Showing posts with label induction cooker. Show all posts
Showing posts with label induction cooker. Show all posts

Thursday, 8 September 2022

YY-TP05A-001 commercial induction cooker repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'commercial induction cooker' dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

Commercial Induction Cooker

Menurut pemilik kali terakhir digunakan ianya telah menyebabkan seluruh kedai bergelap dan langsung tidak berfungsi lagi selepas itu.

Model: YY-TP05A-001

Setelah dibuka dan diperiksa, komponen pertama yang didapati rosak ialah fius utama dengan rating 25A.

Setelah dibuka...

Jika fius 25A putus mesti kena cari puncanya sebelum boleh diuji semula sebab melibatkan litar pintas.

Papan litar...

Pemeriksaan pada papan litar menemui 3 biji IGBT dengan nombor rujukan H20PR5 mengalami litar pintas seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar pintas pada 3 biji IGBT...

Saya telah gantikan IGBT yang rosak serta fius utama dan diuji namun ianya gagal berfungsi dan indikator juga tidak menyala.

Gantikan IGBT & fius baharu...

Masalah sedemikian adalah disebabkan bahagian yang melibatkan microprocessor gagal berfungsi dan mungkin disebabkan tiada bekalan elektrik. 

Bahagian microprocessor menggunakan sebiji ic berlabel VIPER26 untuk bekalan elektrik 16v dan kemudian diturunkan ke 5v menggunakan sebiji 7805 voltage regulator.

2 biji S8050 transistor rosak...

Pemeriksaan seterusnya mendapati dua biji transistor dengan label S8050 rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Testing...

Ujian awal setelah kesemua komponen rosak diganti mendapati semua berfungsi dengan normal seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Semua komponen yang rosak...

Sebelum ini saya ada kongsikan beberapa buah induction cooker dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini, sini, sini dan sini.

Majoriti kerosakkannya adalah melibatkan kerosakkan IGBT.

Selamat mencuba...

Tuesday, 24 May 2022

KL-10A-C induction heater repair

Banyak 'induction cooker' telah saya baiki dan kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: KANGLE

Semalam saya dirujuk sebuah lagi 'induction heater' buatan China berjenama KANGLE, model KL-10A-C dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Model: KL-10A-C

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, tiada komponen yang rosak kelihatan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Pemeriksaan dengan menggunakan multimeter mendapati komponen yang rosak ialah:-

  1. sebiji fius 10A
  2. sebiji kapasitor 4.7uF, 400v
  3. sebiji IGBT dengan nombor rujukan FGA15N120
Keluarkan papan litar...

Kerosakkan komponen di atas merupakan kerosakkan yang lazim berlaku pada 'induction cooker'.

FGA15N120 (litar pintas)

'Induction cooker' yang berkualiti biasanya masih boleh dihidupkan namun tidak panas sahaja walaupun IGBT mengalami kerosakkan dan biasanya litar pintas.

Gantikan FGA15N120 yang baharu...

'Induction heater' ini berjaya diselamatkan setelah kesemua komponen yang rosak di atas telah saya gantikan serta diuji.

Siap...

Selamat mencuba...

Thursday, 2 December 2021

SPT-35 induction cooker repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk 'induction cooker' seperti ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

SPT-35 induction cooker

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi 'induction cooker' serupa dengan masalah boleh dihidupkan apabila dibekalkan arus elektrik namun kesemua butang yang ada tidak berfungsi apabila ditekan.

PCB indikator...

Setelah penutup bahagian bawahnya dibuka, benda pertama yang saya ingin periksa ialah papan litar di mana terletaknya butang-butang yang tidak berfungsi bila ditekan.

2 biji 'tact switch' rosak...

Pemeriksaan pada keempat-empat butang yang ada mendapati dua biji rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Keluarkan 'tact switch' yang rosak...

Butang yang rosak adalah butang 'power' dan butang '+' dan tiada keterusan apabila ditekan. Dari pengalaman lepas, biasanya 'tact switch' rosak adalah juga merupakan butang yang sering digunakan.

Siap...

