Penggunaan telefon talian tetap kini semakin berkurangan di kediaman pribadi atas sebab kini ramai atau mungkin boleh saya katakan bahawa setiap individu mempunyai telefon bimbit persendirian/pribadi yang lebih mesra pengguna. 
|  | 
| Pandangan luar telefon | 
Namun di pejabat, telefon talian tetap masih lagi popular dan pada pandangan saya, telefon sebegini jarang rosak. Selama saya membuat kerja-kerja membaiki peralatan eletronik, masalah telefon yang sering dirujuk kepada saya ialah:-
- pemanggil boleh mendengar suara kita tetapi penerima tidak dapat mendengar suara kita.
- Butang nombor tidak berfungsi
- speaker telefon tidak mengeluarkan suara (speaker rosak)
- Tiada berfungsi langsung dan sebagainya
|  | 
| Jenama: TeleBest, Model: 210BC | 
Kali ini masalah telefon yang dirujuk kepada saya ialah penerima tidak dapat mendengar suara kita. Mari kita buka dan lihat apa yang menyebabkan masalah sedemikian...
|  | 
| Keypad telefon | 
Setelah dibuka, hanya sekeping papan litar sahaja dan ianya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian untuk mendengar (speaker) dan satu lagi bahagian untuk bercakap (microphone) seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.
|  | 
| Bahagian yang perlu diperiksa... | 
Memandangkan masalah telefon tersebut ialah penerima tidak dapat mendengar suara kita maka masalahnya sudah tentu pada bahagian microfon.
|  | 
| Bahagian yang bermasalah | 
Setelah diperhati dengan teliti kelihatan terdapat keretakan pateri pada sebiji kapasitor dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas dan di bawah.
|  | 
| komponen hampir tanggal akibat 'dry/cold solder joint' | 
Masalah sedemikian sering berlaku sebab telefon terjatuh dari kedudukan yang agak tinggi dan untuk mengatasi masalah sedemikian, anda cuma perlu paterikan semula bahagian tersebut.
|  | 
| Telah dipateri semula.. | 
Dari pengalaman saya, telefon pejabat/rumah ini jarang rosak dan jika ada masalah ianya senang dibaiki namun ramai memilih untuk membeli yang baru.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.