Monday 6 June 2022

Toroidal transformer

Secara amnya semua transformer mempunyai dua gegelung iaitu gegelung primer (primary coil) dan gegelung sekunder (secondary coil).

Toroidal transformer

Begitu juga dengan transformer yang berbentuk donat (doughnut) atau 'Toroidal transformer' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Primary & secondary...

Gambar di bawah adalah contoh label yang ada pada transformer toroidal dan gambar di atas pula adalah wayar untuk gegelung primer serta sekunder.

Label...

Maklumat pendawaiaan biasaya tertera pada label dan wayar pada gambar di bawah telah saya labelkan mengikut labelnya seperti gambar di atas.

Wayar mengikut label...

Gambar di bawah pula saya ubah labelnya supaya lebih mudah difahami. Voltan output yang boleh diperolehi dari transformer toroidal ini ialah:-

  1. 42v = a+b, b+c, c+d & d+e
  2. 84v = a+c, b+d & c+e
  3. 126v = a+d & b+e
  4. 168v = a+e

Keterangan lanjut mengenai transformer toroidal ini boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.