Monday, 1 April 2019

Panasonic TC-20S30K CRT TV repair

Dari dulu lagi saya sememangnya tak berminat membaiki TV CRT disebabkan telah mengalami pengalaman yang tak baik ketika terkena renjatan eletrik pada papan litar.
PANASONIC TC-20S30K
Kali ini, mahu tak mahu saya terpaksa baiki sebab ini TV sendiri. Kos membaiki jauh lebih murah berbanding dengan harga membeli TV yang baru dan untuk makluman semua, tiada lagi keluaran TV CRT sekarang dan mungkin satu hari nanti ianya boleh dijadikan barang antik.
Papan litar
Setelah diperiksa menyeluruh, banyak komponen yang rosak kali ini dan jika anda ingin tahu lokasi komponen tersebut, sila rujuk kepada gambar di atas.
putus..
Namun setelah ditukar kesemua komponen yang didapati rosak seperti tertera di atas, TV tersebut masih gagal dihidupkan lagi. Setelah diperhati dengan teliti kelihatan satu bahagian pada papan litar telah putus dan anda juga boleh melihatnya pada gambar di atas.
Dah sambung balik...
Setelah bahagian pada papan litar yang putus disambung & diuji, kini TV kembali berfungsi. Gambar di bawah merupakan komponen yang telah saya tukar.
Komponen yang telah ditukar
Tested - ok
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.