Showing posts with label Hand dryer. Show all posts
Showing posts with label Hand dryer. Show all posts

Friday, 25 February 2022

VORTICE ECODRY IPX4 automatic hand dryer repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki alat pengering tangan seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.


Hari ini saya dirujuk lagi sebuah alat pengering tangan yang serupa dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di atas iaitu kipas boleh berpusing namun tersekat-sekat dan elemen pemanas merah menyala.

sekeping PCB sahaja...

Dari pengalaman lepas, masalah sedemikian adalah berpunca dari papan litar yang gagal membekalkan arus elektrik yang mencukupi untuk kegunaan kipas dan komponen yang perlu diganti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Bacaan kapasitor 0.15uF

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan nilai kapasitan pada kapasitor yang bermasalah dan telah tersasar jauh dari asal iaitu 150nF (0.15uF) & 330nF (0.33uF).

Kapasitor 0.33uF

Alat pengering tangan ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah kedua-dua kapasitor di atas telah saya gantikan dengan yang baharu.

Siap...

Selamat mencuba...

Saturday, 27 November 2021

VORTICE ECODRY IPX4 automatic hand dryer repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk sebuah alat pengering tangan dengan masalah sensor tidak sensitif serta gagal berfungsi dan anda boleh rujuk di sini.

Setelah penutup dibuka...

Hari ini sebaliknya pula berlaku di mana alat pengering tangan yang dirujuk kepada saya hidup tanpa henti-henti walaupun tiada objek lagi untuk dikeringkan.

Sensor...

Pemeriksaan awal pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak dan setelah diuji beberapa kali, saya dapati ianya hanya tidak berhenti setelah penutupnya saya pasang kembali.

Tolak sensor sedikit ke belakang...

Jadi, saya berpendapat masalahnya ialah pada sensor yang terlalu sensitif dan sebagai percubaan, saya tolakkan sensor sedikit ke belakang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Satu penutup sensor hilang...

Selain daripada itu, salah satu penutup sensor juga hilang seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Potong bekas plastik buat penutup sensor...

Saya potong bekas penyimpan makanan sebagai pengganti penutup sensor yang telah hilang seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Siap...

Alat pengering tangan ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula tanpa masalah setelah hanya dengan melaras sedikit ke belakang kedudukan sensornya sahaja.

Selamat mencuba...

Friday, 22 October 2021

VORTICE AHD hand dryer repair

Sebelum ini saya pernah membaiki alat pengering tangan (hand dryer) berjenama VORTICE dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

VORTICE AHD

Semalam saya dirujuk sebuah lagi alat pengering tangan berjenama VORTICE, model AHD dengan masalah tidak berfungsi.

Setelah penutup dibuka...

Ketika saya mengujinya, ada bunyi 'tik' kedengaran namun kipas tidak berpusing. Saya buka serta selengara geganti (relay) dan alat pengering tangan boleh berfungsi semula. Anda boleh rujuk cara-cara menyelengara geganti di sini.

Model: AHD

Walaupun boleh digunakan namun setelah penutupnya dipasang kembali, alat pengering tangan ini gagal berfungsi semula. Ujian lanjut mendapati tangan harus dekat dengan sensor barulah ianya boleh berfungsi dan jarak tangan dengan sensor lebih jauh setelah penutup dipasang serta gagal berfungsi.

Gantikan infrared (IR)

Pemeriksaan pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak. Sebagai percubaan, saya cuba gantikan IR (infrared) seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Siap...

Percaya atau tidak, masalah tidak berfungsi setelah dipasang penutup selesai dan ianya telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Tuesday, 28 January 2020

VORTICE ECODRY IPX4 automatic hand dryer repair

Hari ini merupakan hari pertama saya memulakan kerja setelah 9 hari (Jan 19, 2020 - Jan 27, 2020) bercuti sempena menyambut perayaan Tahun Baharu Cina, 2020. Seperti biasa hari pertama bekerja pastinya sangat sibuk dan saya kongsikan sebuah alat pengering tangan yang pernah saya baiki sebelum ini berjenama VORTICE dan anda boleh membacanya di sini.
Setelah penutup dibuka...
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah kipas tidak berpusing namun pemanasnya merah menyala.
Kipas bergesel dengan bahagian penutup...
Setelah dibuka, saya dapati kipas bergesel dengan penutupnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Pergeseran tersebut adalah berpunca dari skru yang mengunci kipas tersebut longgar.
Skru kipas longgar...
Pemeriksaan menyeluruh mendapati 'thermal fuse' dan kapasitor didapati rosak dan telah saya gantikan dengan yang baru. Cara menukar 'thermal fuse boleh anda baca pada artikel yang lepas di sini.
Komponen yang rosak...
Setelah kedua-dua komponen tersebut ditukar dan diuji, alat pengering tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
Siap...
Saya tidak pasti apa punca kerosakkan kali ini. Ada dua kemungkinan sahaja iaitu:-
  1. Kapasitor rosak, kipas tidak berpusing dan menyebabkan motor kipas panas melampau sehingga 'thermal fuse' putus. Ada juga kemungkinan pemanas yang menyebabkan motor kipas panas melampau sebab kedudukannya di atas pemanas serta kipas tidak berpusing sebab kapasitor telah rosak. ATAU
  2. Kipas berpusing dengan perlahan atau mungkin tidak berpusing akibat geseran pada penutup mengakibatkan motor kipas panas melampau dan 'thermal fuse' putus...
Selamat mencuba...

