Monday 30 October 2023

LNB Astro rosak

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru mengenalpasti kerosakkan LNB pada sistem astro.

Astro outdoor unit...

Masalah asal pengalaman kali ini ialah, dekoder rosak dan setelah dibaiki ianya boleh berfungsi semula namun apabila pemilik membawa balik dan dipasang di rumahnya, tiada siaran.

Strength: 57%

Sesuatu yang pelik ialah bila periksa isyarat melalui dekoder, ianya elok seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

LNB asal...

Memandangkan dekoder ada siaran ketika diuji di bangkel saya namun tiada siaran di rumah pemilik, saya syak LNB rosak.

Gantikan LNB baru...

Dipendekkan cerita, saya gantikan LNB yang baru dan buat pertama kalinya saya jumpa 'quality' serta 'strength' 100% seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan masalah tiada siaran juga selesai.

Strength: 100%

Untuk pengetahuan semua, pemilik memberitau saya 'outdoor unit' asalnya telah berkhidmat selama hampir 20 tahun sebelum rosak bersama dekoder.

Tested - ok
 

Selamat berDIY...

Friday 27 October 2023

Gantikan transformer yang rosak pada PCB

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah papan litar yang digunakan untuk mengawal suhu bilik sauna dengan masalah gagal berfungsi.

Gantikan transformer yang rosak...

Pemeriksaan dengan mata kasar mendapati transformer telah terbakar serta berwarna hitam seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

gegelung primary rosak/putus

Masalah yang dihadapi pada mulanya ialah berapa voltan output transformer yang rosak? Pemeriksaan pada papan litar mendapati ianya menggunakan sebiji geganti (relay) dengan voltan 24v. Mungkinkah transformer 24v diperlukan?

Relay 24v digunakan

Kerja menjadi mudah disebabkan saya pernah membaiki PCB serupa beberapa tahun lepas dan transformer yang digunakan ialah 12vac seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

PCB serupa yang pernah saya baiki beberapa tahun lalu...

Transformer yang saya gantikan diambil daripada papan litar mesin basuh yang gagal dibaiki dan voltan outputnya ialah 12vac.

Klip video di atas dan di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah transformer telah saya gantikan dan ianya berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Tuesday 24 October 2023

Tangki septik sumbat

Baru-baru ini saya dapati air mangkuk tandas di rumah saya turun dengan perlahan setelah 'flush'.

Penutup tangki septik di belakang rumah...

Untuk rekod, saya mula menghuni di situ sejak tahun 2005 dan hanya sekali sahaja pihak bandaraya menyedut tangki septik di rumah saya

Setelah penutup 1 dibuka...

Masalah air mangkuk tandas mengalir perlahan biasanya adalah disebabkan tangki septik telah penuh atau sumbat.

Korek lumpur/najis yang sumbat...

Terdapat 3 penutup di belakang rumah saya seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas. Masalah yang saya hadapi ialah sumbat pada bahagian penutup pertama

Siap...

Masalah selesai setelah lumpur termasuk najis saya yang tersumbat pada bahagian penutup 1 telah dikorek dengan menggunakan cangkul serta dibersihkan.

Gambar di atas saya ambil dari rumah yang baru dibina tidak jauh dari kawasan perumahan saya. Mengapa ianya kini dilengkapi 4 ruangan tangki septik?

Fikir-fikirkan...

Saturday 21 October 2023

Panasonic NN-C2003S microwave repair


Hari ini saya telah dirujuk sebuah microwave berjenama Panasonic, model NN-C2003S dengan masalah boleh dihidupkan namun berhenti selepas kira-kira 40 minit seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Panasonic NN-C2003S

Masalah sedemikian pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Model: NN-C2003S

Microwave ini menggunakan teknologi inverter dan perbezaannya dengan microwave biasa ialah HV transformer, HV diode, HV fuse & HV capacitor semuanya digabungkan pada papan litar inverter.

Setelah penutup dibuka...

Sehingga blog ini ditulis, saya cuma pernah dirujuk sebuah microwave jenis inverter yang mengalami kerosakkan papan litar inverter. Pengalaman membaiki papan litar inverter tersebut boleh dibaca di sini.

Magneteron: 2M236-M1

Setelah dibuka serta diperiksa, saya menemui magnet pada magnetron telah pecah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Magnet pada magnetron pecah...

Masalah selesai dan microwave berjaya diselamatkan setelah magnetron gantikan dengan yang baharu.

Gantikan magneteron baru...

Selamat mencuba...


Wednesday 18 October 2023

Alahan (Allergy)

Semalam (17/10/2023) saya telah mengalami alahan (allergy) yang serius setelah termakan sesuatu yang mungkin beracun atau sensitif kepada sistem tubuh badan saya.

