Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk PSU (power supply unit) berjenama HP yang serupa namun model yang berbeza dan anda boleh rujuk di sini.
![]() |
HP power supply unit |
Model PSU kali ini ialah PS-4241-9HF dan diberitahu masalahnya ialah 'no power'.
![]() |
Model: PS-4241-9HF |
Sebelum dibuka untuk kerja-kerja 'troubleshooting', saya periksa voltan output pada setiap wayar dan kesemuanya tiada bacaan langsung.
![]() |
Setelah penutup dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui 2 komponen rosak iaitu:-
- IC501
- R600
![]() |
IC501 meletup... |
Gambar di atas ialah keadaan komponen berlabel IC501 yang telah meletup dan saya tidak menemui sepihan yang mengandungi nombor rujukkannya.
![]() |
Perintang R600 putus... |
Klip video di bawah saya rakam untuk melihat spesifikasinya menggunakan mode 'MACRO' pada kamera telefon bimbit. Nilainya ialah 2.2Ω/1W.
Nombor rujukan pada IC501 cuma kelihatan satu huruf sahaja iaitu huruf T dan dari pengalaman lepas ianya ialah 'TNY series IC'.
![]() |
Komponen yang rosak... |
Nombor rujukan untuk 'TNY series IC' ialah dari TNY284 sehingga TNY280 dan perbezaannya ialah kuasa IC tersebut seperti berikut:-
- TNY284 - 6W
- TNY285 - 8.5W
- TNY286 - 10W
- TNY287 - 13W
- TNY288 - 16W
- TNY289 - 18W
- TNY290 - 20W
![]() |
Standby - 12v/1.3A |
IC501 membekalkan elektrik untuk kegunaan standby dan merujuk kepada
label seperti boleh dilihat pada gambar di atas, voltan serta arusnya
ialah 12v/1.3A.
Dari data di atas, kita boleh kira kuasa bekalan untuk standby menggunakan formula P=IV (12v x 1.3A = 15.6W). Dengan yang demikian TNY yang boleh digunakan ialah TNY288 (16W), TNY289 (18W) dan TNY280 (20W).
![]() |
Komponen baru... |
Memandangkan kuasa minimal dari kira-kira diatas iaitu 15.6W, saya pilih sedikit tinggi iaitu TNY289(18W) untuk keselamatan bagi menangani 'voltage surge' (jika ada).
![]() |
Wayar hijau - 4.3v |
Masalah selesai setelah kedua-dua komponen yang ditemui rosak telah saya gantikan dan ianya telah berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula.
![]() |
Wayar jingga - 11.38v |
Untuk menghidupkan PSU tersebut, pintaskan wayar hijau kepada wayar hitam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Kipas akan berpusing setelah melakukan pintasan dan seterusnya mengesahkkan PSU telah berfungsi.
![]() |
Wayar kuning - 12v |
Selamat berDIY...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.