Monday 2 December 2019

Motorola HTN9000D Replacement Charger Base repair

Pengecas walkie talkie seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini. Semalam saya dirujuk sebuah lagi pengecas walkie talkie berjenama Motorola, Model: HTN9000D dengan masalah tidak mengecas walaupun telah dibekalkan arus elektrik dengan menggunakan adapter (transformer) 18v.
Motorola HTN9000D
Beberapa hari yang lepas saya telah membaiki transformer yang mengalami kerosakkan dan anda boleh membacanya di sini.
Lampu indikator tidak menyala...
Ketika saya sambung pengecas tersebut kepada transformer, lampu hijau menyala seketika dan seterusnya padam. Ini menunjukkan bahawa transformernya tidak rosak namun apabila saya letak bateri ke dalam pengecas tersebut, lampu merah tidak menyala seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, tiada komponen yang didapati rosak namun kelihatan salah satu bahagian yang menyambung kepada terminal pengecas telah berkarat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Berkarat...
Gambar di bawah menunjukkan bahagian yang berkarat telah saya bersihkan dengan menggunakan kertas pasir serta 'contact cleaner'.
Dah bersih...
Setelah kerja pembersihan siap dan diuji, kini pengecas tersebut kembali berfungsi dan masih boleh digunakan. Saya tidak pasti kenapa bahagian tersebut boleh berkarat namun yang pasti karat tersebut yang menjadi punca pengecas tidak berfungsi.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.