Showing posts with label Power Bank. Show all posts
Showing posts with label Power Bank. Show all posts

Friday, 19 November 2021

VANPA TECH portable power station repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'power station' atau juga dikenali sebagai power bank buatan China berjenama VANPA TECH seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

VANPA TECH power station

Menurut labelnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, ianya berkemampuan membekalkan kuasa elektrik AC sehingga 300w pada 220v/50Hz.

300w

Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah langsung tidak berfungsi apabila suisnya dihidupkan dan menurut pemilik, ianya gagal berfungsi setelah disambungkan kepada cerek elektrik. 

Untuk pengetahuan semua kuasa sesebuah cerek elektrik berbeza mengikut saiz dan kuasanya ialah di atas 1000w.

Setelah penutup dibuka...

Gambar di atas merupakan rupa didalamnya setelah penutup dibuka dan bekalan elektriknya ialah pada 24 biji bateri jenis18650 Li-ion.

Fius 40A putus...

Pemeriksaan pada papan litar cuma menemui sebiji fius dengan 'rating' 40A putus seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

Gantikan fius baharu...

Power bank ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi setelah fius 40A yang putus telah saya gantikan dengan yang baharu.

Skrin sudah menyala...

Kesimpulan kerosakkan 'power station' ini adalah disebabkan 'overload' ketika pemilik telah menyambungkan cerek elektrik kepadanya sebab kuasa maksima 'power station' ini cuma 300w.

AC output - 220vac

'Power station' ini dicas menggunakan adapter/charger dengan rating 12V, 5A seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Charger/Adapter - 12V, 5A

Selamat mencuba...

Monday, 31 May 2021

pivot RAIZIN volt stabilizer

Benda ini saya beli dan pernah digunakan untuk satu jangkamasa sahaja kira-kira lebih 10 tahun yang lalu serta masih disimpan sehingga kini.

RAIZIN volt stabilizer

Ketika itu saya belum berjinak-jinak lagi dengan elektronik namun telah mempunyai asas elektronik tetapi tidak mempunyai multimeter untuk membuat pemeriksaan.

pivot

Baru-baru ini saya telah membuka dan memeriksa benda ini untuk mengetahui bagaimana ianya berfungsi sebagai 'volt stabilizer' seperti terpampang pada labelnya.

Tulen vs Tiruan...

Umum makluman semua, benda ini banyak produk tiruan dan gambar di atas saya ambil dari laman web pivot yang memberitahu pengguna agar berhati-hati dengan produk tiruan mereka di pasaran.

Tulen...

Gambar di atas ialah 'volt stabilizer' saya dan telah disahkan asli menurut info dari laman web mereka.

9,250uF

Setelah dibuka dan diperiksa, skematik benda ini sangat mudah iaitu dilengkapi dengan 4 biji super kapasitor disambung selari berserta indikator memberitahu kita voltan bateri sahaja.

2,387uF sebiji...

Dari pemeriksaan di atas, benda ini masih elok iaitu nilai sebiji super kapasitornya kira-kira 2,300uF dan jumlah keempat-empatnya kira-kira 9,200uF.

MegaRAIZIN battery performance monitor...

Saya juga mempunyai sebiji lagi dengan label 'MegaRAIZIN' seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah. Perbezaannya dengan yang berwarna biru di atas ialah kemampuan kapasitornya yang jauh lebih tinggi iaitu kira-kira 17,600uF atau mungkin 20,000uF sebab salah sebiji kapasitor mempunyai bacaan yang meragukan.

17,660uF

Kesimpulan dari pemeriksaan mudah ke atas kedua-dua 'volt stabilizer' di atas ialah:-

  1. Kedua-duanya masih elok
  2. Kedua-duanya dilengkapi dengan super kapasitor dan indikator sahaja
  3. Perbezaannya ialah keupayaan menyimpan cas 
  4. Fungsinya sama iaitu sebagai 'volt stabilizer' sahaja.
2,440uF (kapasitor kecil)

Seingat saya, ianya hanya digunakan beberapa bulan sahaja dan disimpan sehingga kini sebab benda ini telah menyebabkan bateri kereta saya selalu lemah hanya ditinggalkan semalaman dan cepat rosak.

5,202uF (kapasitor besar)

Untuk makluman semua, fungsi kapasitor ialah:-

  1. Menyimpan cas dan mengeluarkan cas ketika diperlukan dengan cepat
  2. Mampu menapis bunyi seperti "BUZZ, WHINE, HISS" dan sebagainya pada 'sound system'

Cara benda ini berfungsi sebagai 'volt stabilizer' ialah ketika bebanan tinggi seperti sewaktu baru menghidupkan lampu kereta atau menghidupkan penghawa dingin. Ketika inilah cas dari kapasitor akan dikeluarkan untuk membantu bateri serta alternator supaya voltannya tidak berubah jauh.

