Wednesday 3 April 2019

SHARP LC-32M400M-BK LCD TV repair (red light blinking/flashing)

Selama ini saya jarang dirujuk TV berjenama SHARP. Mungkin kerana ianya tahan lasak dan jarang rosak. Namum hari ini saya telah dirujuk sebuah TV LCD berjenama SHARP, Model: LC-32M400M-BK dengan masalah tidak dapat dihidupkan tetapi lampu led merah menyala dan berkelip-kelip.
SHARP LC-32M400M-BK
Seperti biasa, jika ingin baiki kena buka penutup belakang dan periksa apa didalamnya. Cuma 3 keping papan litar dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah. Memandangkan lampu merah menyala, maksudnya ada 5v standby dan mungkin voltan yang lain tiada atau tidak cukup. Oleh yang demikian harus diperiksa 'power board'.
Papan litar setelah dibuka penutup belakang
Setelah diperiksa pada bahagian output, salah satu voltan output yang tertera pada papan litar iaitu 12.5V cuma mempunyai bacaan 7.5V sahaja.
12.5V tetapi bila diukur cuma 7.5V sahaja
Setelah diperiksa menyeluruh, cuma 3 biji kapasitor 'low ESR' sahaja yang didapati rosak dan perlu di ganti  iaitu sebiji 50v, 4.7uF dan 2 biji 50V, 22uF.
Kapasitor 'low ESR' semua ditukar
Setelah diganti dan diuji, lampu merah tidak berkelip-kelip lagi namun masih gagal dihidupkan. Maksudnya masalah pada papan litar 'power supply' telah diatasi dan kini ianya tidak dapat dihidupkan disebabkan ada masalah 'setting'.
Lampu standby tidak berkelip lagi
Anda perlu masuk ke 'service mode' untuk menghidupkan LCD tersebut dan seterusnya mencari apa masalah 'setting'. Dengan erti kata lain, anda perlu 'reset factory setting' untuk memadamkan segala masalah 'setting'.
Butang manual di belakang TV
Cara untuk masuk ke 'service mode' ialah seperti berikut. Pastikan anda ikut langkah-langkah berikut:-
Yes, lampu hijau menyala...
1. Putuskan/padam bekalan elektrik ke TV
2. Tekan butang 'input' dan 'vol -' serentak dan bekalkan elektrik sehingga lampu hijau menyala.
Huruf K merujuk kepada 'service mode'
3. Setelah lampu hijau menyala, lepaskan 'input' dan 'vol -' dan anda akan melihat skrin seperti di atas.
4. Seterusnya tekan 'ch -' & 'vol -' serentak dan skrin di bawah akan kelihatan.
TV tidak menyala sebab ada 5 'error standby cause'
5. Seterusnya guna 'remote control' dan cari 'L ERR Reset' & tekan 'enter' dan anda akan lihat nombor di bahagian RGB bertukar menjadi '0'.
L ERR Reset - 5
6. Seterusnya skrin di bawah akan menjelma dan anda hanya perlu padamkan TV untuk keluar dari 'service mode'.
Reset factory setting
7. Hidupkan kembali dan skrin di bawah kelihatan, anda cuma perlu ikut arahan dan siapkan kesemua 'setting'.
Auto searching for channel
Setelah kesemua 'setting' selesai, TV anda akan kembali seperti baru di beli.
Tested - OK

Cuba teka berapa nilai perintang tersebut. 0.8Ω atau 8Ω?
Selamat mencuba...

148 comments:

  1. salam... blh sy tanya... bila tekan serentak -v dan input.. mmg dh kluar lampu hijau.. tp d skrin gelap je.. mcm mn ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas lampu hijau menyala, kena lepaskan kedua-dua -ve & input baru skrin menyala.

      Delete
    2. masalah backlight kalau yg led.

      Delete
    3. Ya, kalau tidak berjaya reset seperti di atas, biasanya backlight rosak.

