Showing posts with label HP. Show all posts
Showing posts with label HP. Show all posts

Sunday, 5 January 2025

E9 error on HP Ink Tank Wireless 415

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah pencetak (printer) berjenama HP seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pemilik hanya memberitahu saya ianya gagal berfungsi sahaja dan dalam masa yang sama, ianya juga telah dirujuk kepada kedai yang menjual 'printer' serta tidak mampu dibaiki.

Sewaktu saya mengujinya, saya dapati ada 'error code' muncul pada skrin iaitu E9 seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Untuk mengetahui masalah 'error code' tersebut, tekan butang dengan huruf 'i' seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan gambar di bawah ialah maklumat yang dicetak oleh 'printer'.

Langkah seterusnya ialah ikut arahan pada bahan cetakan di atas untuk melakukan pemeriksaan sendiri.

1. Pemeriksaan pada tangki ink mendapati ianya tidak kosong/habis serta mencukupi pada pandangan serta pengetahuan saya.

2. Seterusnya saya ikut arahan ke-2 iaitu buka kedua-dua pintu 'printerhead' dan membuka/menutup bahagian yang telah saya labelkan pada gambar di atas dan masalah selesai.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.

Selamat berDIY...

Thursday, 26 December 2024

HP DPS-240TB A switching power supply repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk PSU yang serupa dan anda boleh baca di sini dan sini.

HP switching power supply

Walaupun ianya kelihatan serupa pada luaran namun model yang berbeza. Model PSU ini ialah DPS-240TB A.

Model: DPS-240TB A

Masalahnya juga serupa dengan PSU yang lalu iaitu 'no power'.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, saya menemui sebiji perintang dengan label R901 terbakar. Nilai perintang tersebut ialah 1Ω, 1/2W.

R901 terbakar...

Pemeriksaan komponen disekitarnya juga menemui IC904 rosak serta litar pintas berlaku yang mengakibatkan perintang R901 putus.

Gantikan R901 & IC904

Nombor rujukan IC904 ialah TNY279 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Komponen yang rosak...

Masalah selesai setelah kedua-dua komponen yang ditemui rosak telah diganti dan kembali berfungsi semula.

Wayar hijau - 4.9v

Semua voltan output menunjukkan bacaan yang sepatutnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Wayar kuning - 12v

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya dengan melalui 'current limiter' serta tanpa 'current limiter'.

Selamat berDIY...

Thursday, 5 December 2024

HP PS-4241-9HF PSU repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk PSU (power supply unit) berjenama HP yang serupa namun model yang berbeza dan anda boleh rujuk di sini.

HP power supply unit

Model PSU kali ini ialah PS-4241-9HF dan diberitahu masalahnya ialah 'no power'.

Model: PS-4241-9HF

Sebelum dibuka untuk kerja-kerja 'troubleshooting', saya periksa voltan output pada setiap wayar dan kesemuanya tiada bacaan langsung.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui 2 komponen rosak iaitu:-

  1. IC501
  2. R600
IC501 meletup...

Gambar di atas ialah keadaan komponen berlabel IC501 yang telah meletup dan saya tidak menemui sepihan yang mengandungi nombor rujukkannya.

Perintang R600 putus...

Klip video di bawah saya rakam untuk melihat spesifikasinya menggunakan mode 'MACRO' pada kamera telefon bimbit. Nilainya ialah 2.2Ω/1W.


Nombor rujukan pada IC501 cuma kelihatan satu huruf sahaja iaitu huruf T dan dari pengalaman lepas ianya ialah 'TNY series IC'.

Komponen yang rosak...

Nombor rujukan untuk 'TNY series IC' ialah dari TNY284 sehingga TNY280 dan perbezaannya ialah kuasa IC tersebut seperti berikut:-

  1. TNY284 - 6W
  2. TNY285 - 8.5W
  3. TNY286 - 10W
  4. TNY287 - 13W
  5. TNY288 - 16W
  6. TNY289 - 18W
  7. TNY290 - 20W

Standby - 12v/1.3A

IC501 membekalkan elektrik untuk kegunaan standby dan merujuk kepada label seperti boleh dilihat pada gambar di atas, voltan serta arusnya ialah 12v/1.3A.

Dari data di atas, kita boleh kira kuasa bekalan untuk standby menggunakan formula P=IV (12v x 1.3A = 15.6W). Dengan yang demikian TNY yang boleh digunakan ialah TNY288 (16W), TNY289 (18W) dan TNY280 (20W).

Komponen baru...

Memandangkan kuasa minimal dari kira-kira diatas iaitu 15.6W, saya pilih sedikit tinggi iaitu TNY289(18W) untuk keselamatan bagi menangani 'voltage surge' (jika ada).