Jabatan kecemasan hospital umum Miri...

Apa yang berlaku ialah badan saya mulai gatal setelah kira-kira 2 jam makan tengahari. Keadaan reda setelah saya mandi dan kesan alahan tidak gatal lagi.

Kad pesakit beralamat di Hock Hua Bank, Batu Niah...

Lebih 10 tahun yang lalu saya pernah mengalami alahan setiap hari dan menurut doktor yang merawat saya ketika itu, ianya disebabkan antibodi badan saya terlalu dominan. Masalah selesai setelah saya diberi bekalan ubat untuk seminggu dan tiada lagi alahan selepas itu sehingga semalam.

Rasanya bacaan elok...

Pada mulanya saya anggap ianya mungkin adalah alahan biasa dan dibiarkan sahaja setelah tidak gatal lagi selepas mandi namun situasi berulang semula selepas makan malam dan kali ini lebih serius sehingga muka mulai membengkak.

Ubat diberi...

Dipendekkan cerita, saya memandu sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan gambar di atas adalah ubat yang dibekalkan kepada saya.

Punca alahan (allergy)...

Untuk pengetahuan semua, punca alahan adalah disebabkan saya makan ikan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Saya tidak pasti nama ikan tersebut namun ada yang memberitau saya ianya ikan selayang. 

Ini bukan kali pertama saya memakan ikan tersebut dan kenapa kali ini mengalami alahan setelah memakannya?

Untuk rekod, semua ubat oral yang dibekalkan kepada saya semalam tidak dimakan termasuk 'calamine lotion' juga tidak digunakan. Tiada lagi bengkak di badan serta muka sewaktu bangun tidur pagi ini.

Saya makan benda yang sama tengahari ini kecuali ikan goreng semalam dan tiada lagi alahan berulang sehingga blog ini ditulis. Jadi, sah punca alahan semalam adalah disebabkan makan ikan tersebut.

Persoalan yang belum terjawab ialah kenapa saya mengalami alahan setelah memakan ikan yang sering saya makan sebelum ini semalam? Mungkinkah beracun? Mungkinkah penyediaaan sebelum digoreng tidak bersih? Mungkinkah ikan telah tercemar atau dicemari sesuatu?

Mungkinkah saya tidak boleh lagi makan ikan tersebut selepas ini?

Renung-renungkan...

Monday 16 October 2023

How to sign out of YouTube account on mobile

Umum tahu bahawa kita harus 'sign out' atau 'log out' aplikasi selepas digunakan bagi mengelak daripada digodam atau sebarang penyalahgunaan oleh pihak lain selain tuan punya akaun.

1. Pilih 'App info'... (Press & hold YouTube icon)

Pernahkah anda terfikir untuk 'sign out' akaun YouTube anda setelah digunakan?

2. Pilih 'clear data'...

Saya telah mencari butang 'sign out' pada aplikasi YouTube dan ianya gagal ditemui.

3. Pilih 'Clear all data'...

Saya juga telah merujuk kepada Google untuk mengetahui cara-cara 'sign out' akaun YouTube namun menemui jalan buntu berikutan aplikasi terbarunya kini tidak dilengkapi dengan kemudahan 'sign out'.

4. Klik 'OK'...

Gambar-gambar di atas dan di bawah adalah langkah-langkah yang saya lakukan untuk 'sign out' akaun YouTube.

Siap...

Selamat mencuba...

Friday 13 October 2023

Mengenalpasti Valve (vacuum tube) 6J1/6J2 rosak

Bulan lepas, preamplifier yang saya beli pada tahun 2021 telah gagal berfungsi. Preamplifier tersebut menggunakan 'valve' (vacuum tube) 6J2 dan anda boleh rujuk di sini.

Filamen 'vacuum tube' tak menyala...

Cara untuk mengetahui 'valve' rosak ialah filamen di dalamnya tidak menyala walaupun telah dibekalkan arus elektrik seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan 'vacuum tube' yang rosak...

Preamplifier ini menggunakan 2 biji 'valve' dan ianya disambung secara bersiri pada papan litar. Cara untuk mengenalpasti 'valve' yang elok/rosak telah saya terangkan pada klip video di bawah.

Filamen untuk 'valve' 6J1/6J2 ialah pada pin 3 & pin 4. Bacaan rintangan pada filamen elok ialah kira-kira 5.6Ω. Filamen yang putus tiada keterusan jika diperiksa dengan menggunakan multimeter.

Tested - ok

Biasanya hanya sebiji sahaja 'valve' sahaja yang terbakar dan akan kembali berfungsi semula setelah diganti.

