Tuesday 31 December 2019

Troubleshooting - motor

Hari ini saya kongsikan cara untuk 'troubleshoot' motor pada penyedut hampagas (vacuum cleaner) dengan masalah mengeluarkan 'bau hangus' sejurus dihidupkan.

Penyedut hampagas yang dirujuk kepada saya kali ini berjenama Karcher. Apabila saya buka, periksa serta uji motornya, apa yang boleh dilihat adalah seperti pada klip video di bawah.
Motor yang elok jika diuji sepatutunya seperti boleh dilihat pada klip video di bawah iaitu cuma sedikit sahaja percikan api kelihatan apabila motor berpusing dan bukannya seperti klip video di atas.

Selain daripada percikan api yang kuat kelihatan, melalui pendengaran saya motornya juga berputar lebih perlahan dari biasa dan menghasilkan haba yang tinggi iaitu cepat panas walaupun diuji sekejap sahaja.

Jika anda menghadapi masalah sedemikian, cara-cara untuk memastikan kerosakkan pada motor boleh anda lihat pada klip video di atas.
Commutator

Jika anda pasti armature mengalami masalah, apa yang anda boleh lakukan untuk membetulkan keadaan ialah bersihkan 'commutator' pada armature. Jika setelah dibersihkan masalah tetap sama, anda ada beberapa pilihan sahaja iaitu:-
  1. Tukar armature yang baru
  2. rewind armature
  3. tukar motor yang baru
  4. beli penyedut hampagas baru
Selamat mencuba...

Monday 30 December 2019

KELUAR sign repair

Sebelum ini saya pernah membaiki papan tanda KELUAR (KELUAR sign) seperti ini dan anda boleh membacanya di sini, sini dan sini.
KELUAR sign
Kali ini papan tanda KELUAR yang dirujuk kepada saya menggunakan lampu LED dan masalahnya ialah tidak terang.
Lampu LED tidak terang...
Setelah dibuka dan diuji, lampu LEDnya memang tidak terang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Perbezaan lampu LED lama dan baru...
Bagi memastikan lampu LEDnya telah rosak dan tidak terang, saya sambungkan sebiji LED yang baru selari dengan lampu LED lama dan perbezaannya boleh dilihat pada gambar di atas.
Gantikan semua lampu LED...
Jadi kerja membaiki kali ini ialah menukar kesemua lampu LED yang tidak terang dengan yang baru.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Sunday 29 December 2019

MYTV channel

Awal bulan ini saya ada membeli sebuah decoder untuk menerima siaran TV digital MYTV dan anda boleh membacanya di sini.
Pilih 'manual search'
Ketika itu saya cuma mendapat 5 channel siaran TV malaysia selain 3 channel siaran TV Brunei. Setakat hari ini MYTV mempunyai 14 channel siaran TV dan kenapa saya cuma menerima 5 channel siaran sahaja?
Channel 30 - Siaran digital Brunei
Setelah mencuba satu per satu menggunakan 'manual search' akhirnya saya menjumpai siaran channel TV MYTV yang selebihnya di channel 47.
Channel 43 - Siaran digital mytv
Ketika mula memasang decoder tersebut saya menggunakan 'auto search' dan kemungkinan signal siaran ketika itu tidak memuaskan dan hanya 5 channel siaran sahaja yang dijumpai.
Channel 47 - siaran digital mytv
Gambar berikut merupakan senarai channel TV yang saya dapat setakat ini dan ianya merupakan senarai penuh channel MYTV buat masa ini.
Channel list
Jadi, jika anda mengahadapi masalah seperti saya sebelum ini, apa yang anda perlu buat ialah guna 'manual search' dan pilih channel 43 serta 47 untuk mendapatkan senarai penuh siaran MYTV.
Channel list
Jika anda tinggal berhampiran dengan negara Brunei, anda boleh guna cara sama iaitu 'manual search' pada channel 30. Anda akan dapat 3 siaran TV dan 5 siaran radio FM Brunei seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Channel list
Selamat mencuba...

