Wednesday 30 November 2022

OTIS50E-EE 110v PSU repair

Banyak PSU (Power Supply Unit) seperti ini telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

OTIS50E-EE

PSU ini digunakan pada lif berjenama SIGMA dan ianya sedikit berbeza dari PSU biasa sebab hanya memerlukan bekalan 110vac sahaja.

Pagi ini saya dirujuk sebuah lagi PSU seperti ini dan masalahnya ialah lagsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Setelah papan litar dikeluarkan...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, hampir kesemua kapasitor kelihatan kembung seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Semua kapasitor kembung...

Pemeriksaan menyeluruh mendapati 9 biji kapasitor rosak dan telah saya gantikan seperti boleh dilihat pada gambar di atas:-

  1. sebiji kapasitor 220uf, 200v
  2. sebiji kapasitor 330uf, 35v
  3. 2 biji kapasitor 330uf, 50v
  4. sebiji kapasitor 1000uf, 10v
  5. 3 biji kapasitor 2200uf, 16v
  6. sebiji kapasitor 22uf, 50v
5v

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk PSU seperti ini dengan kerosakkan kapasitor kembung namun tidak seteruk kali ini sebab hampir kesemuanya telah kembung.

+15v

Masalah kapasitor kembung adalah disebabkan panas akibat penggunaan tenaga yang tinggi atau suhu persekitarannya tinggi/panas.

-15v

PSU ini berjaya diselamatkan setelah dengan menggantikan kesemua kapasitor yang rosak sahaja dan masih boleh digunakan semula.

Semua kapasitor rosak...

Selamat mencuba...

Tuesday 29 November 2022

TOTALINE digital room thermostat repair

Minggu lepas saya telah dirujuk sebuah 'digital thermostat' berjenama TOTALINE dengan masalah layar indikator berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Setelah dibuka dan diperiksa, benda pertama yang ditemui ialah ada kesan letupan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Kesan letupan tersebut berpunca daripada fius dengan rating 6A seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

fius 6A meletup...

Masalah indikator berkelip-kelip masih sama walaupun fius telah saya gantikan dengan ynag baharu.

474 = 470nf = 0.47uf

Pemeriksaan seterusnya mendapati sebiji kapasitor bergoyang bila ditolak dengan jari dan setelah dibuka, salah satu terminalnya telah putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

kapasitor rosak...

Saya telah gantikan kedua-dua kapasitor dengan label 474 (0.47uf) sebab rosak dan sebiji lagi nilainya telah jauh menurun dari asal iaitu 470nf.

Tested - ok

Masalah indikator berkelip-kelip selesai dan telah berjaya diselamakan. Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.


Selamat berDIY...

Monday 28 November 2022

Caruman sukarela KWSP

Pada 14/11/2022 lepas saya telah melakukan caruman sukarela ke akaun KWSP dengan menggunakan khidmat e-banking.

payment - 14/11/2022

Caruman hanya dimaksukkan ke akaun KWSP saya pada hari berikutnya (15/11/2022).

Contribution - 15/11/2022

70% caruman sukarela dimasukkan ke akaun 1 dan 30% lagi dimasukkan ke akaun 2.

Sunday 27 November 2022

Google Adsense - payment refunded

Sebelum ini saya telah kongsikan masalah bayaran pertama dari google adsense di sini.

Sejumlah $117.79 telah dipulangkan ke akaun google adsense saya pada 17/11/2022 dan pada hari yang sama sejumlah $125.88 telah dipindah ke akaun bank saya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pada 22/11/2022 saya telah menerima sms dari pihak bank menyatakan sejumlah $125.88 telah dikreditkan ke akaun bank saya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

sms dated 22/11/2022

Pemeriksaan pada akaun bank mendapati jumlah yang didepositkan ialah RM557.42 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Kadar pertukaran matawang asing terkini ialah USD1 = MYR4.58 dan kadar yang pihak bank guna ialah 4.4282 sahaja (557.42/125.88=4.428).

