hangus serta ada kedengaran bunyi percikan api apabila dihidupkan.

Kapasitor 1000uF, 35v kembung...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui sebiji kapasitor kembung dan telah saya gantikan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Seterusnya saya uji UPS tersebut dan mendapati ada asap putih kelihatan pada sebiji geganti (relay) seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

'Cold solder joint' pada terminal geganti...

Pemeriksaan pada bahagian bawah papan litar mendapati salah satu terminal geganti mengalami 'cold solder joint' dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Pateri semula terminal 'cold solder joint'...

Cara membaiki 'cold solder joint' ialah buang timah asal dan bersihkan sebelum dipateri semula seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tested -ok

Bunyi percikan api serta bau hangus yang dikhabarkan oleh pemilik adalah berpunca dari 'cold solder joint' dan telah berjaya diselamatkan.

Selamat mencuba...

Saturday, 15 May 2021

Power Tree S650BX G series UPS repair

Sebelum ini saya pernah membaiki UPS yang hampir serupa sebegini dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini dan sini.

Power Tree S650BX

Perbezaan UPS kali ini dengan yang lepas ialah tambahan pada sebiji suis 'on/off' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Model: S650BX G series

Pemilik memberitahu saya ianya akan mengakibatkan seluruh rumah bergelap jika dibekalkan arus elektrik.

Rosak salah satu socket output...

Pemeriksaan awal pada bahagian luaran mendapat salah satu soket output lebur/pecah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Buka soket yang rosak...

Setelah soket yang rosak saya buka dan periksa, terdapat litar pintas pada wayar hidup (L) dan wayar bumi (E) dan harus ditukar.

Litar pintas wayar hidup dengan wayar bumi...

Setelah socket tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, tiada litar pintas lagi namun ianya masih gagal dihidupkan.

Fius 6A...

UPS ini juga dielengkapi dengan fius 6A dan apabila saya buka, kelihatan telah terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Fius 6A putus...

Setelah fius 6A saya gantikan dengan yang baru dan diuji semula, UPS tersebut telah berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula serta masih boleh digunakan semula.

Kiri - fius baru, Kanan - fius putus

Kesimpulan kerosakkan UPS ini ialah berlakunya litar pintas pada salah satu soket outputnya dan seterusnya mengakibatkan fius 6A putus.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Monday, 17 February 2020

Power Tree S650B UPS repair

UPS seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini, sini dan sini.
Jenama: Power Tree
Masalah UPS ini ketika dirujuk kepada saya ialah kadang-kadang tidak menghasilkan output walaupun ada bekalan elektrik.
Model: S650B
Berbekalkan pengalaman lepas, saya yakin masalahnya hampir sama dengan UPS yang pernah saya baiki dahulu iaitu 'cold solder joint'.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa pada papan litarnya, tiada komponen yang rosak dijumpai.
Bahagian bawah papan litar...
UPS ini disambung kepada komputer untuk kegunaan sementara jika terdapat bekalan elektrik terputus.
Cold solder joint
Setelah diperhati dengan teliti, saya dapati bahagian pada relay terdapat kesan 'cold solder joint' seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
Pateri semula semua 'cold solder joint'
Di pendekkan cerita, saya pateri kesemua terminal yang melibatkan relay tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Testing...
Setelah siap dipateri bahagian 'cold solder joint' dan diuji, UPS tersebut kini boleh menghasilkan output semula dan masih boleh digunakan.
Tested - ok
Untuk makluman semua, 'cold solder joint' terhasil akibat proses panas dan sejuk berulang-ulang ketika digunakan bertahun-tahun. Untuk membaikinya, anda cuma pateri semula bahagian tersebut sahaja seperti telah saya lakukan di atas.
Frekuensi: 50Hz
Selamat mencuba...

Sunday, 3 November 2019

Power Tree S650B UPS repair

UPS seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini dan di sini.
Bahagian belakang papan litar...
Kali ini saya dirujuk sebuah lagi UPS berjenama Power Tree, Model: S650B dengan masalah kadang-kadang bekalan elektrik akan terputus sendiri.
'Cold solder joint' pada papan litar...
Pemeriksaan awal tidak menjumpai mana-mana komponen yang rosak namun saya menjumpai salah satu terminal yang mengalami 'cold solder joint' seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
Bersihkan terminal 'cold solder joint'...
Cara untuk membaiki 'cold solder joint' ialah dengan membersihkan terminal tersebut dan pateri semula ke papan litar.

Setelah siap dipateri dan diuji selama dua hari, tiada lagi masalah terputus arus elektrik seperti yang dinyatakan di atas.
Siap (pateri kembali) & tested - ok
Selamat mencuba...

Sunday, 1 September 2019

Power Tree S650B UPS repair

UPS seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini. Hari ini saya dirujuk sebuah lagi UPS yang sama dan masalahnya ialah UPS tersebut akan padam dengan sendiri jika wayar input bergerak apabila dialih/dipindah.

Apabila dibuka dan diperiksa, tiada kerosakkan pada komponen ditemui namun saya menjumpai punca permasalahannya seperti boleh dilihat pada klip video di atas.
Bahagian yang menghasilkan percikan api telah saya pateri
Anda boleh lihat percikan api yang kecil kelihatan apabila wayar input telah saya gerakan. Percikan api berlaku disebabkan sambungan bahagian input longgar dan untuk membaikinya, saya cuma bersihkannya dan pateri dengan timah sahaja supaya sambungan tidak longgar seperti boleh dilihat paga gambar di atas.

Selamat mencuba...

Wednesday, 23 May 2018

Baiki UPS - Power Tree S650B

Hari ini saya kongsikan masalah yang dihadapi pada UPS berjenama: Power Tree, Model: S650B yang tidak menghasilkan voltan output.
UPS, Jenama: Power Tree, Model: S650B

Bahagian belakang UPS

Tiada voltan output
Setelah dibuka dan sekali imbas tiada komponen yang kelihatan mengalami kerosakan seperti pada gambar di bawah.
Setelah dibuka penutup UPS
Namun setelah dibuka papan litar dan diperiksa menyeluruh, kelihatan salah satu pateri pada papan litar mengalami keretakan pada bahagian pateri seperti pada gambar di bawah.
bahagian pateri retak atau juga dikenali sebagai 'Cold solder joint'
Masalah keretakan ini sering terjadi jika kita tidak membuka papan litar dengan cermat. Sebarang tindakan yang boleh membengkokkan papan litar akan mengakibatkan terjadinya keretakan pada bahagian yang dipateri.
Setelah dipateri semula
Pemilik UPS ini memberitahu saya bahawa masalah tiada output terjadi selepas dia menukar bateri baru. Saya menjangkakan kerosakan keretakan pada pateri adalah berpunca daripada proses membuka papan litar untuk menukar bateri.
Setelah dipateri sahaja, Voltan output: 220V
Selamat mencuba...