      Delete
  2. Salam bos..nk tanye klau gambar ada tp jd warna oren dekat screen nye..knp ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seluruh skrin jadi warna oren, bergaris oren atau sebahagian saja yang jadi oren?

      Delete
  3. LCD 32 Inci , Ada jual tak sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini baiki saja, setakat ini tak jual TV. Kalau nak alat ganti 'secondhand' mungkin ada. Bagi jenama & model jika berminat.

      Delete
  4. bos sye punye tv haier 32 in.. masalahnye lampu standby menyala.. bile tekan button on je keluar logo kt screen sekejap pastu trus padam... apakah mslh mainboard atau kne flash icnye? minta pencerahan.. t. kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa memang masalah pada mainboard, saya tidak tahu bagaimana cara 'flash ic'. Tukar mainboard baru je...

      Delete
  5. salam boss...nak tanya, sy jugak pengguna tv led sharp aquos, masalahnya bila on suis, lampu standby langsung tak menyala. kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lampu standby tak menyala, masalahnya pada 'Power board'/PSU (power supply unit).

      Delete
  6. Salam, nk tnya klau kes mcm nie, klau hantar kedai brapa rm yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang kepada tahap kerosakkan dan masing-masing ada harga sendiri. Boleh cuba 'reset' sendiri dulu dengan ikut langkah-langkah di atas. Kadang-kadang lepas 'reset' boleh guna kembali.

      Delete
  7. Bos kalau TV tiba2 takdapat On selepas elektrok tutup dapat baiki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, perlu buka dan periksa apa yang rosak. Jika tiada kerosakkan pada papan litar, anda cuma perlu 'reset' TV tersebut seperti apa yang telah saya lakukan di atas.

      Delete
  8. Kalau tv LG cara nak reset dia adakah serupa jugak ke?

    ReplyDelete
  9. Tv saya sekejap terpadam kemudian okay, then terpadam balik & okay balik. Kenapa ye? Tv sharp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah PSU (power supply unit) atau juga dipanggil 'power board'.

      Delete
  10. selamat ptg.. tv sy Sharp aquos juga..dah sebln tv saya ni xmau on.. blink merah je.. nak try step encik ni tp blkng tv ni tde butang Input n volume... mcmana ye..

    ReplyDelete
  11. Klu tv plasma samsung problem yg sama utk atasi blh apply cara yg sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh, cara di atas khas untuk jenama SHARP sahaja.

      Delete
  12. Salam bos, knp tv sharp aquous langsung tak hidup. Skrin gelap. Led hijau. Sblm ada mslh yg sama, sbb IC (betul ke tk ejaan). Baru bln 10 thn lepas ganti. Sy ada cucuk thumbdrive kt tv. Pernah bkk sekali jer la nk tengok gambar dlm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buka dan periksa, ada banyak kemungkinan. Salah satunya seperti anda sebut di atas iaitu IC. Mungkin juga backlight rosak. Boleh cuba reset seperti saya tunjukkan di atas, jika tak berjaya kena hantar kepada pakar untuk pemeriksaan serta dibaiki.

      Delete
  13. Bang nak tanye sikit, tv lcd saya gambar dia jadi kelip2. Gambar ada cuma dia kelip2. Knp ye? Boleh tau perlu check apa? Tv model philips

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dua kemungkinan.
      1. Backlight rosak
      2. PSU rosak
      Nak kepastian kena buka & periksa.

      Delete
  14. Area mna ni abg ? Tv rosak mcm di ataih tu jugak. . xboleh on . Lampu merah kelap kelip

    ReplyDelete
  15. Tq bos.. Mujarab... I lebiu😘

    ReplyDelete
  16. Bos nak tanya. Tv saya sharp LC-40SA5200X. bila on mula mula green light. Lepas tu blink merah je. Nak try step atas tapi takde butang -v dengan input. Bagaimana nak reset yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika butang input & -v takda & skrin tak menyala, tak dapat reset guna cara di atas.

      Jika nak DIY, tukar mainboard dengan yang baru.

