Semalam saya dirujuk sebuah 'induction cooker' yang tidak diketahui jenamanya, Model: SPT-35 dengan masalah mengeluarkan asap putih seperti boleh dilihat pada klip video di atas apabila hanya dengan memasak air sahaja.
Model: SPT-35 |
Setelah dibuka bahagian bawahnya... |
Kipas 24v rosak... |
Saya dapati asap putih tersebut hanya terhasil setiap kali ianya telah panas dan baunya seakan-akan masakan yang telah hangus, bau yang pernah saya hidu tapi di mana ya?
Saya yakin ianya bukan bau komponen yang rosak atau sesuatu yang berkaitan dengan elektrik.
Apabila saya alihkan pinggan dari 'induction cooker', saya dapati ada satu lapisan lutsinar nipis yang melekat pada permukaan atasnya dan ianya keras.
Saya kikis serta bersihkan lapisan lutsinar yang melekat pada permukaan atasnya dan setelah itu uji semula dengan memasak air yang sama sebelumnya. Kini tiada asap putih lagi terhasil seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
Asap putih yang terhasil sebelumnya adalah daripada lapisan lutsinar yang melekat pada permukaan 'induction cooker' tersebut dan saya yakin ianya adalah dari masakan yang berminyak tertumpah dan tidak dibersihkan.
Saya tidak pasti berapa lama kipas di dalamnya telah rosak dan jika tidak kerana masakan yang tertumpah menghasilkan asap putih (seperti asap kemenyan), rasanya 'induction cooker' tersebut masih digunakan walaupun kipasnya telah rosak.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.