Sebagai contoh, anda perasan tak lampu kereta akan malap seketika sewaktu penghawa dingin baru dihidupkan atau ketika kompressor penghawa dingin dihidupkan? Ketika lampu malap sedikit itulah bebanan yang saya maksudkan di atas.

Jika diukur menggunakan multimeter ketika lampu kereta malap sekejap, kita akan dapati voltan bateri akan menurun dan sekiranya anda menyambungkan 'volt stabilizer' ini, ianya boleh mengurangkan penurunan voltan dengan mengeluarkan casnya dari kapasitor.

Jadi, 'volt stabilizer' ini boleh mengurangkan kejadian lampu malap sekejap pada kereta anda dan seterusnya menstabilkan arus elektrik supaya peralatan yang menggunakan elektrik boleh berfungsi di tahap optimum.

Ada rintangan pada setiap kapasitor...

Satu lagi soalan yang belum terjawab iaitu 'kenapa ianya boleh menyebabkan bateri lemah dan cepat rosak'? Jawapannya ialah walaupun fungsi kapasitor ialah menyimpan cas, casnya juga akan hilang secara perlahan-lahan sebab setiap kapasitor mempunyai rintangannya sendiri. kapasitor yang lama akan mempunyai rintangan yang lebih tinggi dan kadang-kadang mengalami litar pintas.

Selain kehilangan cas melalui rintangan pada kapasitor, kehilangan cas juga berlaku pada indikatornya yang juga menggunakan tenaga elektrik.

Litar pintas pada kapasitor...

Cara untuk mengelakkan cas bateri hilang melalui 'volt stabilizer' ini ialah dengan memutuskan bekalan elektrik kepadanya ketika kereta tidak digunakan dengan menyambungkan sebiji geganti (relay) dan dikawal melalui kunci kereta.

Multimeter untuk mengukur rintangan kapasitor...


Ada yang memberitahu saya, mereka telah menggunakan 'volt stabilizer' mencecah belasan tahun tanpa masalah. Setahu saya setiap kapasitor mempunyai jangka hayat tertentu dan akan rosak bila tiba masanya. Tidak semua kapasitor akan berakhir dengan litar pintas namun majoriti disebabkan 'dry capacitor' iaitu di mana cecair di dalamnya telah kering dan tidak mampu menyimpan cas lagi.

Jika kejadian 'dry capacitor' berlaku, benda ini tidak lagi berfungsi sebagai 'volt stabilizer' lagi namun hanya sebagai indikator yang memberitahu pemilik voltan sahaja.

Klip video di atas menunjukkan betapa cepatnya cas pada super kapasitor yang ada pada 'volt stabilizer' ini akan habis digunakan oleh indikatornya sahaja.

Fikir-fikirkan...

Wednesday, 30 September 2020

FORWARD C302 6600mAh power bank repair

 'Power bank' merupakan salah satu peranti yang dimiliki oleh hampir setiap individu dewasa kini.

Ini disebabkan majoriti gajet menggunakan kuasa bateri yang boleh dicas semula dan tahukah anda bagaimana 'power bank' berfungsi?

Fungsi 'power bank' ialah menyimpan bekalan elektrik dan digunakan semula untuk mengecas gajet yang memerlukan. Di dalamnya juga dilengkapi bateri yang boleh dicas semula.

Kapasitinya ditentukan dengan menggunakan nilai mAh (milliampere hour) 'power bank' itu sendiri. Semakin besar nilai mAh, semakin banyak cas yang boleh disimpan pada 'power bank' tersebut.

'Power bank' juga seperti bateri di dalam telefon bimbit atau bateri kereta dan kemampuannya akan berkurangan mengikut masa. Jangka hayat 'power bank' bergantung kepada keupayaan bateri di dalamnya.

Kerosakkan 'power bank' biasanya juga sama dengan peranti lain dan simptomnya ialah:-

  1. Langsung tidak berfungsi
  2. Bila dicas, cepat penuh dan cepat habis bila digunakan
  3. Lampu indikator berkelip-kelip namun tidak mengecas
  4. Mengambil masa yang lama dari biasa untuk mengecas sehingga penuh
  5. Boleh dicas seperti biasa namun tiba-tiba indikator menyatakan ianya telah penuh dicas

Kerosakkan seperti di atas biasanya disebabkan baterinya telah rosak dan harus di ganti dengan yang baru. 'Power bank' di atas telah saya gantikan dengan bateri yang baru. Saya gunakan bateri berkapasiti 6800mAh sebiji dan ini bermaksud kini kapasitinya ialah 20400mAh.

Klip video di bawah saya ambil setelah baterinya telah saya tukar dengan yang baru dan ianya mengambil masa yang lebih lama untuk dicas sehingga penuh berikutan kapasitinya bertambah dari 6600mAh kepada 20400mAh.

Selamat mencuba...