Showing posts with label inverter. Show all posts
Showing posts with label inverter. Show all posts

Sunday, 10 May 2026

SDY-SIP series pure sine wave inverter repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah inverter jenis 'sine wave' dengan masalah gagal berfungsi.

SDY-SIP series pure sine wave inverter

Menurut pemilik, inverter ini digunakan pada sistem solar untuk menangani masalah bekalan elektrik yang sering terputus di kediamannya.

Setelah penutup dibuka...

Setelah penutup dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, tiada kerosakan ditemui.

Seekor cicak telah reput pada bahagian bawah PCB

Seterusnya saya buka papan litar untuk pemeriksaan lanjut dan menemui bangkai cicak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Kesan cicak direnjat elektrik pada PCB...

Inverter ini rosak setelah merenjat cicak tersebut dan kesannya melekat di papan litar boleh dilihat pada gambar di atas.

Komponen yang rosak...

Pemeriksaan menggunakan multimeter menemui komponen berikut rosak:-

  1. 6 biji fius 40A
  2. Sebiji mosfet (CSFR45N50FW)
  3. Sebiji optocoupler (TLP350) 

Gantikan 6 biji fiud 40A

Bagi memastikan tiada kerosakkan lain, saya buka mosfet dari papan litar dan gantikan fius untuk diuji. Inverter boleh dihidupkan namun voltan output cuma 123vac sahaja

Testing - boleh on...

Anda boleh rujuk klip video di bawah untuk keterangan lanjut pemasalahan awal yang saya temui.

Saya menunggu kira-kira 10 hari untuk mendapatkan mosfet serta optocoupler yang baru. 

Voltan output cuma 123vac sahaja...

Masalah selesai setelah kesemua komponen rosak ditemui di atas telah diganti dan ianya berjaya diselamatkan.

Gantikan mosfet & optocoupler baru...

Selamat berDIY...

Monday, 8 August 2022

SUOER STA-2000A solar smart power inverter

Pagi ini saya dirujuk sebuah inverter berjenama SUOER model STA-2000A dengan masalah gagal berfungsi.

SUOER STA-2000A

Menurut pemilik, ianya rosak sebab bekalan elektrik tidak mencukupi (under voltage). Pemeriksaan awal sebelum dibuka pada terminal input mengalami litar pintas.

Setelah penutup atas dibuka...

Setelah dibuka, beberapa biji mosfet dengan nombor rujukan IRF1404 meletup seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Mosfet IRF1404 meletup...

Pemeriksaan pada kesemua komponen yang dikunci pada heatsink kesemuanya mengalami litar pintas.

Keluarkan komponen yang rosak...

Setelah kesemua komponen yang ditemui rosak seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah dikeluarkan dari papan litar, tiada lagi litar pintas pada terminal input.

Komponen yang disahkan rosak...

Pemeriksaan seterusnya pada bahagian yang melibatkan microprocessor menemui dua biji transistor yang dilabel Q8 & Q9 juga rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah. Label pada transistor juga tidak kelihatan sebab telah mengalami panas melampau dan tiada skematik untuk dirujuk.

Q8 & Q9 juga rosak...

Inverter ini saya tidak baiki sebab kerosakkannya melibatkan microprocessor selain kesemua mosfet pada bahagian input serta output sebab melibatkan kos yang tinggi serta tidak berbaloi.

Selamat berDIY...