Saturday 28 December 2019

Dongcheng DSM10-100 angle grinder repair

Kali ini saya dirujuk sebuah grinder berjenama Dongcheng, Model: DSM10-100 dengan masalah tidak berpusing apabila arus elektrik dibekalkan.
Jenama: Dongcheng
Ketika saya menguji, ianya sah tidak berpusing namun setelah saya ketuk grinder tersebut, ianya masih boleh berpusing semula.
Model: DSM10-100
Jika grinder anda mengalami masalah sedemikian iaitu boleh berpusing setelah diketuk, masalahnya ialah pada carbon brush yang telah/hampir habis dan harus ditukar.
Buka penutup pada pemegangnya...
Setelah penutupnya dibuka, anda boleh melihat keadaan bagaimana carbon brush yang telah habis dan harus digantikan dengan yang baru.
Carbon brush tidak bersentuh...
Ketika membeli carbon brush yang baru, pastikan saiz adalah sama dan saiz carbon brush yang saya perlukan bersaiz 10mm x 6mm.
Keluarkan carbon brush...
Jika anda tidak dapat membeli saiz yang 100% sama, anda boleh membeli yang besar sedikit dan apa yang anda perlu lakukan ialah asah carbon brush tersebut dengan kertas pasir sehingga  saiz yang sama diperolehi.
Gantikan carbon brush yang baru...
Setelah carbon brush tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, ianya kembali berfungsi seperti biasa tanpa perlu diketuk lagi.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Friday 27 December 2019

JOVEN EC802 flow sensor repair

Semalam saya dirujuk sebuah lagi 'water heater' dengan masalah yang biasa iaitu tidak panas namun masalahnya berbeza dengan 'water heater' yang pernah saya baiki sebelum ini.
'Flow sensor' bermasalah...
Ketika dibuka dan diperiksa saya dapati 'thermal fuse' tiada continuity dan seperti biasa saya akan cuba reset dengan menekan butang reset seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Setelah reset, thermal fuse tersebut tidak rosak dan masih boleh digunakan.
reset thermal fuse...
Untuk makluman semua, jika thermal fuse putus bermaksud suhu pemanasnya telah mencecah atau melebihi tahap normal. Kita perlu cari puncanya, jika tidak ia akan putus lagi atas sebab dan masalah yang sama.
Buka 'flow sensor'...
Pemeriksaan menyeluruh mandapati bahawa 'flow sensor' tidak berfungsi dengan sempurna iaitu reed switch tidak padam apabila tiada air yang mengalir masuk ke 'water heater' tersebut. Apabila saya buka 'flow sensor' tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di atas, magnetnya telah berkarat serta kembang dan tidak bebas bergerak.
Magnet berkarat, kembang & retak...
Gambar di bawah menunjukkan keadaan magnet yang berkarat setelah dibuka. Memandangkan tiada alat ganti di pasaran tempatan, saya baiki untuk kegunaan sementara sehingga alat ganti yang baru tiba.
Magnet berkarat, kembang & pecah...

Apa yang saya lakukan ialah membuang karat pada magnet tersebut dan pasang kembali ke kedudukan asalnya dengan mencantumkannya semula menggunakan super glue. Gambar di bawah menunjukkan keadaan magnet yang telah saya baiki untuk kegunaan sementara.
Untuk kegunaan sementara...

Selamat mencuba...

Thursday 26 December 2019

JVD Iconic Plus Top Open safes repair

Peti keselamatan seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini, sini dan di sini.
Lampu keypad tidak terang...
Masalah peti keselamatan ini ketika dirujuk kepada saya ialah lampu keypad tidak terang dan mengeluarkan mesej 'low-batt' setiap kali membuka atau menutupnya walaupun baterinya telah ditukar dengan yang baru.
Berkarat akibat cecair bateri yang bocor...
Jika dilihat pada gambar di atas dan di bawah, kelihatan kesemua terminal bateri telah berkarat akibat cecair bateri  yang bocor.
Setelah penutup dibuka...
Jika bateri telah ditukar dengan yang baru dan ianya masih mengeluarkan mesej 'low-batt' masalahnya ialah pada papan litar.
Bahagian belakang papan litar...
Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang komponen yang rosak dan bahagian yang telah saya tandakan di atas merupakan litar yang terputus juga akibat daripada cecair bateri yang bocor dan menitik padanya.
Litar yang putus telah disambung kembali...
Setelah litar yang putus itu saya sambung kembali dan diuji, kini lampu pada keypad kembali terang dan anda boleh bandingkan perbezaannya dengan gambar pertama di atas dan masalah 'low-batt' tiada lagi.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Wednesday 25 December 2019

