Hari ini saya kongsikan sebiji kamera yang dirujuk kepada saya untuk dibaiki dan ianya sangat 'versatile' pada pandangan saya.
V380 bulb light camera... |
Kamera ini tidak berlabel dan setelah mencari maklumat di atas talian, saya terjumpa spesifikasinya di sini.
Setelah penutup dibuka... |
Masalah kamera ini ketika dirujuk kepada saya ialah langsung tidak berfungsi dan setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, sebiji kapasitor kelihatan kembung seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
Gantikan kapasitor baharu... |
Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar hanya menemui dua biji kapsitor dengan nilai 470uF, 16v rosak dan telah saya gantikan.
Tested - ok |
Kamera ini kembali berfungsi dan berjaya diselamatkan setelah dengan hanya menggantikan dua biji kapasitor yang rosak sahaja.
Kapasitor rosak... |
Kamera ini saya label sebagai 'versatile' sebab:-
- 2 dalam 1 (lampu & kamera)
- Lampu hanya menyala secara automatik ketika tidak cukup terang untuk rakaman kamera
- Boleh ditambah kad memori untuk menyimpan rakaman kamera
- Kamera boleh ditonton melalui aplikasi telefon bimbit
- Boleh merakam video beserta suara
- Dilengkapi dengan sistem WiFi
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.