Wednesday 18 December 2019

Baiki microwave SHARP R-228B

Sebelum ini saya pernah membaiki ketuhar gelombang mikro berjenama SHARP seperti ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
Jenama: SHARP
Model ketuhar gelombang mikro yang dirujuk kepada saya kali ini sedikit berbeza dengan yang lepas iaitu R-228B.
Model: R-228B
Masalah ketika dirujuk kepada saya ialah tidak panas dan apabila saya mencubanya, ianya boleh dihidupkan namun bahagian HV (high voltage) tidak berfungsi.
HV fius putus...
Setelah dibuka dan diperiksa, benda pertama yang dijumpai rosak ialah HV fius dengan nilai 0.6A seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Seperti biasa jika fius putus, kita harus cari punca kenapa fius tersebut putus.
Litar pintas pada HV kapasitor
Pemeriksaan menyeluruh mendapati litar pintas pada HV kapasitor seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Komponen yang rosak - HV kapasitor & HV fius
Jika anda berhajat membaiki sendiri, pastikan anda gantikan komponen yang rosak dengan nilai yang sama dan apa yang perlu saya ganti kali ini ialah:-
  1. HV fius (0.6A)
  2. HV kapasitor (0.94uF)
Gantikan dengan yang baru...
Setelah kedua-dua komponen yang rosak diganti dan diuji, ketuhar gelombang mikro tersebut masih boleh digunakan semula.
Pasang kembali ke kedudukan asal...

Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.