      Delete
  17. Hi.saya nak tanya TV panasonic led sy tetibe je padam lepas tu lampu merah berkelip-kelip tapi tv gelap je.apa masalahnya ye?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika lampu merah tidak berhenti berkelip, mainboard rosak dan harus diganti dengan yang baru.

      Delete
  18. bos nk tanya tv sy jenama sharp.. prob dia lampu merah menyala.. Tp lampu hijau xmenyala and tak keluar gambar.. So bley prob ape ye.. ke bley guna mcm step bos tunjuk ni or lebih baik hantar kedai terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharp banyak masalah serupa begini. Boleh cuba reset dulu macam di atas. Biasa lepas reset, masalah selesai. Boleh cuba reset berulang kali. Jika tak berjaya juga, kena hantar kepada technician utk baiki.

      Delete
  19. As salam tv sya jenaam sharp aquos 40in tidak boleh start lampu stanby berkelip2 terus.. apa yg rosak ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serupa masalah di atas, cuba reset guna cara yang saya tunjukkan di atas. Jika tak berjaya, hantar kepada tukang baiki untuk periksa.

      Delete
  20. Assalam tn.. Nak tny sharp aquos tidak bole hidup.. Power board ada supply.. Tp tv tidak menyaa.. Lampu hijau dan merah pun tidak menyala.. Apa mslh tu tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda pasti power board tak rosak, maka kerosakkannya pada mainboard.

      Delete
  21. Salam bos, tv sharp saya, on lampu hijau sekali lps tu lampu merah berulang berkelip 2x,masalah serius x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba reset seperti saya tunjukkan di atas, jika tak berjaya rujuk kepada pakar untuk bantuan.

      Delete
  22. Nk tnya. Tv sharp sy, lmpu merah tak menyala. Tv tak dpt on. Tiba2 hr ni tak dpt on, bru beli lagi, bln 12 2019. Apa mslah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada warranty tu, bawa balik kedai tuntut warranty. Jika lampu merah tak menyala, PSU rosak.

      Delete
  23. Aslkm .. nak tanye sikit Ade huruf K dekat tepi kiri atas tv .. macam mana nak hilangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Off & on balik TV. Jika masih ada huruf K lagi, kena lengkapkan proses 'reset' seperti di atas

      Delete
  24. salam tuan..sy dh reset mcm tuan terangkan tu dan menjadi keluar gmbar.tapi ke esokannya bila nk on tv dh xde gambar lg.kene reset lg.knpa jd mcm tu yer tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba reset lagi, jika masih sama maksudnya ada benda lain yang rosak dan perlu buka & periksa.

      Delete
  25. Tv sharp sy stuck pd logo sharp...bila on trus lmpu hijau.. screen trus pnyala...lmpu merah xada... Mcm mn nk buat reaet tu ya...sbb button kt blkg tv ada 1 je... Utk On/off n volume tolak ats bwh.. button yg sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mainboard rosak, gantikan mainboard yang baru.

      Delete
  26. Bos ,tv saya jenama sharp jugak . Kerosakan pun sama mcm di atas , lampu merah kelap kelip xmau on.. tpi bila bawak p kedai repair tv depa kata LCD dia rosak . Bisa jadi ka bos ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba reset ikut langkah di atas dulu. Kadang2 perlu cuba beberapa kali baru berjaya.

      Delete
  27. Salam bos,nak tnya sya on tv lampu hijau tu dia nyala tapi skirn langsung tak hidup,apa mslh tu bos tv sharp 50" tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak kemungkinan seperti kerosakkan backlight dan sebagainya. Boleh cuba langkah-langkah reset seperti di atas dahulu.

      Delete
  28. Hai, tumpang tanya. tv LG sy tiba2 padam sendiri, kemudian lampu merah menyala dan berkelip-kelip. Mengapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buka & periksa baru tahu apa yang rosak. Jika TV jenis LCD, PSU atau backlight rosak.