1USD = MYR4.58 (22/11/2022)

Teruskan berkaya untuk menjana pendapatan...

Saturday 26 November 2022

KSF-B285NS astro decoder repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk dekoder astro model KSF-B285NS seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Dekoder Astro NJOI

Semalam saya telah dirujuk sebuah lagi dekoder serupa dengan masalah indikator tidak menyala setelah dibekalkan arus elektrik.

Model: KSF-B285NS

Dekoder ini telah dibuka oleh seseorang sebelum dirujuk kepada saya dan ianya telah berjaya saya baiki.

Checking point...

Gambar di atas adalah voltan yang normal setelah ianya telah berjaya di baiki. Voltan yang hilang sebelum dibaiki ialah 13.3/18.3v.

Testing..

Klip video di bawah menunjukkan lokasi 'checking point' untuk memeriksa voltan pada dekoder astro model KSF-B285NS.

 Selamat mencuba...

Friday 25 November 2022

Kerajaan perpaduan (Unity goverment)

Teka-teki siapa Perdana Menteri ke-10 telah terjawab semalam setelah YDA telah memberi perkenan untuk melantik YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a)dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Intipati kenyataan media pertama DSAI semalam (24 November 2022) sebagai Perdana Menteri ialah:-
  1. Komited mempertahankan Perlembagaan - Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan kaum Melayu tanpa meminggirkan hak kaum Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak serta Orang Asli
  2. Pemerintahan dibentuk dengan dukungan padu dan mantap dari tiga gabungan terbesar yakni Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak
  3. Kerajaan akan menjamin dan menjaga hak semua rakyat Malaysia khususnya golongan yang terpinggir dan melarat tanpa kira bangsa dan agama
  4. Fokus nombor satu saat ini adalah agenda pengukuhan ekonomi 
  5. Melawan rasuah dan penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan menggerakkan agenda reformasi tatakelola (‘governance’) pemerintahan
  6. Usul Undi Percaya akan menjadi agenda pertama sewaktu Sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini
  7. Tetap menolak untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri
  8. Isnin, 28 November 2022 ini adalah CUTI UMUM seluruh negara

Ini merupakan julung kalinya negara kita membentuk kerajaan perpaduan dan saya amat berharap ianya akan dilaksanakan dengan jayanya dalam 5 tahun yang akan datang di bawah pimpinan DSAI.

Kerajaan penggal lepas telah menyaksikan pertukaran 3 perdana menteri dalam masa kurang dari 5 tahun akibat perebutan kuasa politik oleh pemimpin yang dipilih rakyat dan mengabaikan masalah rakyat serta negara.

24/11/2022

Berikutan pengumuman PM ke-10 semalam, bursa saham telah naik hampir 60 mata dan melepasi 1,500 mata. Pada masa yang sama ringgit juga telah mengukuh dan ditutup pada MYR4.50/USD semalam dan pagi ini, MYR4.48/USD seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Semoga trend sebegini terus subur di negara kita selepas ini di bawah kerajaan perpaduan yang baharu mulai dari sekarang.

Saya juga amat berharap semua pemimpin yang dipilih rakyat melalui proses demokrasi pada PRU15 ini kurangkan berpolitik atau mungkin boleh berhenti berpolitik seketika mulai sekarang dan tumpukan perhatian kepada pembangunan serta kesejahteraan negara tanpa mengira kaum dan agama.

Sesungguhnya berpolitik menggunakan sentimen kaum dan agama telah banyak memecahbelahkan bangsa kita selama ini.

Salam perpaduan...

Thursday 24 November 2022

Datuk Sri Anwar Ibrahim bakal PM ke-10

Berdasarkan maklumat awam yang ada setakat ini, saya yakin Datuk Sri Anwar Ibrahim bakal diumumkan sebagai perdana menteri ke-10 hari ini.


