Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder astro bersama adapter dan diberitahu oleh pemiliknya gagal berfungsi setelah ELCB di rumahnya padam akibat petir/guntur.
Jika benar kerosakkan adalah akibat petir/guntur biasanya tidak berbaloi dibaiki sebab kerosakkan teruk sehingga melibatkan microprocessor.
Pemeriksaan awal mendapati adapter gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik. Dekoder astro telah diuji berfungsi menggunakan adapter lain.
Setelah adapter saya buka dan periksa, fius utama tidak putus dan bekalan elektrik sampai ke kapasitor utama namun tiada output 12v.
Semua komponen kelihatan elok dan tiada kesan terbakar atau meletup seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
EA1(AZ431) = TL431
Pemeriksaan seterusnya pada bahagian bawah papan litar mendapati dua komponen seperti telah saya labelkan pada gambar di atas dan bawah mengalami litar pintas.
Komponen yang dilabel EA1 ialah regulator atau label lainnya AZ431. Masalah yang saya hadapi ialah komponen pada gambar di atas sebab tidak jumpa datasheet.
Jadi, adapter ini gagal saya baiki sebab salah satu komponen yang rosak tidak diketahui.
Satu lagi sebab ianya tidak saya baiki ialah, tiada alat ganti dalam simpanan dan jika beli adapter baru lebih murah serta cepat.
Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk PSU (power supply unit) berjenama HP yang serupa namun model yang berbeza dan anda boleh rujuk di sini.
HP power supply unit
Model PSU kali ini ialah PS-4241-9HF dan diberitahu masalahnya ialah 'no power'.
Model: PS-4241-9HF
Sebelum dibuka untuk kerja-kerja 'troubleshooting', saya periksa voltan output pada setiap wayar dan kesemuanya tiada bacaan langsung.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui 2 komponen rosak iaitu:-
IC501
R600
IC501 meletup...
Gambar di atas ialah keadaan komponen berlabel IC501 yang telah meletup dan saya tidak menemui sepihan yang mengandungi nombor rujukkannya.
Perintang R600 putus...
Klip video di bawah saya rakam untuk melihat spesifikasinya menggunakan mode 'MACRO' pada kamera telefon bimbit. Nilainya ialah 2.2Ω/1W.
Nombor rujukan pada IC501 cuma kelihatan satu huruf sahaja iaitu huruf T dan dari pengalaman lepas ianya ialah 'TNY series IC'.
Komponen yang rosak...
Nombor rujukan untuk 'TNY series IC' ialah dari TNY284 sehingga TNY280 dan perbezaannya ialah kuasa IC tersebut seperti berikut:-
TNY284 - 6W
TNY285 - 8.5W
TNY286 - 10W
TNY287 - 13W
TNY288 - 16W
TNY289 - 18W
TNY290 - 20W
Standby - 12v/1.3A
IC501 membekalkan elektrik untuk kegunaan standby dan merujuk kepada
label seperti boleh dilihat pada gambar di atas, voltan serta arusnya
ialah 12v/1.3A.
Dari data di atas, kita boleh kira kuasa bekalan untuk standby menggunakan formula P=IV (12v x 1.3A = 15.6W). Dengan yang demikian TNY yang boleh digunakan ialah TNY288 (16W), TNY289 (18W) dan TNY280 (20W).
Komponen baru...
Memandangkan kuasa minimal dari kira-kira diatas iaitu 15.6W, saya pilih sedikit tinggi iaitu TNY289(18W) untuk keselamatan bagi menangani 'voltage surge' (jika ada).
Wayar hijau - 4.3v
Masalah selesai setelah kedua-dua komponen yang ditemui rosak telah saya gantikan dan ianya telah berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula.
Wayar jingga - 11.38v
Untuk menghidupkan PSU tersebut, pintaskan wayar hijau kepada wayar hitam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Kipas akan berpusing setelah melakukan pintasan dan seterusnya mengesahkkan PSU telah berfungsi.
PSU ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. Dari label, ianya dibeli pada 27/12/2018 dan dirujuk untuk dibaiki sebelum ini pada 05/10/2020.
Masalah lepas ialah voltan output terlalu tinggi (normal - 12v) namun kali ini masalahnya ialah voltan output tidak mencukupi (terlalu rendah) serta tidak stabil seperti boleh ditonton pada klip video di atas.
Litar pintas pada sebiji mosfet...
Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, tiada komponen yang meragukan dan pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati sebiji mosfet dengan label 13N500 mengalami litar pintas.
N-Channel mosfet (13N500)
Cara mengenalpasti mosfet elok/rosak pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.
Gantikan mosfet baharu...
PSU ini berjaya diselamatkan buat kali kedua setelah dengan hanya menggantikan sebiji mosfet sahaja dan masih boleh digunakan semula.
PSU ini digunakan untuk lampu papan tanda (signage) dan ianya hanya mampu bertahan kira-kira 2 tahun sahaja.
Baru-baru ini saya dirujuk dua buah 'electronic coin sorter' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk dibaiki.
Coin sorter
Masalah salah sebuah mesin 'coin sorter' ialah menghasilkan bau hangus sewaktu digunakan.
Setelah PSU dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui sebiji varistor (MOV) dengan label 07D431K terbakar serta berwarna hitam. Warna asal sepatutnya biru dan bukan hitam seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.
MOV 07D431K hangus...
Pemeriksaan pada MOV di papan litar mendapati ada litar pintas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
litar pintas pada MOV...
MOV yang elok tiada keterusan apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter. Untuk kepastian, keluarkan MOV dari papan litar dan periksa semula.
MOV sah rosak sebab ada keterusan...
Mesin 'coin sorter' yang mengeluarkan bau hangus ini selesai setelah MOV telah saya gantikan dan ianya berjaya diselamatkan.