Masalah selesai setelah kedua-dua 'tact switch' yang rosak telah saya gantikan dan ianya telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Wednesday, 24 November 2021

Cara memeriksa sensor haba (NTC thermistor)

Sebelum ini saya pernah kongsikan maklumat berkaitan dengan thermistor dan anda boleh rujuk di sini.

temperature sensor - induction cooker

Hari ini saya kongsikan sebiji komponen yang kelihatan seperti diod namun ianya bukan diod ataupun zener diod seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Komponen ini digunakan sebagai sensor suhu pada 'induction cooker' dan ianya dikenali sebagai NTC thermistor. Ianya juga ada digunakan pada thermometer elektronik dan periuk nasi.

Perbezaan fizikal ketara di antara NTC thermistor dan diod boleh dilihat dengan jelas pada gambar di bawah.

thermistor vs diode

Cara memeriksa NTC thermistor ini ialah dengan mengukur rintangannya dan bacaan rintangan akan berubah mengikut suhu seperti telah saya terangkan dalam klip video pada penghujung artikel ini.

Anda boleh panaskannya dengan memegang menggunakan jari dan bacaan rintangan akan berubah.

NTC thermistor - 100kΩ

Nilai NTC thermistor ini ialah 100kΩ pada suhu 25°c. Kita tidak akan mendapat bacaan tepat 100kΩ sebab suhu bilik bukan tepat pada 25°c.

Penghawa dingin di pejabat saya dilaras pada suhu 24°c dan bacaannya menghampiri 100kΩ. Jika diukur pada suhu bilik tanpa penghawa dingin bacaannya kira-kira 70kΩ hingga 80kΩ sebab suhunya lebih tinggi dari 25°c.

NTC thermistor yang rosak tidak mempunyai bacaan rintangan atau nilai rintangan tidak berubah mengikut suhu.

Tiada bacaan periksa guna fungsi periksa diod...

NTC thermistor yang elok tidak mempunyai sebarang bacaan jika diukur dengan menggunakan fungsi diod pada multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di atas.


 Selamat mencuba...

Friday, 3 September 2021

PHILIPS HD4911 induction cooker repair

Minggu lepas saya dirujuk sebuah 'induction cooker' berjenama PHILIPS, model: HD4911 dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila arus elektrik dibekalkan.

PHILIPS HD4911 induction cooker

Pemeriksaan awal mendapati fius 13A pada plug 3-pin  putus dan ini memberitahu kita bahawa ada litar pintas yang serius telah berlaku yang menyebabkannya putus.

Model: HD4911

Saya pernah kongsikan pengalaman membaiki induction cooker sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. Tiada kerosakkan yang dirujuk sebelum ini melibatkan fius putus dan pastinya kerosakkan kali ini adalah berbeza.

Setelah penutup atas dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh pada papan litar, komponen-komponen yang rosak ialah seperti telah saya tandakan di bawah iaitu:-

  1. Sebiji 'bridge rectifier' - D20SB80 (20A)
  2. Sebiji IGBT 25N120ND (25A, 1200v)
  3. Sebiji fius pada plug 3-pin (13A)
Komponen yang rosak...

'Induction cooker' ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kesemua komponen yang rosak di atas telah saya gantikan serta diuji.

Siap...

Selamat mencuba...

Friday, 24 July 2020

SPT-35 induction cooker repair

Semalam saya dirujuk sebuah 'induction cooker' yang tidak diketahui jenamanya, Model: SPT-35 dengan masalah mengeluarkan asap putih seperti boleh dilihat pada klip video di atas apabila hanya dengan memasak air sahaja.
Model: SPT-35
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, saya hanya menemui sebuah kipas 24v didapati rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Setelah dibuka bahagian bawahnya...
Setelah kipas tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji semula 'induction cooker' tersebut berfungsi seperti biasa namun ianya masih mengeluarkan asap putih apabila telah panas. Kenapa?
Kipas 24v rosak...
Saya dapati asap putih tersebut hanya terhasil setiap kali ianya telah panas dan baunya seakan-akan masakan yang telah hangus, bau yang pernah saya hidu tapi di mana ya?
Saya yakin ianya bukan bau komponen yang rosak atau sesuatu yang berkaitan dengan elektrik.

Apabila saya alihkan pinggan dari 'induction cooker', saya dapati ada satu lapisan lutsinar nipis yang melekat pada permukaan atasnya dan ianya keras.