      Delete
  29. Bang.. Tv sy jenama sharp aquos. Terkena air kat screen belah bawah. Tv ada Gambar. cuma kawasan yg terkena air tu hitam je.. Mcm mana nak buat bang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru kena air? Boleh cuba buka & keringkan. Kalau air kena COF dan rosak, perlu cari pakar untuk tukar.

      Delete
  30. Salam bang.. macam mana kalau takda remote. Remote dah hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti kena ada remote control, pinjam dari kawan yang ada tv Sharp.

      Delete
  31. boss .. nak tanya tv sy sharp 40in..boleh tgk tv pada asal, tetiba padam padam
    merah menyala..lt belakang tv tkde button nk reset cmne ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, kalau tv takda butang saya pun tak tau juga.

      Delete
  32. Assalamualaikum,,,,saya nak beli power cable untuk ke plug electrik,,,ada tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, takda. Kalau power cable rosak boleh guna cable biasa yang sama saiz, sambung terus.

      Delete
  33. Assalamualaikum..tv saya boleh on tp hanya naik putih shj..xdak signal masuk lasung..tekan smua button pun no funtion..apa masalah tv sy tuan..

    ReplyDelete
  34. Sy nak tanya..sensor smart tv tidak merespon dengan remote control..dah test remote control sensor menyala..tv boleh on manual sja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba reset TV & remote control
      1. Padam TV dengan tekan butang 'power' pada TV & keluarkan bateri dari remote control.
      2. Cabut kabel TV dari soket & tekan butang 'power' kira-kira 15 saat.
      3. Pasang kabel kembali dan hidupkan TV dengan tekan butang 'power' pada TV.
      4. Pasang bateri semula ke remote control dan tekan mana-mana butangnya.

      Selamat mencuba...

      Delete
  35. Salam..masa saya off tv guna remote tiba² ada bunyi meletup kat belakang tv.lepas tu dah tak boleh nak on.lampu merah pun tak menyala kat tv tu.apa masalahnya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada litar pintas pada PSU (Power supply unit). Kalau ada asas elektronik, boleh buka cari apa punca litar pintas. Jika tiada asas elektronik, boleh beli PSU baru & tukar. Selamat mencuba...

      Delete
  36. Bos nak tanya sy ada tv led sharp lc 40SA lepas sy selesai tgok tv sy tutup remote astro dan tv,bila sy nak tngok smula buka plug lampu warna hijau menyala di tv tapi bila tekan on pada remote screen di tv takde gambar hitam je, sy nak try reset tapi belakang tv tiasa butang V- & Input, mcm mana sy naj buat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak tahu cara lain (jika ada) untuk reset jika tiada butang input & -v.

      Jika nak DIY, tukar mainboard dengan yang baru.

      Delete
  37. Boss.. Tumpang tanya, Saya ada TV sharp aquos 40 inch tp skrin pecah Dan TV hisense 40 inch tapi panel board rosak. boleh ke panel board model sharp aquos 40 inch masuk dekat TV hisense 40 inch. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, sehingga hari ini saya belum pernah dirujuk TV berjenama hisense lagi. Jika panel board pada kedua-duanya adalah sama, sudah pasti boleh. Satu lagi pastikan 'connector' serta setiap pin adalah sepadan dan voltan yang digunakan adalah sama. Begitu juga dengan voltan untuk backlight. Khabarkan kepada saya jika berjaya, Terima kasih.

      Delete
  38. Kedai ni kat mana ye..saya ada masalah tv tak boleh on tapi lampu led berkelip2

    ReplyDelete
  39. Kalau brand philips tiba2 mati dan x keluar lampu warna merah apa masalah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2018/07/baiki-philips-42pfl3605s98-tv-lcd.html

      Delete
  40. Salam, nak tanya TV saya jenama sharp, bila on TV selepas beberapa minittiba tiba layar mati tapi butang power berkelip kelip, bila on balik guna remote TV ok sekejap lepas tu mati lagi. Boleh bagi tau apa masalah? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka dan periksa, mungkin PSU (power supply unit) atau backlight rosak.

