Hari ini saya berpeluang membaiki kerosakan pada pengecas walkie talkie yang berjenana: Motorola, Model: HTN9000D
 |
Pandangan atas pengecas |
Bagi pengecas yang elok, ketika dihidupkan, lampu hijau akan menyala untuk beberapa ketika & padam.
 |
Pandangan bawah pengecas |
Apabila walkie talkie disambung kepada pengecas, lampu merah akan menyala & setelah bateri telah penuh dicas, lampu merah akan bertukar kepada warna hijau.
 |
Setelah dibuka, hanya sekeping papan litar sahaja |
Masalah pengecas ini ketika dirujuk kepada saya ialah tiada lampu hijau menyala ketika dihidupkan. Setelah dibuka dan diperiksa, hanya fius yang putus seperti pada gambar di bawah.
 |
Bahagian yang ditanda ialah fius |
Setelah fius diganti, pengecas tersebut kini kembali berfungsi seperti biasa.
 |
Tested - ok |
 |
Tested - charging |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.