Saya kikis serta bersihkan lapisan lutsinar yang melekat pada permukaan atasnya dan setelah itu uji semula dengan memasak air yang sama sebelumnya. Kini tiada asap putih lagi terhasil seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
Asap putih yang terhasil sebelumnya adalah daripada lapisan lutsinar yang melekat pada permukaan 'induction cooker' tersebut dan saya yakin ianya adalah dari masakan yang berminyak tertumpah dan tidak dibersihkan.

Saya tidak pasti berapa lama kipas di dalamnya telah rosak dan jika tidak kerana masakan yang tertumpah menghasilkan asap putih (seperti asap kemenyan), rasanya 'induction cooker' tersebut masih digunakan walaupun kipasnya telah rosak.

Selamat mencuba...

Tuesday, 17 December 2019

PENSONIC PIC-16 induction cooker repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'induction cooker' dengan masalah tidak panas dan anda boleh membacanya di sini, sini dan sini.

Jenama: Pensonic

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki induction cooker dan pemilik memberitahu saya bahawa ianya mengeluarkan kod E1.

Model: PIC-16

Gambar di bawah menunjukkan kod E1 yang saya dapat apabila menguji induction cooker tersebut.

Kod E1

Kod E1 bermaksud ada masalah pada papan litarnya.

Maksud kod

Gambar di atas menunjukkan kod yang biasa dijumpai pada induction cooker serta maksudnya.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka, benda yang menarik perhatian saya ialah bangkai cicak yang telah kering dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Bangkai cicak...

Pemeriksaan awal hanya menemui sebiji kapasitor utama dengan nilai 4.7uF, 400v didapati rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah. 

Kapasitor utama rosak...

Setelah kapasitor utama tersebut saya ganti dengan yang baru dan diuji, kini kod bertukar menjadi E0 apabila saya letak sesuatu di atasnya.

Error code - E0

Hampir kesemua komponen telah saya periksa pada awalnya dan kali ini saya terpaksa membuka 'heat sink' pada transistor serta bridge rectifier dan terdapat beberapa biji perintang yang tersembunyi di bawahnya. 

Perintang 300kΩ bermasalah...
Baiki PENSONIC PIC-20 induction cooker

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Baiki PENSONIC PIC-20 induction cooker

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Akhirnya saya menemui sebiji perintang 300kΩ (oren, hitam, hitam, oren, merah) dengan nilai 4.8mΩ bila diukur pada papan litar dengan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. 

4.8mΩ...

Untuk kepastian, saya keluarkan perintang tersebut dari papan litar dan ukur semula. Gambar di bawah menunjukkan bacaan yang saya dapat.

Setelah dikeluarkan dari papan litar - 4.8mΩ

Perintang lain yang berada di bawah 'heat sink' tersebut telah saya periksa dan kesemuanya masih elok.

Testing...

Setelah perintang 300kΩ tersebut saya tukar dengan yang baru dan diuji, kini induction cooker tersebut kembali berfungsi seperti biasa. 

Tested - ok

Selamat mencuba... 

Tuesday, 25 September 2018

Baiki PENSONIC PIC-20 induction cooker

Hari ini saya kongsikan benda yang pernah saya baiki dahulu tetapi jenama yang berlainan. Benda yang dimaksudkan ialah induction cooker berjenama PENSONIC, Model: PIC-20. Jenama induction cooker yang telah saya baiki dahulu ialah ELETROLUX dan anda boleh buat rujukan di sini.
Pandangan atas induction cooker
Masalah induction cooker ini ketika dirujuk kepada saya ialah boleh dihidupkan tetapi tidak panas. Masalaynya juga sama dengan induction cooker eletrolux dahulu.
Buatan Malaysia?
Pandangan dalam setelah bahagian atas di buka

Papan litar
Setelah diperiksa menyeluruh, komponen yang rosak dan perlu diganti hanyalah sebiji IGBT Transistor dengan nombor rujukan H20R1203 seperti pada gambar di bawah.
Komponen yang rosak

IGBT Transistor - H20R1203

Bahagian bawah papan litar
Setelah transistor tersebut diganti & diuji, induction cooker tersebut boleh digunakan semula.
Tested - OK
Untuk pengetahuan semua, jika anda mempunyai induction cooker yang boleh dihidupkan tetapi tidak panas, anda boleh lah buka sendiri & cari transistor tersebut dan tukar.

Selamat mencuba...