GGL-22-45/030 IP66 LED driver repair

Hari ini saya dirujuk sebuah LED driver yang tidak berjenama dengan masalah tidak menghasilkan output untuk kegunaan lampu LED.
GGL-22-45/030 IP66
Jika dilihat pada gambar di atas, LED driver ini dibuat pada tahun 2011 dan telah digunakan kira-kira 8 tahun.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, saya hanya menemui sebiji diod dengan nombor rujukan SF24 yang mengalami litar pintas.
Litar pintas pada SF24 diod...
Oleh kerana saya tidak mempunyai diod SF24, saya gantikan diod yang hampir sama dengannya iaitu dengan nombor rujukan HER203.
HER203 = SF24
Anda boleh merujuk speksifikasi kedua-dua diod tersebut di sini (SF24) dan sini (HER203). Kemampuan diod tersebut ialah:-
  1. Maximum Average Forward Current - 2A
  2. Maximum Recurrent Peak Reverse Voltage - 200v
  3. Maximum RMS Voltage - 140v
  4. Maximum DC Blocking Voltage - 200v
  5. Peak Forward Surge Current - 75A
SF24 - Litar pintas...
Perbezaan pada kedua-dua diod tersebut ialah pada labelnya iaitu:-
  1. SF24 (Super Fast rectifier)
  2. HER203 (High Efficient Rectifier)
HER203 - ok
Setelah diod SF24 tersebut saya gantikan dengan HER203 dan diuji, LED driver tersebut masih boleh digunakan lagi.
Gantikan diod baru...
Kebiasaannya jika diod mengalami litar pintas, banyak komponen lain yang akan turut rosak. LED driver ini sangat baik dan berbaloi untuk dibaiki.
Testing...
Lampu LED yang saya gunakan untuk menguji LED driver tersebut mengandungi 7 biji LED dengan voltan 3v setiap satu (7 x 3v = 21v). Bacaan output voltan bila diukur ialah 22.1v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Tested - ok (22v)
Selamat mencuba...

Tuesday 24 December 2019

TOPPER 103 vacuum cleaner repair

Semalam saya sendiri mengalami satu situasi 'paranormal' yang biasanya boleh ditonton dalam filem seram iaitu lampu LED siling berkelip-kelip apabila penyedut hampagas dihidupkan seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

Jika anda pengemar cerita seram, saya yakin anda tentu akan fikir sesuatu yang menyeramkan. Mari kita rungkai apa di sebalik kejadian ini...
Apabila penyedut hampagas tersebut dipadam, lampu LED siling tidak berkelip-kelip lagi. Jadi, masalahnya sudah tentu pada penyedut hampagas tersebut.
'Suppressor capacitor' rosak...
Setelah saya buka dan periksa penyedut hampagas berjenama TOPPER tersebut, saya cuma menjumpai sebiji 'suppressor capacitor' dengan nilai 0.22uF atau 220nF yang mencurigakan apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter.

Biasanya jika diukur dengan multimeter, nilai kapasitor adalah tetap dan tidak berubah-ubah seperti boleh dilihat pada klip video di atas. Bacaan nilai kapasitor tersebut juga jauh melebihi nilai asalnya iaitu 220nF.
Litar pintas pada 'suppressor capacitor' tersebut...
Setelah 'suppressor capacitor' tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kini tiada lagi lampu LED siling berkelip-kelip lagi apabila menggunakan penyedut hampagas tersebut.
Litar pintas - 0.7MΩ
Jangan fikir bukan-bukan ya? Everything happens for a reason...
Gantikan 'suppressor capacitor' baru...
Selamat mencuba...

Monday 23 December 2019

TV Spliter repair

Hari ini saya kongsikan sesuatu yang baru iaitu membaiki spliter. Fungsi spliter ini ialah untuk menyambungkan lebih daripada satu TV secara selari.
4-way spliter...
Gambar di atas merupakan '4-way spliter' iaitu boleh menyambungkan signal TV kepada 4 buah TV secara serentak dan selari.
Bahagian bawah spliter...
Menurut pemiliknya, salah satu terminal tidak dapat digunakan dan apabila saya buka serta periksa, memang ada sambungan yang terputus pada salah satu terminalnya dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
sambungan putus...
Kerja membaiki kali amat mudah iaitu saya cuma paterikan kembali sambungan yang putus dan ianya masih boleh digunakan semula.
Siap
Selamat mencuba..

Sunday 22 December 2019

YAGITENNA CH2169 RF modulator repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki RF modulator berjenama YAGITENNA, Model: CH2169. Fungsi RF modulator ini ialah untuk menukar AV signal kepada UHF/VHF signal.
Jenama: YAGITENNA, Model: CH2169
Ketika dirujuk kepada saya ianya tidak dapat dihidupkan dan setelah dibuka serta diperiksa, komponen yang rosak telah saya labelkan pada gambar di bawah.
Setelah penutup dibuka...
Komponen yang rosak ialah:-
  1. sebiji kapasitor utama - 4.7uf, 400v
  2. 3 biji kapasitor - 220uF, 25v
5v - ok
Setelah keempat-empat kapasitor tersebut saya ganti dan diuji, ianya kembali berfungsi dan masih boleh digunakan.
Testing...

Tested - ok
Selamat mencuba...