Sebelum ini saya pernah kongsikan masalah penyedut hampagas yang tidak kuat menyedut dan anda boleh rujuk di sini.
Topper 103
Hari ini saya dirujuk sebuah penyedut hampagas berjenama Topper dengan masalah sama iaitu tidak kuat menyedut.
O-ring hilang...
Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan sumbat atau bocor. Pemeriksaan awal pada hos penyedut mendapati sebiji O-ring telah hilang seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
Gantikan O-ring...
Saiz O-ring yang digunakan ialah 43mm x 3 mm dan fungsinya ialah untuk mengelak kebocoran pada bahagian penyambung.
Siap...
Selain daripada O-ring yang hilang, saya juga tutup bahagian hos yang bocor dengan menggunakan pita wayar.
Saiz O-ring - 43mm x 3mm
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.
Saya telah banyak membaiki penyedut hampagas seperti ini sebelum ini dan banyak kerosakkan disebabkan armature motor rosak.
TOPPER 103
Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah lagi penyedut hampagas serupa dengan masalah tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.
Setelah penutup motor dibuka...
Ketika saya mengujinya, ianya boleh berfungsi dan masalahnya ialah tidak kuat menyedut. Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan penapis udara (filter) sumbat.
Motor masih elok...
Pemeriksaan pada motor berkeadaan elok dan ianya kelihatan masih baru seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas.
Sampah tidak berada di dalam bag?
Selepas itu saya buka bahagian tangki bahagian bawah dan mendapati sampah berada di luar bag sampah seperti boleh dilihat pada gambar atas.
Bag tidak dipasang elok...
Pemeriksaan teliti mendapati bag sampah tidak dipasang elok seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Bag sampah harus dipasang rapat seperti pada gambar di bawah supaya sampah yang disedut berada di dalam bag dan bukan di luar bag.
pasang elok bag...
Penapis (filter) juga sangat kotor serta sumbat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah disebabkan bag sampah tidak dipasang dengan betul.
Penapis sumbat...
Masalah selesai setelah penapisnya telah saya bersihkan dan bag sampah dipasang dengan elok seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Penapis telah dibersihkan...
Saya berpendapat kerosakkan armature motor selama ini adalah berpunca dari bag sampah yang tidak dipasang elok yang seterusnya mengakibatkan penapis sumbat. Apabila penapis sumbar, angin yang masuk ke bahagian motor juga perlahan dan mengakibatkan panas melampau sehingga armature motor rosak.
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.
Semalam saya sendiri mengalami satu situasi 'paranormal' yang biasanya boleh ditonton dalam filem seram iaitu lampu LED siling berkelip-kelip apabila penyedut hampagas dihidupkan seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.
Jika anda pengemar cerita seram, saya yakin anda tentu akan fikir sesuatu yang menyeramkan. Mari kita rungkai apa di sebalik kejadian ini...
Apabila penyedut hampagas tersebut dipadam, lampu LED siling tidak berkelip-kelip lagi. Jadi, masalahnya sudah tentu pada penyedut hampagas tersebut.
'Suppressor capacitor' rosak...
Setelah saya buka dan periksa penyedut hampagas berjenama TOPPER tersebut, saya cuma menjumpai sebiji 'suppressor capacitor' dengan nilai 0.22uF atau 220nF yang mencurigakan apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter.
Biasanya jika diukur dengan multimeter, nilai kapasitor adalah tetap dan tidak berubah-ubah seperti boleh dilihat pada klip video di atas. Bacaan nilai kapasitor tersebut juga jauh melebihi nilai asalnya iaitu 220nF.
Litar pintas pada 'suppressor capacitor' tersebut...
Setelah 'suppressor capacitor' tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kini tiada lagi lampu LED siling berkelip-kelip lagi apabila menggunakan penyedut hampagas tersebut.
Litar pintas - 0.7MΩ
Jangan fikir bukan-bukan ya? Everything happens for a reason...
Hari ini saya dirujuk sebuah penyedut hampagas berjenama TOPPER dengan masalah tidak dapat dihidupkan.