Keputusan mesyurat majlis khas tertinggi UMNO adalah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.


Semalam pihak istana telah memanggil ketua-ketua parti komponen parti GPS dan UMNO untuk mengadap YDA dan kenyataan media pihak istana adalah seperti pada gambar di atas.

Amat jelas keputusan telah diperolehi oleh pihak istana dan akan memaklumkan kepada majlis raja-raja dahulu sebelum diumumkan lewat petang kelak.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada bakal perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Semoga kerajaan baharu yang dibentuk kelak lebih baik daripada sebelumnya, jika bukan yang terbaik.

Wednesday 23 November 2022

Kerajaan perpaduan

Drama melantik perdana menteri ke-10 masih belum selesai setakat blog ini ditulis dan apa yang berlaku semalam ialah:-

1. Barisan Nasional telah bermesyurat dan keputusannya adalah seperti kenyataan media pada gambar di bawah iaitu tidak menyokong PN namun tidak juga menyatakan sokongan kepada PH.

2. Gabungan Parti Sarawak pula menyerahkan kepada YDA untuk membuat keputusan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pihak istana telah memanggil pengerusi PH & PN mengadap semalam dan keputusannya ialah:-

  1. Tiada gabungan mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan
  2. Pihak istana mencadangkan kerajaan perpaduan kepada PH & PN
  3. PN menolak
  4. PH menerima

Berikutan pihak PH telah menerima cadangan YDA, banyak media berita telah melaporkan Datuk Seri Anuar Ibrahim telah dinamakan sebagai calon perdana menteri namun hakikatnya ialah seperti kenyataan media pihak istana di atas.

Pagi ini kesemua calon dari barisan nasional dipanggil mengadap YDA bagi mengetahui kesediaan mereka bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan.

Sama-sama kita nantikan drama seterusnya yang akan serta bakal berlaku pada hari ini...

Tuesday 22 November 2022

Siapa perdana menteri Malaysia ke-10

Setelah 3 hari pilihanraya umum telah berlalu, kemungkinan hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Siapakah bakal perdana menteri kita yang ke-10?

Perjumpaan PH & BN di Hotel Seri Pacific...

Apa yang berlaku kelmarin ialah gabungan barisan nasional (BN) telah berbincang dengan gabungan pakatan harapan (PH) untuk bekerjasama membentuk kerajaan di Perak, Pahang serta peringkat persekutuan.

Pihak BN juga telah meminta tempoh tambahan bagi melengkapkan dokumen sokongan membentuk kerajaan persekutuan. Berikutan itu pihak istana juga telah bersetuju penangguhan sehingga pukul 2 petang hari ini (22/11/2022).

Dalam masa yang sama, di satu pihak lagi iaitu gabungan perikatan nasional (PN) juga mengumumkan telah mendapat sokongan melebihi 112 kerusi parlimen.

Kemungkinan apa yang akan berlaku tidak seperti dirancang dan tidak/belum selesai pada hari ini.

Sama-sama kita tunggu dan lihat...

Monday 21 November 2022

Kerajaan tergantung PRU15

Walaupun rakyat Malaysia telah menunaikan kewajipan untuk keluar mengundi beramai-ramai pada 19/11/2022 namun tiada gabungan yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan setakat ini.

Kenyataan istana...

Pihak istana telah dimaklumkan keputusan akhir oleh SPR dan meminta yang dipertua dewan rakyat bekerjasama untuk memaklumkan kepada ketua-ketua parti yang mempunyai kerusi yang banyak berkaitan gabungan untuk membentuk kerajaan selewat-lewatnya pukul 2 petang 21/11/2022.

Kenyataan media pertama semalam ialah dari GPS (Gabungan Parti Sarawak) seperti boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu bersetuju dengan gabungan PN, BN, GPS & GRS.

Kenyataan GPS...