      Delete
  41. Kalau tak tukar kapasitor tu..terus reset sahaja boleh ke

    ReplyDelete
  42. Tv sy skrin rosak boleh x repair..jenama sharp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau skrin rosak tak bebaloi baiki sbb harga skrin baru kira-kira 70% harga TV.

      Boleh cuba tanya SHARP berapa harga skrin, kalau rasa berbaloi, tukar skrin baru.

      Delete
  43. Bo's....tv sharp model lc-40le820m langsung x boleh in...dan lampu illumination led berkelip2.... Boleh bantu apa masalahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba 'reset' macam saya buat di atas dulu. Kalau tak dapat bermaksud ada kerosakkan lain seperti rosak backlight, T-con dan sebagainya. Rujuk kepada pakar jika tiada asas.

      Delete
  44. Dh lepas reset tpi keluar simbol K kotak hijau mcm mana nk hilangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa buat reset ada sampai skrin berwarna hijau seperti di atas? Lepas keluar skrin warna hijau, padamkan TV dan 'on' balik untuk keluar dari 'servie mode'. Selamat mencuba...

      Delete
  45. Tv sharp aqous saya nie masalah dia, bila saya offkan tv, tiba2 dia on sendiri, offkan dan dia onkan balik sendiri, apa masalah dia bos? Pening macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu 'off' TV guna alat kawalan jauh atau tekan butang 'power'? Cuba periksa ada tak setting pada timer, atau paling senang buat 'reset factory setting'. Selamat mencuba...

      Delete
  46. Salam boss, tv sharp saya ni lampu merah kelip ja..mcm mna 2 bos?apa yg patut d tukar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba 'reset' macam saya buat di atas dulu. Kalau tak dapat bermaksud ada kerosakkan lain seperti rosak backlight, T-con dan sebagainya. Rujuk kepada pakar jika tiada asas.

      Delete
  47. assalam nak tanya kalau tv saya tu bila off dia on balik, lampu hidup tak tukar warna merah.. tu sebab tv rosak atau remote rosak kalau tv rosak, rosak apa ya.. thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba keluarkan bateri remote, padam TV secara manual (tekan butang power). Kalau boleh, remote rosak.

      Delete
  48. tv saya takde on/off button.. sharp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika begitu, mungkin alat kawalan jauh bermasalah. Boleh periksa IR(infrared) guna kamera telefon. Halakan IR ke kamera dan tekan butang 'power'. Jika lampu IR tidak menyala/berkelip, alat kawalan jauh bermasalah.

      Delete
  49. Tuan klu putuskn elektrik mcm mna tv nk on.sy pn hadapi mslh yg sma

    ReplyDelete
    Replies
    1. Off suis soket, lepas tekan 'input' & 'vol -' serentak baru on balik. Lepas lampu hijau menyala baru lepaskan 'input' & 'vol -'.

      Delete
  50. sye punye tv haier 55 in.. masalahnye lampu standby menyala.. bile tekan button on je keluar logo kt screen sekejap pastu trus padam.. sy dh tukar Mainboard baru tp masih problem yg sama. Kena reset jgk ke? Mcm mana nak reset.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara reset di atas hanya untuk TV berjenama sharp.

      Delete
  51. saya punya tv bila tibe2 blackout xada api... 3 hari baru leh hidup. balik.. nape ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah pada PSU, saya pernah jumpa dan tidak pasti kenapa. Cara nak untuk elak tunggu sampai 3 hari ialah 'discharge' kapasitor utama dan ianya akan boleh dihidupkan semula.

      Delete
  52. sya nk tv sharp..buka tv nyala hijau pas 2 padam..dok kelip2 merah je..npe ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin masalahnya serupa di atas. Cuba reset ikut langkah-langkah di atas dulu.

      Delete
  53. tn, tv sharp aquos lampu hijau tapi tiada gambar kenapa tu tuan? last sy off dr suisnya , terus tidak dapat hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba reset guna cara di atas. Kalau tak dapat, kemungkinan besar backlight rosak.

