Monday 1 April 2019

SHARP microwave oven mica waveguide replacement

Majoriti setiap rumah kini memiliki ketuhar gelombang mikro (microwave) dan harganya amat murah. Anda boleh memilikinya dengan harga serendah kira-kira RM200.00 sebuah sehingga ribuan ringgit untuk bersaiz besar di pasaran.

SHARP R854AST microwave

Oleh kerana harganya yang murah, ramai memilih untuk membeli yang baru daripada membaikinya jika rosak. Tidak ramai yang tahu membaiki microwave kerana permintaan untuk membaikinya telalu rendah dan alat gantinya juga sukar didapati.

Mica waveguide (mica plate) rosak

Sebelum ini saya pernah membaiki sebuah microwave berjenama MIDEA dan anda boleh membacanya di sini. Kali ini saya dirujuk sebuah microwave berjenama SHARP dan tidak diketahui modelnya.

Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah apabila digunakan, terdapat percikan api di dalam microwave tersebut. Tahukah anda bahawa anda tidak boleh menyimpan apa-apa benda yang diperbuat daripada logam ketika menggunakan microwave?

Setelah diperiksa, kerosakannya cuma pada sekeping mica yang telah rosak dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas. Untuk makluman, tujuan kepingan mica tersebut ialah untuk menghalang apa-apa benda asing (terutamanya masakan) daripada terkena dan mengotorkan magnetron (bahagian yang menghasilkan gelombang micro).

Mica plate yang baru.. Tested - ok

Masalah telah dijumpai tetapi mencari alat gantinya amat susah kerana tidak ramai yang tahu dan jarang kedai eletronik membekalkannya berikutan permintaannya teramat rendah.

Saya membelinya secara online dan dihantar terus dari negara tembok beasr, China. Setelah di ganti dan diuji, masalah percikan api di dalam microwave telah hilang.

kepingan mika - Made in China

Tips untuk mengelak kepingan mica tersebut daripada rosak dan tahan lama ialah, bersihkan dengan segera microwave anda setelah digunakan. Pastikan tiada makanan atau apa-apa benda asing melekat pada kepingan mika tersebut.

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Please call me for oven repair job at 0134808833.
    Thanks

    Teh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Where is your location? I'm in Miri, Sarawak.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.