Tidak lama selepas itu PN (Perikatan Nasional) pula mengeluarkan kenyataan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah yang juga bersetuju dengan gabungan PN, GPS, GRS dan beberapa ahli dewan rakyat yang lain tanpa menyebut BN.

Kenyataan PN...

Pada sebelah malam pula pihak BN (Barisan Nasional) menafikan ada rundingan dengan GPS untuk membentuk kerajaan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kenyataan BN...

Setakat blog ini ditulis, tiada kenyataan dari pihak PH (Pakatan Harapan) serta semua ahli dewan rakyat mereka yang terpilih. Kesemua mereka masih membisu termasuk bakal calon PM (Perdana Menteri) mereka.

Apa yang ditemui di media sosial hanya lah mohon maaf serta doa dari bakal calon PM gabungan PH seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Namun pada lewat malam saya menemui satu lagi 'posting' bakal calon PM gabungan PH seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Apakah petunjuk (clue) yang ingin beliau sampaikan?

Sama-sama kita nantikan dalam beberapa jam lagi...

Sunday 20 November 2022

Keputusan PRU15

Rakyat malaysia telah menjalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi semalam dan keputusan akhir PRU15 adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Tiada gabungan yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara solo.

Proses seterusnya ialah bagaimana gabungan yang sedia ada bergabung untuk mendapatkan jumlah majoriti mudah sekurang-kurangnya 112 kerusi.

Adakah:-

  1. PH + PN = 82 + 73
  2. PH + BN = 82 + 30
  3. PH + GPS + GRS + lain-lain (No PN, no BN)
  4. PN + BN + GPS + GRS + lain-lain (No PH or no DAP, no Anuar)

Nama-nama besar calon yang telah kalah pada PRU15 ialah:-

1. Tun Mahathir
2. Tengku Razaleigh
3. Khairy Jamaludin
4. Nurul Izzah Anwar
5. Faizal Azumu
6. Maszlee Malik
7. Tengku Zafrul
8. Zuraida Kamarudin
9. Shahril Hamdan
10. Asyraf Wajdi
11. Rina Harun
12. Khalid Samad
13. Liow Tiong Lai
14. Tengku Adnan
15. Mujahid Rawa
16. Reezal Merican
17. Isham Jalil
18. Mahdzir Khalid
19. Azmin Ali
20. Saifuddin Nasution 

Kerusi yang dimenangi mengikut parti adalah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.


Mudah-mudahan proses gabungan seterusnya untuk membentuk kerajaan berjalan lancar dengan mengambil kira pelbagai aspek terutamanya kestabilan politik demi masa depan negara yang lebih baik jika bukan yang terbaik.

Sama-sama kita nantikan...

Saturday 19 November 2022

PRU15 - Selamat mengundi

Hari ini rakyat Malaysia akan menentukan bakal calon ahli parlimen (MP) kawasan masing-masing dan gabungan parti yang mendapat majoriti akan membentuk kerajaan yang baharu.

Pusat mengundi...

Seperti PRN lepas, saya turun awal ke pusat mengundi. Pengundi disuruh duduk tunggu/duduk sehingga waktu mengundi bermula.

Tunggu giliran...

Tunjukkan kad pengenalan kepada pegawai bertugas untuk disemak dan akan diberikan maklumat saluran mengundi seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Dapatkan nombor saluran/pemilih...

Pengundi tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di dalam bilik mengundi dan nama serta nombor kad pengenalan akan diumum untuk pengetahun semua 'pooling agent'.

Selepas itu jari pengundi akan dicelup dengan dakwat kekal berwarna ungu (purple) dan diberikan kertas undi yang telah dilipat. Kertas undi yang telah ditanda oleh pengundi akan dimasukkan ke peti undi.

Setelah dicelup dakwat kekal...

Warna dakwat kekal akan berubah menjadi gelap setelah beberapa jam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah beberapa jam, warna dakwat menjadi gelap...

Selamat mengundi...