Wayar hijau - 4.3v

Masalah selesai setelah kedua-dua komponen yang ditemui rosak telah saya gantikan dan ianya telah berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula.

Wayar jingga - 11.38v

Untuk menghidupkan PSU tersebut, pintaskan wayar hijau kepada wayar hitam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Kipas akan berpusing setelah melakukan pintasan dan seterusnya mengesahkkan PSU telah berfungsi.

Wayar kuning - 12v

Selamat berDIY...

Monday, 11 November 2024

HP D10-240P2A switching power supply repair

Baru-baru ini saya dirujuk 3 buah PSU (power supply unit) untuk kegunaan komputer berjenama HP dengan masalah tiada voltan output.

HP switching power supply

Model PSU ini ialah D10-240P2A atau 'HP spare FV15081' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

D10-240P2A (HP spare FV15081)

Sebelum membukanya untuk pemeriksaan, saya uji output menggunakan multimeter dan tiada bacaan voltan langsung pada kesemua wayar yang ada.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan pemeriksaan dengan mata kasar tidak menemui sebarang komponen yang rosak.

Litar pintas pada D091...

Pemeriksaan seterusnya menggunakan multimeter menemui litar pintas pada sebiji diod dengan label D091 pada papan litar.

D091 - SB5100 Schottky barrier rectifiers diode

Nombor rujukkan yang tertera pada diod tersebut ialah SB5100 dan boleh ditonton pada klip video di bawah.

Rating 'schottky barrier rectifiers diode' dengan label SB5100 tersebut ialah 100v, 5A.

Gantikan diod baru...

Ketiga-tiga PSU ini berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan sebiji 'schottky barrier rectifiers diode' sahaja.

Tested - ok

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah siap dibaiki.

Selamat berDIY...

Tuesday, 9 March 2021

HP TPC-AA50 SMPS adapter repair

Semalam saya dirujuk sebuah komputer berjenama HP, model: TPC-W008 dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Jenama: HP

Menurut pemilik, komputer tersebut tidak boleh dihidupkan semula setelah 'blackout' atau bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.

Model: TPC-W008

Apabila diperiksa, saya dapati komputer tersebut mendapatkan bekalan elektrik dari sebiji adapter yang juga berjenama HP, model: TPC-AA50 dan ianya terletak pada bahagian bawah atau pada bahagian kakinya.

Buka bahagian bawah...

Gambar di bawah menunjukkan adapter yang telah saya keluarkan dan apabila diperiksa, ianya tidak menghasilkan output 19.5v seperti tertera pada pelekatnya.

Keluarkan adapter...

Adapter ini terpaksa saya buka untuk diperiksa namun ianya susah dibuka sebab bukan dikunci dengan skru seperti yang pernah saya baiki sebelum ini di sini.

Model: TPC-AA50 (parts no. 665804-001)

Untuk pengetahuan semua, cara saya membukanya ialah ketuk bahagian penyambung yang telah digam dengan menggunakan tukul.

Buka adapter...

Setelah penutup plastik bahagian luar dibelah/buka, bahagian di dalamnya pula dibungkus dengan aluminium seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah adapter dibuka...

Adapter harus dibuka sehingga papan litar kelihatan seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah supaya pemeriksaan boleh dilakukan.

Bahagian bawah papan litar...

Komponen pertama yang didapati rosak ialah sebiji kapasitor seramik yang meletup seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Kapasitor meletup...

Nasib agak baik sebab nombor rujukannya masih kelihatan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dengan menggunakan mikroskop digital iaitu 471k. Nilai kapasitor dengan nombor rujukan 471k ialah 470pF atau 0.47nF.

gambar diambil menggunakan mikroskop digital...

Pemeriksaan menyeluruh mendapati selain kapasitor yang meletup, fius utamanya dengan nilai 4A juga putus.

Fius 4A & kapasitor 471K rosak...

Saya juga menghadapi masalah memasang kembali kapasitor seramik yang baru pada kedudukan asal dan terpaksa dipasang pada bahagian bawah papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung di bawah papan litar...

Setelah siap menukarkan kedua-dua komponen yang rosak di atas serta diuji, adapter tersebut telah berjaya diselamatkan dan voltan outputnya ialah 19.69 apabila saya ukur dengan menggunakan multimeter.

Testing - 19.69vdc

Komputer tersebut juga turut kembali berfungsi setelah adater yang telah saya baiki di atas dipasang kembali serta diuji.

Tested - ok

Jika anda tidak pandai membaiki adapter tersebut, anda boleh memilih untuk membeli adapter yang baru.


Selamat mencuba...