Hari ini saya dirujuk sebuah monitor berjenama DELL, Model: E2013Hc. Pemilik mengadu warna pada skrin kemerah-merahan ataupun dengan erti kata lain, banyak sangat warna merah dan tak selesa kepada mata pengguna.
 |
Jenama: DELL |
Jika skrin TV CRT menjadi warna merah bermaksud ada masalah pada bahagian yang mengeluarkan warna biru dan hijau. Kebiasaannya ialah ketiadaan voltan untuk warna biru dan hijau ataupun kadang-kadang voltan yang dibekalkan tidak mencukupi.
 |
Model: E2013Hc |
Namun berlainan masalahnya dengan monitor berjenama DELL ini. Saya telah membukanya dan memeriksa 'power board' dan tiada masalah dengan voltan outputnya iaitu 5V sahaja. Bacaan yang saya dapat ialah 5.15V.
 |
Butang pada monitor |
Seterusnya saya periksa pula warna pada monitor tersebut. Cara memeriksa adalah seperti berikut:-
- Tekan butang 1 dan 4 (seperti pada gambar di atas) serentak dan anda akan nampak warna kelabu menjelma pada skrin.
- Kemudian tekan butang 4 lagi dan skrin berwarna merah akan menjelma.
- Ulangi langkah no. 2 dan seterusnya skrin berwarna biru, hijau, hitam dan lain-lain menjelma.
- Jika kesemua warna tersebut jelas kelihatan, ini bermaksud skrin tersebut dalam keadaan baik.
- Warna terakhir yang menjelma pada skrin ialah putih. Untuk keluar dari skrin ujian warna tersebut, tekan butang no. 4 sekali lagi.
 |
1. Tekan butang 4 seterusnya butang 1 |
Setelah menjalani pemeriksaan warna pada skrin di atas, kesemua warna berkeadaan baik dan tiada masalah warna pada skrin tersebut. Kini 'power board' dan skrin telah disahkan berkeadan baik.
 |
2. Tekan butang 3 |
Seterusnya apa yang anda boleh lakukan ialah menukar setting warna pada monitor tersebut. Caranya mudah dan ditunjukkan pada gambar di atas dan di bawah:-
- Tekan butang 4 dan lepas itu tekan butang 1
- Tekan butang 3
- Tukar warna R (red), G (green) & B (blue) mengikut citarasa anda.
 |
5. Ubah warna R, G & B mengikut citarasa anda |
 |
Sebelum |
 |
Selepas |
Selamat mencuba...
Sumber
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.