'Vacuum tube' mempunyai jangka hayatnya masing-masing sama seperti lampu kereta. Ia akan rosak dan perlu diganti dari masa ke semasa.

Jadi, jika anda masih ada peralatan elektrik yang masih menggunakannya, pastikan ada alat ganti di tangan.

Untuk rekod, 'valve' pada preamplifier saya di atas hanya bertahan kira-kira 2 tahun sahaja.

Selamat berDIY...

Wednesday 11 October 2023

Milwaukee charger cut-off due to battery overcharged

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah pengecas serta sebiji bateri berjenama Milwaukee model M12 dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Pengecas boleh berfungsi semula setelah bekalan elektrik diputuskan serta dibiarkan kira-kira 10 minit. Saya telah menguji pengecas tersebut dengan bateri lain dan tiada masalah 'cut-off' berulang. Jadi, masalahnya ialah pada bateri dan bukan pengecas.

4.382v (>4.2v)

Gambar-gambar di atas dan di bawah adalah 3 bacaan voltan yang saya dapat pada bateri di dalamnya iaitu 4.382V, 3.640V & 4.383V.

3.64v

Untuk pengetahuan semua, voltan maxima bateri lithium ialah 4.2V sahaja sewaktu penuh dicas dan biasanya akan turun kepada kira-kira 4.10V.

4.383v (>4.2v)

Jadi, 4.38V telah melebihi had bateri lithium yang normal (max 4.2V) dan menjadi punca pengecas cut-off.

Buang cas...

Sebagai percubaan, saya telah buang cas bateri yang bacaannya 4.38V sehingga kira-kira 3.9v dengan menyambungkan sebiji mentol seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Mentol lampu kereta (60/55W, 12v)

Dalam masa yang sama saya cas bateri yang bacaannya cuma 3.6V sehingga 3.9v supaya ketiga-tiga bacaannya seimbang.

Tested - ok

Seterusnya saya cas semula bateri dengan menggunakan pengecas asal M12-18C dan bacaan setiap bateri ialah 4.108V sahaja setelah penuh dicas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

4.108V

Saya tidak pasti kenapa bateri tersebut boleh terlebih cas namun masalah selesai setelah cas berlebihan dibuang (discharge) sehingga semua voltannya seimbang sebelum dicas semula hingga penuh menggunakan pengecas asal.

Selamat berDIY...

Sunday 8 October 2023

PFS-300 impulse sealer repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk 'impulse sealer' seperti ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

PFS-300 impulse sealer

Menurut pemilik, masalahnya ialah ianya boleh dihidupkan, boleh berfungsi namun terlalu panas sehingga plastik putus sewaktu menggunakannya untuk membungkus barangan.

Model: PFS-300

Sewaktu saya mengujinya, elemen pemanas menjadi merah menyala dan lampu indikator tidak padam walaupun pelaras masa/suhu pada kedudukan minima.

Pelaras masa/suhu...

Saya mengesyaki potentiometer (pelaras suhu/masa) rosak yang mengakibatkan suhu/masa gagal dikawal.

Buka bahagian pelaras masa/suhu...

Gambar di atas dan di bawah adalah keadaan bahagian pelaras telah saya buka dan tiada komponen pada papan yang rosak ditemui.

PCB...

Seterusnya saya buka papan litar untuk membuat pemeriksaan pada potentiometer (pelaras).

Potentiometer rosak...

Potentiometer disahkan rosak dan ratingnya ialah 220kΩ seperti boleh dilihat pada labelnya (B220k).

Gantikan potentiometer baru...

Masalah selesai dan ianya berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan potentiometer sahaja. Nombor rujukan jenis potentiometer yang digunakan ialah WH148.

B220K = 220kΩ

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah potentiometer telah saya gantikan dengan yang baru.

Selamat berDIY...

Thursday 5 October 2023

Panasonic MX-899TM blender

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah pengisar (blender) berjenama Panasonic, model MX-899TM untuk diperiksa serta di baiki. Menurut pemilik, ianya gagal berfungsi secara tiba-tiba sewaktu digunakan.

Panasonic MX-899TM blender

Sebelum dibuka untuk diperiksa, saya uji pengisar ini dan ianya berfungsi tanpa masalah.

Model: MX-899TM

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk sebuah pengisar yang hampir serupa dengan masalah serupa seperti di atas dan anda boleh rujuk di sini.

Elak penggunaan berterusan melebihi 2 minit...

Persoalannya ialah kenapa pemilik sering menghantar pengisar yang elok dan minta di baiki? Jawapannya boleh dilihat pada label di atas. Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...