Skru yang ditanda bukan skru asal...
Ketika saya membuka penutup bahagian atas, saya dapati bahawa salah sebiji skru berlainan dan ianya pasti telah dibuka oleh seseorang.
Wayar disambung tertanggal...
Setelah penutup atasnya dibuka, kelihatan salah satu penyambung wayar telah tertanggal dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas. Anda juga boleh melihat wayar yang telah disambung dan dibungkus dengan pita wayar berwarna hitam dan ianya tidak selamat digunakan.
Buka semua wayar yang disambung...
Jika saya nak cepat, saya cuma perlu sambungkan kembali wayar yang tertanggal dan sudah pasti ianya akan kembali beroperasi seperti biasa.
Keluarkan wayar dari bahagian motor...
Namun saya buka motornya dan mendapati wayar panjang tersembunyi di dalam bahagian motor seperti pada gambar di atas.
Sambungkan klip...
Jadi saya tarik keluar wayar tersebut dan buka semua penyambung wayar yang telah disambung orang terdahulu.
Cara memasang klip...
Saya sambungkan klip pada hujung wayar dan caranya boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.
Masukkan wayar pada klip...
Pastikan klip wayar dikepit dengan kuat supaya tidak tertanggal lagi di masa akan datang.
Kepit dengan kuat supaya tidak tanggal...
Setelah kesemuanya siap, saya sambung kembali wayar tersebut kepada suis dan diuji. Penyedut hampagas tersebut kini kembali beroperasi seperti biasa.
Klip yang telah siap disambung...
Saya tidak pasti kenapa orang dahulu yang membuka penyedut hampagas tersebut menyambung wayar sedia ada sedangkan ianya cukup panjang.
Nasihat saya ialah, pastikan anda dapatkan khidmat membaiki peralatan elektrik daripada pakar atau pun mereka yang bertauliah sahaja agar ianya selamat digunakan.
Hari ini saya dirujuk sebuah penyedut hampagas berjenama TOPPER, Model: 103 dengan masalah tidak dapat dihidupkan walaupun telah dibekalkan arus elektrik.
Fius 13A putus (Wayar juga salah sambung)
Seperti biasa benda pertama yang saya periksa ialah plug 3-pin dan apabila dibuka dan diperiksa, fiusnya putus dan terdapat kesan letupan yang berwarna hitam padanya.
Selain daripada fius yang putus, sambungan wayar hidup (L) dan wayar neutral (N) juga terbalik. Petua untuk sambungan wayar yang betul ialah, fius mesti disambung kepada wayar hidup.
Buka keempat-empat skru...
Jika fius putus, kita kena cari puncanya dan setelah dibuka penyedut hampagas tersebut dan diperiksa, saya dapati sebiji kapasitor 0.22uF pernah ditukar dan disambung seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.
Kapasitor 0.22uF pernah ditukar...
Setelah kapasitor tersebut saya periksa, nilai nya cuma 0.077uF sahaja. Tiada litar pintas ditemui ketika pemeriksaan menyeluruh dibuat dan semua sambungan wayar berkeadaan baik.
Nilai bacaan cuma 0.077uF sahaja (Sepatutnya 0.22uF)
Jadi saya cuma menukar fius 13A dan sebiji 0.22uF kapasitor sahaja serta betulkan sambungan kedua-dua wayar pada plug 3-pin. Setelah selesai menukar dan diuji dengan membekalkan arus elektrik, penyedut hampagas tersebut kembali beroperasi seperti biasa.
Gantikan kapasitor yang baru...
Jika anda tanya saya apakah punca fius tersebut putus? Adakah ianya disebabkan oleh nilai kapasitor tersebut yang telah berkurangan?
Jawapan saya ialah, saya juga tidak pasti apakah punca fius tersebut putus sebab kapasitor yang ditukar itu tiada litar pintas ketika diperiksa dengan multimeter. Jika ada litar pintas pada kapasitor tersebut, kita tidak akan mendapat sebarang nilai bacaan.