Friday, 15 November 2019

VORTICE ECODRY IPX4 automatic hand dryer repair

Pengering tangan (hand dryer) seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini .
Jenama: VORTICE
Hari ini saya dirujuk benda yang sama tetapi masalah yang berbeza iaitu tidak berfungsi langsung apabila arus elektrik telah dibekalkan.
Pemanas: 2000w, Motor: 65w
Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang rosak ialah seperi berikut:-
  1. kapasitor kipas 1uf
  2. thermal fius 84C, 16A
Kapasitor kipas 1uF cuma tinggal 0.1uF sahaja...
Thermal fius tersebut dilabel 84C, 16A bermaksud jika suhu melebihi 84 darjah celcius ianya akan putus dan 16A bermaksud ia boleh mengalirkan arus elektrik sehingga 16A.
Thermal fius (84C, 16A) putus...
Thermal fius tersebut disambung kepada elemen pemanas bertujuan untuk keselamatan dan saya akan dijelaskan di bawah.
Thermal fius baru...
Setelah kedua-dua komponen tersebut saya tukar dan diuji, elemen pemanas kini boleh berfungsi namun kipasnya masih gagal berpusing.
Thermal fius pada motor (125c, 2A) putus...
Memandangkan kapasitor kipas telah saya tukar dengan yang baru namun masih juga tidak berpusing, maka masalah yang tinggal kini ialah motornya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah setelah dibuka.
Thermal fius baru...
Motor ini juga dilengkapi dengan thermal fius 125C, 2A dan pemerksaan saya mendapati ianya putus. Setelah thermal fius tersebut saya ganti dan diuji, kini barulah pengering tangan tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
Pasang kembali...
Kesimpulan kerosakan pengering tangan di atas ialah:-
  1. Kapasitor kipas rosak dan kipas berputar perlahan menyebabkan motornya menjadi panas.
  2. Setelah suhu motor meningkat sehingga mencapai suhu thermal fius iaitu 125C, maka thermal fiusnya putus.
  3. Setelah thermal fius pada motor putus, kipas tersebut gagal berfungsi dan mengakibatkan pemanas menghasilkan haba yang terlalu tinggi sehingga memutuskan thermal fius pada pemanas iaitu 84C, 16A.
Tested - ok
Alat pengering tangan ini sangat selamat digunakan disebabkan ianya mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sangat baik dan cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi jika ianya tidak dilengkapi dengan kedua-dua thermal fius tersebut...
Komponen yang rosak

Selamat mencuba...


Friday, 29 March 2019

VORTICE ECODRY IPX4 automatic hand dryer repair

Hari ini saya dapat pengalaman baru mambaiki pengering tangan automatik berjenama VORTICE, Model: IPX4. Masalah ketika dirujuk kepada saya ialah kipas di dalamnya berputar dengan perlahan.
Pandangan depan pengering tangan
Seperti biasa, jika kipas berputar dengan perlahan masalah ialah pada kapasitor. Namun setelah diperiksa, kapasitor yang disambung terus ke motor berkeadaan baik iaitu 1uF.
Setelah penutup depan dibuka
Seterusnya saya memeriksa bahagian motor pula, bila dibekalkan arus eletrik ianya memang berputar dengan perlahan. Bila diperiksa ternyata motor tersebut berfrequensi tinggi. Dengan yang demikian masalahnya adalah di papan litar yang gagal membekalkan arus elektrik berfrequensi tinggi untuk kegunaan kipas tersebut.
Bahagian bawah papan litar
Setelah dibuka dan diperiksa papan litar tersebut, dua biji kapasitor dengan nilai 330nF & 150nF didapati rosak dan perlu diganti.
Bahagian atas papan litar
Memandangkan tiada komponen lain yang didapati rosak, saya ganti kedua-dua kapasitor tersebut seperti yang bertanda pada gambar di atas. Ternyata masalah kipas berputar perlahan telah lenyap dan beroperasi seperti biasa.
150nF cuma tinggal 62.7nF

330nF cuma tinggal 85.1nF

Selamat mencuba...