      Delete
  54. Tv sharp aquos sy..on..ade lampu hijau.tp xde gmbar dan suara.sy klik setting kt remote, ada display setting tu..ade tulisan channel.kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti sebab belum pernah jumpa lagi. Boleh cuba reset seperti saya lakukan di atas.

      Delete
  55. salam. bang, tv sharp aquos 4k gambar putih kabur gambar bayang2 je. kabel semua dah cabut dan pasang semula tapi masih putih kabur. bukak kabel hdmi dan pasang input tv biasa pun sama juga. remote on/off/tukar channel masih boleh control dengan baik. minta tolong bantuan bang😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah skrin putih kabur kena jumpa pakar, ada sambungan halus dari T-con ke skrin putus. Kebarangkalian berjaya dibaiki 50/50.

      Delete
  56. TV saya ada garisan ditgh screen,bila sedang menonton, screen akan slowly gelap. Skrg makin kerap. Boleh tau mcmane nak betulkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saya tahu garisan itu menegak atau melintang?

      Delete
  57. Hai.. tv sharp saya akan buka semula sendiri lepas tutup.. tekan button off dia jadi restart. Untuk switch off tv saya perlu tutup plug. Boleh bantu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 2 kemungkinan:-
      1. litar pintas pada alat kawalan jauh (buka bateri pada alat kawalan jauh & cuba OFF guna butang-butang pada TV)
      2. Litar pintas pada butang-butang di TV (cuba cabut wayar ke butang-butang di TV & cuba guna alat kawalan jauh)

      Delete
  58. Tv saya macam ini,tapi ada berbau hangit dan berasap.. Bila dah buka cover belakang board dah hitam, ada jual ke board tu satu set

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya baiki saja. Boleh cuba cari di lazada/shopee/aliexpress.

      Delete
  59. Salam bos..tv sharp 32 Inc" saya tidak ada gambar..tetapi lampu LED kuning masih hidup..apakah masalahnya boss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya belum pernah lagi menemui TV yang menggunakan lampu LED kuning. Setahu saya biasanya cuma lampu LED merah dan hijau yang digunakan. Jadi, tak tahu apa masalahnya.

      Delete
  60. Tv saya sharp aquos hanya ada button on off di tv. Saya dah ikut tutorial di youtube. Cabut plug, long press, masukkan plug. Kemudian lampu hijau dan merah berkelip. Lepaskan button, tekan button 4 kali dan long press.. tapi masih tak ada paparan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, cara di atas hanya untuk TV berjenama SHARP yang ada kesemua butang seperti di atas. Jika cuma ada butang on/off sahaja, saya tidak pasti caranya.

      Delete
  61. Salam Tuan.. TV Sharp LC-60LE650M.. lampu led merah menyala.. bila tekan butang power, lampu led hijau menyala.. gmbr keluar dlm 1 saat lepastu mati dan lampu merah menyala kembali.

    Da cuba reset sebagaimana yg Tuan ajar.. tetap mati dan lampu led merah menyala.

    Adakah mainboard yg rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buka dan periksa, ada dua kemungkinan:-

      1. PSU (power supply unit) tidak membekalkan arus elektrik yang mencukupi

      2. Backlight rosak

      Delete
  62. Dah buat tuan...lampu dah keluar hijau..tapi skrin masih gelap...knp ye..tv jenama sharp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya jika lampu hijau menyala tapi skrin gelap, backlight rosak. Kena buka & periksa. Kadang-kadang mainboard ada masalah.

      Delete
  63. TV Sharp saya baru jadi problem mcm ni. Skrin gelap & suara takde. Lampu merah berkelip2.

    ReplyDelete
  64. Prob: dh try reset. Tp jd blik. Lampu merah blink2.

