Friday 13 October 2023

Mengenalpasti Valve (vacuum tube) 6J1/6J2 rosak

Bulan lepas, preamplifier yang saya beli pada tahun 2021 telah gagal berfungsi. Preamplifier tersebut menggunakan 'valve' (vacuum tube) 6J2 dan anda boleh rujuk di sini.

Filamen 'vacuum tube' tak menyala...

Cara untuk mengetahui 'valve' rosak ialah filamen di dalamnya tidak menyala walaupun telah dibekalkan arus elektrik seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan 'vacuum tube' yang rosak...

Preamplifier ini menggunakan 2 biji 'valve' dan ianya disambung secara bersiri pada papan litar. Cara untuk mengenalpasti 'valve' yang elok/rosak telah saya terangkan pada klip video di bawah.

Filamen untuk 'valve' 6J1/6J2 ialah pada pin 3 & pin 4. Bacaan rintangan pada filamen elok ialah kira-kira 5.6Ω. Filamen yang putus tiada keterusan jika diperiksa dengan menggunakan multimeter.

Tested - ok

Biasanya hanya sebiji sahaja 'valve' sahaja yang terbakar dan akan kembali berfungsi semula setelah diganti.

'Vacuum tube' mempunyai jangka hayatnya masing-masing sama seperti lampu kereta. Ia akan rosak dan perlu diganti dari masa ke semasa.

Jadi, jika anda masih ada peralatan elektrik yang masih menggunakannya, pastikan ada alat ganti di tangan.

Untuk rekod, 'valve' pada preamplifier saya di atas hanya bertahan kira-kira 2 tahun sahaja.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.