Penyedut hampagas berjenama TOPPER seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Lokasi carbon brush pada penyedut hampagas..
Kali ini saya kongsikan cara bagaimana mengenalpasti kerosakan yang melibatkan carbon brush. Secara amnya jika anda dirujuk penyedut hampagas dengan masalah langsung tidak dapat dihidupkan walaupun arus elektrik telah dibekalkan, anda perlu periksa seperti berikut:-
Periksa fius plug 3-pin
Periksa wayar penyambung dari plug 3-pin sehingga motornya
Periksa Suis pada penyedut hampagas
Jika kesemua di atas berkeadaan elok, maka masalahnya ialah pada motor atau carbon brush. Sepanjang pengalaman saya membaiki penyedut hampagas, belum pernah motornya mengalami masalah.
Carbon brush yang telah haus...
Apa yang anda perlu buat untuk memastikan bahawa carbon brush perlu diganti ialah mengukur 'continuity' pada kedua-dua terminalnya dengan menggunakan multimeter. Sekiranya multimeter tidak menunjukkan sebarang bacaan ia bermakna carbon brush tidak bersentuh dengan motor.
Setelah dikeluarkan dari motor...
Setelah pasti carbon brush perlu diganti, buka dan dapatkan carbon brush yang sesuai di pasaran. Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada agen yang menjual penyedut hampagas untuk mendapatkan alat gantinya.
Keluarkan carbon brush lama...
Biasanya saya tidak membeli dari pengedar disebabkan harganya yang tersangat mahal. Jadi saya akan membelinya di kedai 'hardware' dengan harga belasan ringgit sahaja.
Panjang wayar untuk carbon brush asal...
Kadang-kadang kita tidak dapat saiz yang sama di pasaran namun anda boleh membeli yang sedikit lebih besar daripada asalnya. Anda boleh mengasah carbon brush tersebut sehingga saiz yang diperlukan terbentuk.
Wayar carbon brush baru tak cukup panjang...
Jika wayar pada belakang carbon brush yang baru dibeli tersebut tidak cukup panjang, anda boleh sambungkannya seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah. Paterikan bahagian yang disambung supaya tidak tertanggal ketika digunakan.
Sambung wayar supaya cukup panjang...
Carbon brush amat mudah diasah dengan menggunakan kertas pasir dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Gosok carbon brush sehingga saiznya sesuai...
carbon brush di sebelah kiri telah di gosok...
Setelah kerja mengosok selesai, pasang kembali carbon brush ke tempat asalnya seperti pada gambar di bawah.
carbon brush yang baru telah siap di pasang
Kerja terakhir setelah carbon brush dipasang pada motor ialah periksa 'continuity' sekali lagi dengan multimeter. Pastikan ada bacaan pada multimeter seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah.
Testing...
Jika ukur rintangan di kedua-dua terminal carbon brush, bacaan rintangan ialah di antara 7Ω hingga 10Ω sahaja.
Hari ini saya berpeluang untuk membaiki sebuah penyedut hampagas berjenama TOPPER dengan masalah hos penyambung mudah tertanggal dari penyedut hampagas tersebut.
TOPPER vacuum cleaner
TOPPER 103
Made in Italy
Masalahnya boleh anda lihat pada gambar di bawah di mana terdapat klip yang akan menahan hos daripada tertanggal tidak berfungsi dengan sempurna.
Clip longgar...
Klip tersebut tidak kembali ke kedudukan asal apabila dilepaskan. Mari kita buka dan lihat apa yang ada di dalamnya.
Tanggalkan 4 biji skru
Untuk menanggalkan bahagian tersebut, anda cuma perlu membuka 4 biji skru sahaja seperti yang telah saya tandakan dan boleh dilihat pada gambar di atas.
dah tanggal...
Buka lagi...
Setelah dibuka, kelihatan spring telah tertanggal dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Spring tertanggal
Buka untuk pasang kembali spring yang tertanggal...
Kerja membaiki kali ini amat mudah iaitu dengan memasang kembali spring tersebut ke kedudukan asalnya seperti pada gambar di bawah.