    1st try ok. 2-3 jd semula. Tp kali ni hijau kjap. Pastu blink2 merah blik

    Main board atau inverter yg problem? Pls advise sir. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika benda sama berulang lepas reset maksudnya ada kerosakkan lain, kena buka dan periksa. Mungkin ada masalah psu atau backlight/inverter.

      Delete
  65. Hi bos.saya nak tanya.tv sharp saya on plug terus menyala led ijau.tapi skrin tak menyala n sound takde.da matikan.idup kan balik pun still menyala ja lampu led ijau tu.mainboard rosak ke apa ye bos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya lampu indikator tidak bertukar ke warna merah jika butang power ditekan. Jika ya, masalah pada mainboard.

      Delete
  66. Salam sejahtera Tuan. TV saya adalah Sharp Aquos LC-50LE275X (Power board RUNTKB385WJQZ). Masalah tv tersebut sekarang adalah:
    1. Lampu LED merah (standby menyala)
    2. Tekan power pada remote, Lampu LED akan bertukar kepada hijau, keluar logo Sharp, lepas tu terus padam balik (LED hijau bertukar kepad merah)
    3. Saya telah mencuba ‘input’ + ‘vol-’ tetapi tidak berjaya.
    4. Saya cuba memeriksa voltage pada output power board, voltage pin PNL12V akan berubah dari 0V kepada 12V apabila LED hijau menyala, kemudian akan drop balik kepada 0V (seperti dalam Langkah 2)
    5. Kapasitor pada power board tidak ada yang kembang / pecah.

    Mohon pendapat Tuan bahawa board mana yang perly ditukar?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah sedemikian banyak terjadi pada smart TV. Periksa dulu backlight dan jika elok masalah pada mainboard. Biasanya data pada 'flash memory (EEPROM) corrupted'. Jika tidak dapat reset, kena cari pakar untuk betulkan.

      Delete
    2. Hi. TV telah berfungsi semula selepas tukar main board dan reset. Terima kasih :)

      Delete
  67. Nk Tya Knp bila kita off skrin dia x keluar warna merah...sebaliknya bila off padam kjp..pastu outo on.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada masalah pada alat kawalan jauh anda. Cuba keluarkan bateri pada alat kawalan jauh & on/off guna butang power pada TV.

      Delete
  68. Terima kasih... Sgt membantu.. Sy dpt reset mslh blinking pd button power tv sharp saya..

    ReplyDelete
  69. bos kalau model sharp aquos lc-40le280x bagaimana nak reset kilang semula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya reset kilang ada pada bahagian setting jika TV boleh dihidupkan. Jika TV tidak boleh dihidupkan, boleh cuba guna cara di atas.

      Delete
  70. Boss tv sharp led model lc 40sa5200x bila on naik lampu hijau lps tu naik lampu merah jadi kelip2,apa mslahnya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba reset macam saya tunjukkan di atas. Jika boleh reset lihat apa puncanya dalam 'service mode'. Jika tidak dapat reset kena buka dan periksa baru tahu apa masalahnya.

      Delete
  71. Helo bos. Sharp aqous 32" kalau baru on ada byk line horizontal dan wording pada menu pun hilang. Kena on off on off beberapa kali baru line hilang dan tv mcm biasa. Apa masalah ye? Terima kasih bos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya belum pernah dirujuk masalah sedemikian setakat ini. Mungkin masalah T-con atau COF.

      Delete
  72. TV saya jenis SHARP LC-39LE440M. TV hidup dan dalam setengah jam tiba-tiba mati. Nanti 10 minit dia akan hidup semula. PSU dan Main Board saya dah tukar used part. Masih problem yang sama. Cuma inverter board je belum tukar. Adakah masalah inverter? Minta nasihat

    ReplyDelete
  73. so untuk masalah backlight, part apa yang saya perlu ganti? Thank you in advanced

    ReplyDelete
  74. Hello boss nak tanya, screen TV gelap tapi dkt situ nampak warna merah, kadang tekan on jadi warna hijau. Lepas tu merah balik. Mcm mana nak setting yer

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.