Showing posts with label cctv. Show all posts
Showing posts with label cctv. Show all posts

Friday, 5 December 2025

V380 WiFi cctv repair

Sebelum ini saya banyak kongsikan pengalaman dirujuk CCTV dengan masalah 'power supply'.

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah CCTV dengan masalah gagal berfungsi dan setelah diperiksa kerosakkannya pada sebiji IC audio seperti telah saya tunjukkan pada klip video di atas.

Litar pintas pada audio IC...

Nombor rujukan IC tersebut ialah LTK8002D dan alat gantinya saya beli melalui dalam talian namun menerima alat ganti dengan  nombor rujukan yang sedikit berbeza iaitu 8002A.

LTK8002D - single channel audio power amplifier

Pemeriksaan pada 'datasheet' mendapati ianya komponen serupa namun berbeza kuasa output seperti berikut:-

  1. LTK8002D - 2.9W (4Ω load)
  2. 8002A - 2.0W (4Ω load) or 1.5W (8Ω load)

Gantikan LTK8002D dengan 8002A

CCTV ini berjaya dibaiki setelah IC audio yang rosak telah saya gantikan menggunakan 8002A.

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah dibaiki. Saya yakin speaker yang digunakan tidak memerlukan kuasa sehingga 2.9W. Jadi, IC dengan nombor rujukan 8002A boleh digunakan tanpa masalah.

Selamat berDIY... 

Friday, 26 July 2024

CYNiCS 1080 4 in 1 CCTV camera

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah kamera CCTV berjenama CYNiCS dengan masalah image yang terhasil tidak berwarna.

CYNiCS CCTV camera

Kamera CCTV ini dilengkapi dengan lampu infra merah (infrared) dan mampu merakam walaupun gelap tanpa cahaya.

1080P 4 in 1 CCTV camera

Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati sensor cahaya (light sensor) kurang sensitif dan hanya berfungsi setelah saya suluh dengan lampu kamera telefon bimbit.

Sensor cahaya...

Sebagai percubaan, saya telah buka penutup sensor cahaya tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk diuji.

Buka penutup sensor...

Untuk pengetahuan semua, bila cahaya mencukupi, lampu infra merah pada kamera CCTV akan padam dan menghasilkan imej yang berwarna.

hitam/putih ketika gelap (tidak cukup terang)

Gambar di atas dan di bawah adalah perbezaan imej hitam putih dan berwarna yang saya rakam sewaktu mengujinya.

berwarna ketika cukup terang...

Masalah imej kamera CCTV ini berjaya ditangani hanya dengan membuang penutup sensor cahaya sahaja. Kemungkinan sensor cahaya ini kurang sensitif jadi dengan membuang penutupnya, cahaya lebih banyak diterima oleh sensor cahaya dan kembali berfungsi normal.

Klip video di atas saya rakam sewaktu mengujinya, saya guna jari untuk menutup sensor cahaya dan imej hitam putih akan terhasil. Imej kembali berwarna setelah sensor menerima cahaya.

Selamat berDIY...

Monday, 12 September 2022

CYNiCS TC4310 cctv

Suatu ketika dahulu saya pernah dirujuk sebuah kamera cctv dan diberitahu ianya boleh berfungsi namun gambar pada skrin TV lain daripada sepatutnya.

CYNiCS TC43109

Kamera CCTV yang dimaksudkan berjenama CYNiCS, model TC4310 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Model: TC4310

Menurut pemilik, ianya kamera baharu dan meminta untuk diperiksa serta dibaiki jika perlu. Kadang-kadang saya rasa pelik juga kenapa barang baru dibeli tiada 'warranty' dan minta untuk dibaiki.

Setelah penutup dibuka...

Seperti biasa saya akan buka dan periksa setakat yang mampu sebab peralatan elektrik/elektronik kini banyak menggunakan komponen SMD serta sukar dibaiki.

Buka lampu IR (infrared)

Setelah habis dibuka satu per satu serta diselongkar, saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak mahupun meragukan.

Dah terburai, habis dibuka...

Seterusnya saya pasang kembali apa yang telah dibuka dan baru perasan bahawa kamera CCTV ini mempunyai 2 sambungan untuk 'signal ouput' serta 2 sambungan untuk bekalan elektrik seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Cara menyambung kamer cctv...

Setelah bekalkan 12vdc kepada kamera CCTV untuk diuji, saya rasa masalah yang pemilik khabarkan adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu paparan pada skrin TV lain daripada sepatutnya.

Jika sambung '1080p output' ke TV...

Seterusnya saya tukar sambungan 'signal output' ke terminal analog dan akhirnya dapat paparan sepatutnya di skrin TV seperti di bawah.

Jika sambung 'analog video output' ke TV...

Jadi, kamera CCTV tersebut elok dan masalahnya ialah tersalah pilih sambungan 'signal output'.iaitu sama ada sistem analog atau sistem digital.

Selamat mencuba...

Saturday, 25 June 2022

LOOSAFE LS-QJ58 IP CCTV camera repair

Hari ini saya kongsikan sebiji kamera yang dirujuk kepada saya untuk dibaiki dan ianya sangat 'versatile' pada pandangan saya.

V380 bulb light camera...

Kamera ini tidak berlabel dan setelah mencari maklumat di atas talian, saya terjumpa spesifikasinya di sini.

Setelah penutup dibuka...

Masalah kamera ini ketika dirujuk kepada saya ialah langsung tidak berfungsi dan setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, sebiji kapasitor kelihatan kembung seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor baharu...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar hanya menemui dua biji kapsitor dengan nilai 470uF, 16v rosak dan telah saya gantikan.

Tested - ok

Kamera ini kembali berfungsi dan berjaya diselamatkan setelah dengan hanya menggantikan dua biji kapasitor yang rosak sahaja.

Kapasitor rosak...

Kamera ini saya label sebagai 'versatile' sebab:-

  1. 2 dalam 1 (lampu & kamera)
  2. Lampu hanya menyala secara automatik ketika tidak cukup terang untuk rakaman kamera
  3. Boleh ditambah kad memori untuk menyimpan rakaman kamera
  4. Kamera boleh ditonton melalui aplikasi telefon bimbit
  5. Boleh merakam video beserta suara
  6. Dilengkapi dengan sistem WiFi

Selamat mencuba...

Sunday, 8 April 2018

Baiki kamera litar tertutup CNB

Ini pengalaman pertama saya membaiki kamera litar tertutup (CCTV) berjenama CNB.

Masalah kamera cctv ini ketika dirujuk kepada saya ialah tiada imej dihasilkan oleh kamera cctv tersebut.
Kamera litar tertutup berjenama CNB
Seperti biasa, jika kita ingin membaiki sesuatu kita haruslah membukanya terlebih dahulu dan gambar berikut merupakan pandangan dalam kamera cctv.
Pandangan dalam setelah penutup dibuka
Setelah diperiksa secara menyeluruh, hanya sebiji kapasitor sahaja yang menyebabkan kamera cctv tersebut tidak berfungsi seperti ditanda dengan anak panah seperti pada gambar di bawah.
Salah satu papan litar yang bermasalah
Kapasitor 470uF/16v tersebut setelah diuji dengan meter hanya mempunyai bacaan 304uF saja.
kapasitor 470uF dengan bacaan 304uF sahaja

Gantikan kapasitor yang rosak
Setelah kapasitor tersebut diganti, kini kamera tersebut kembali berfungsi seperti biasa.

Selamat mencuba...