Saturday 30 January 2021

Channel astro NJOI tiba-tiba tiada siaran (services currently not available)

Baru-baru ini saya banyak dirujuk decoder astro lama seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan merupakan antara decoder terawal digunakan apabila astro baru memulakan operasinya.

Decoder lama...

Selama saya berkecimpung dalam kerja baiki membaiki decoder astro ini, jarang decoder lama seperti pada gambar di atas dan di bawah dirujuk kepada saya untuk diselengara atau di baiki. Anda nak tahu kenapa? Sebabnya ialah dekoder lama buatan PHILIPS ini sangat berkualiti dan tidak mudah rosak.

Decoder lama astro NJOI

Kerosakkan yang biasa saya baiki untuk decoder lama ini ialah pada bahagian PSU (power supply unit) dan melibatkan komponen 'wear and tear' yang tidak dapat dielakkan bila masa telah tiba.


Namun sejak masuk tahun 2021 ini, banyak pula decoder lama ini dirujuk kepada saya dengan masalah yang hampir serupa dan hanya melibatkan pengguna NJOI sahaja.

Untuk pengetahuan semua, astro NJOI diperkenalkan pada Februari 18, 2012 dan ianya membekalkan saluran percuma dengan harga RM285.00 sekali bayar sahaja ketika itu.

Kini harganya ialah RM399.00 seperti boleh dilihat pada gambar di atas. 

Gambar di atas dan di bawah merupakan fenomena biasa dan telah lama saya jumpa ketika decoder NJOI yang rosak telah saya baiki serta diuji. Ini adalah disebabkan sistem astro (software) tidak lagi menyokong decoder lama namun itu bukan masalah utama sebab majoriti pengguna astro NJOI hanya menonton siaran percuma sahaja dan mereka tak kisah pun channel yang berbayar.

Untuk pengetahuan semua, pihak astro hanya menukar decoder baru secara percuma kepada pelanggan berbayar sahaja. Maksudnya pelanggan NJOI perlu membeli decoder baru jika rosak dan tidak dapat di baiki lagi.

Sebelum ini, pelanggan astro yang masih menggunakan decoder lama seperti gambar pertama di atas masih boleh membeli decoder 'secondhand' dan masukkan kad astro mereka untuk menonton semula.

Jika tiada alternatif lain, pelanggan astro NJOI akan disuruh membuat pendaftaran baru dengan membayar RM399.00 bagi mendapatkan decoder baru supaya boleh menonton semula.

Duit lagi...

Berbalik kepada cerita kenapa kebelakangan ini banyak pengguna NJOI merujuk decoder kepada saya untuk dibaiki dan hanya melibatkan decoder lama sahaja.

Masalah terbaru yang sering saya jumpa ialah, decoder rosak telah saya baiki namun hanya beberapa channel sahaja ada siaran seperti channel wowshop, pendidikan, bernama serta semua channel radio sahaja.

Signal elok...

Seperti biasa pihak astro akan suruh periksa 'signal' serta buat 'auto update'. Semua yang disuruh telah saya buat namun masalah tetap sama iaitu sebahagian channel mengeluarkan mesej 'services currently not available'.

Channel free tiada siaran?

Pada pandangan logik saya, ini bukan kerosakkan decoder sebab jika decoder rosak, semua channel tiada siaran dan bukannya channel tertentu sahaja.

Pihak astro pada mulanya menyuruh saya bayar RM85.00 untuk menghantar jurutenik ke rumah membuat pemeriksaan namun saya bertegas tidak mahu sebab saya yakin dan pasti ianya bukan masalah decoder.

Akhirnya mengaku dah...
Setelah saya menghantar bukti-bukti yang ada kepada mereka, akhirnya mereka mengaku juga yang versi sistem terbaru mereka tidak lagi menyokong decoder lama seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Naik taraf pada 26/1/2021...

Jadi, jika anda yang masih menggunakan decoder lama dan menghadapi kehilangan siaran secara tiba-tiba, giliran anda telah tiba. Tanpa decoder baru, anda tidak akan dapat menonton lagi.

Saya ada beberapa pilihan untuk mengatasi masalah di atas:-

  1. Daftar baru NJOI dengan membayar RM399.00 di sini. Jangan lupa, dulu pihak astro  kata bayar sekali sahaja untuk pakej NJOI, kenapa kini anda dipaksa bayar lagi?
  2. Astro ada kedai di shopee dan anda boleh beli di sini tanpa perlu membayar kos pemasangan dengan 'plug & play' sendiri. Sebelum membuat keputusan, jangan lupa baca ruangan komen yang 'rating' 1 bintang, 2 bintang dan 3 bintang dahulu supaya pisang tidak berbuah dua kali.
  3. Lupakan saja astro dan bertukar kepada MyTV untuk menonton secara percuma. Anda boleh rujuk artikel berkaitan MyTV saya di sini sebagai rujukan.
  4. Jika anda ada talian intenet di rumah, boleh pertimbangkan TV Box sebagai alternatif.
  5. Tukar TV anda kepada IDTV dan menonton MyTV tanpa perlu membeli decoder MyTV.
  6. Mungkin parabola juga adalah salah satu alternatif yang boleh dipertimbangkan untuk menonton siaran seluruh dunia.

One-time payment...


Saya berpandangan pihak astro harus bertanggungjawab menukar decoder NJOI lama kepada decoder baru secara percuma kepada semua pelanggan NJOI sebab decoder mereka bukannya rosak tetapi 'dirosakkan' oleh versi sistem terbaru mereka. Itu janji mereka ketika kita melanggan astro NJOI iaitu 'bayar sekali sahaja'.

Kita tidak tahu bila pihak astro akan tukar sistem lagi dan anda perlu menukar decoder yang baru lagi di masa hadapan.

Fikir-fikirkan dan buat pilihan bijak...

11 comments:

  1. Untuk makluman semua, selepas 'sistem down' beberapa bulan lepas, kini decoder berwarna kelabu (silver) langsung tidak boleh digunakan lagi, dengar radio pun tak dapat. Sistem astro tidak lagi menyokong dan anda perlukan dekoder baharu jika ingin terus menonton. MyTV adalah alternatif terbaik sebagai pengganti NJOI...

    ReplyDelete
  2. Nasib baik ada entry nie..penat adjust piring 🤦🏻‍♂️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sistem astro tidak lagi menyokong dekoder lama yang berwarna kelabu dan yang seangkatan dengannya. Nak dengar radio pun tak dapat lagi.

      Delete
  3. Nak tanya boleh, rekoder hitam tapi tiada rangkaian. Maksudnya kena cari rekoder baru ke? Beli sekitar 2018

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak faham soalan. Apa yang dimaksudkan dengan 'tiada rangkaian'? Dekoder boleh dihidupkan tetapi tiada siaran atau dekoder langsung tidak dapat dihidupkan?

      Delete
  4. sy nk tny sy pun masih guna decoder silver mcm gmbr diatas... mmg xboleh nk tgk TV langsung.. so kalau dpt decoder astro beyond second (org jual) bole ke masukkan card njoi sy tu? minta penjelasan atau cara terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak astro telah tamatkan sokongan kepada dekoder berwarna silver. Kad astro tidak berfungsi jika dipindah ke dekoder lain. Jika masih nak tonton siaran astro njoi, kena daftar semula dan beli dekoder baru.

      Delete
  5. Still boleh tengok tapi Kena switch on 2-3jam untuk connect setiap kasi power off

    ReplyDelete
  6. Wong Boleh bagi tak rosak astro smart card warna merah jambu

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.