Hari ini saya kongsikan masalah yang dihadapi pada UPS berjenama: Power Tree, Model: S650B yang tidak menghasilkan voltan output.
|
UPS, Jenama: Power Tree, Model: S650B |
|
|
Bahagian belakang UPS |
|
|
Tiada voltan output |
Setelah dibuka dan sekali imbas tiada komponen yang kelihatan mengalami kerosakan seperti pada gambar di bawah.
|
Setelah dibuka penutup UPS |
Namun setelah dibuka papan litar dan diperiksa menyeluruh, kelihatan salah satu pateri pada papan litar mengalami keretakan pada bahagian pateri seperti pada gambar di bawah.
|
bahagian pateri retak atau juga dikenali sebagai 'Cold solder joint' |
Masalah keretakan ini sering terjadi jika kita tidak membuka papan litar dengan cermat. Sebarang tindakan yang boleh membengkokkan papan litar akan mengakibatkan terjadinya keretakan pada bahagian yang dipateri.
|
Setelah dipateri semula |
Pemilik UPS ini memberitahu saya bahawa masalah tiada output terjadi selepas dia menukar bateri baru. Saya menjangkakan kerosakan keretakan pada pateri adalah berpunca daripada proses membuka papan litar untuk menukar bateri.
|
Setelah dipateri sahaja, Voltan output: 220V |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.