Monday 31 October 2022

DALDOSS dumbwaiter PCB repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah papan litar untuk kegunaan 'dumbwaiter' dengan masalah gagal berfungsi.

DALDOSS ELEVETRONIC SPA

Menurut pemilik ianya telah diganti dengan yang baharu dan masalah PCB ini ialah tidak berfungsi serta lampu LED tak menyala.

Nombor rujukan PCB...

Benda pertama yang saya periksa pada papan litar ialah lampu LED sebab pemilik kata tidak menyala dan kedua-duanya elok.

2 biji 1N4007 putus...

Pemeriksaan dengan mata kasar pada papan litar akhirnya menemui dua biji diod putus dan ianya telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan diod baharu...

Nombor rujukan diod yang digunakan ialah 1N4007 dan keempat-empatnya disambung untuk bertindak sebagai 'rectifier' iaitu menukarkan arus ulang alik (AC) ke arus terus (DC).

L7812CV voltage regulator...

Setelah dua biji diod telah diganti, saya nak uji papan litar tersebut namun tidak tahu apa bekalan elektrik yang diperlukan serta di mana bekalan harus disambung.

Pemeriksaan teliti pada litarnya akhirnya menemui arus terus dari 'rectifier' disambung kepada sebiji 'voltage regulator' dengan label L7812CV seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Bekalan 'input' kepada 'voltage regulator' dilabel 24v dan bekalan 'output' pula dilabel 12v.

Saya juga menemui bahagian bekalan 'input' ke 'rectifier' pada papan litar dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Bekalan arus ulang alik (AC)

Saya bekalkan 12vac kepada bahagian 'ac in' pada gambar di atas sebagai percubaan dan ianya boleh berfungsi semula. Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya dengan bekalkan 12vac ke papan litar dan lampu LED berwarna hijau menyala.

Selamat berDIY...

Sunday 30 October 2022

12 TANDA-TANDA HAMPIRNYA PILIHAN RAYA

1. Akan muncul makhluk yang datangnya 4 tahun sekali di tempat-tempat awam seperti di pasar borong, pasar malam, stesen bas, kawasan nelayan dan ada yang datang ke rumah-rumah.

2. Menteri-menteri mula menanggalkan baju kot dan mula menunjukkan muka masing-masing di kawasan pendalaman. Masuk dengan berjalan kaki, berbasikal dan naik motosikal. Malah ada yang memikul kampit beras dan hamper seberat 1kg.

3. Jalan-jalan kampung yang berlopak 3 tahun mula diturap dengan tar setebal yang mungkin, malah jalan yang tak rosak juga di tar lapisan baru.

4. Upacara pecah tanah disana sini, perasmian sana sini untuk pembinaan bangunan-bangunan seperti klinik, hospital dan sekolah untuk kebajikan rakyat.

5. Bantuan beras sekampit, gula 2kg, kain pelikat dan susu 2 tin kepada orang-orang kampung sebagai bekalan selama 4 tahun.

6. Menteri-menteri akan menyuapkan makanan kepada orang-orang tua atau orang kurang upaya lalu disebarkan meluas di dada akhbar. Tiada lagi perasaan jijik.

7. Harga minyak akan kerap diturunkan mungkin 5 sen seminggu setiap liter.

8. Menteri-menteri akan tebar roti canai di gerai-gerai di sana sini. Malah siap hidangkan makanan untuk pelanggan.

9. Menteri akan rajin asah sabit, cuci longkang, menoreh getah, kait kelapa sawit dan sebagainya.

10. Tiba-tiba sahaja setiap kali kita makan di gerai atau warung tak payah bayar. Ada yang dah bayar. Makan banyak percuma.

11. Aircond kereta menteri rosak secara tiba-tiba, cermin kereta sentiasa dbuka untuk melambai tangan, mesra rakyat agar muka dikenali.

12. Masalah rumah, masalah tanah yang berlarutan 4 tahun dapat diselesaikan dalam tempoh 1 minggu.

Saturday 29 October 2022

SAMSUNG PS43F4000AR Plasma TV

Saya pernah membaiki TV plasma seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Minggu lepas saya telah dirujuk dua buah TV serupa model PS43F4000AR dengan masalah sama iaitu layar gagal menyala dan lampu standby berkelip-kelip apabila butang power ditekan.

Masalahnya juga sama dengan TV yang pernah saya baiki sebelum ini iaitu ada litar pintas pada papan litar Y-sus. Komponen yang didapati rosak juga sama seperti yang pernah saya baiki sebelum ini.

Untuk pengetahuan semua, TV plasma model ini menggunakan dua jenis papan litar Y-sus seperti telah saya labelkan pada gambar di atas. Perbezaannya ialah kedudukan lubang-lubang untuk mengunci papan litar.

Kali ini saya beli papan litar terpakai melalui atas talian dan harganya di bawah RM100.00. Saya tidak baiki papan litar asal sebab kadang-kadang terbeli komponen tiruan serta tidak berjaya di baiki.

Kedua-dua papan litar boleh berfungsi setelah ditukar namun papan litar dengan label LJ41-10321A sedikit bermasalah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan sambungan ke skrin plasma tidak elok atau cabelnya kotor.

Saya telah cuba bersihkan cabel serta pasang kembali namun masalah tetap sama. Seterusnya saya dapati garisan melintang hilang setelah saya tekan penyambungnya seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Seterusnya saya buka serta periksa dengan teliti dan mendapati salah satu klip telah pecah dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saya telah membuat aduan kepada penjual dan pihak mereka akan menghantar sebuah lagi papan litar kepada saya.

Selamat berDIY...

Friday 28 October 2022

Pilihanraya & jalan raya berpisah tiada...

Pilihanraya umum (PRU) ke-15 telah ditetapkan oleh suruhanjaya pilihanraya minggu lepas dan hari ini saya kongsikan satu suasana yang amat sinonim dengan pilihanraya tak kira PRU atau PRN (pilihanraya negeri) iaitu jalan raya.

Korek jalan highway...

Sejak dulu, kini dan mungkin selamanya jika menghampiri tarikh pilihanraya, kerja membaiki, menaiktaraf serta 'resurface' jalan akan kelihatan di mana-mana.

Resurface...

Tidak terkecuali juga PRU kali ini serta PRN lepas di Miri, Sarawak telah menyaksikan kerja mengorek serta 'resurface', jalan yang paling sibuk di Miri iaitu Jalan Pujut-Lutong.

Jentera berat...

Gambar-gambar di atas saya ambil minggu lepas dan untuk pengetahuan anda saya juga pengguna jalan tersebut setiap hari dan tidak nampak sebarang kerosakkan sebelum dikorek & 'resurface'.

Tanam paip air...

Gambar-gambar berikut pula adalah situasi yang kita boleh lihat di taman perumah yang sedang dalam proses pembinaan sehingga siap untuk diduduki.

Tanam paip gas...

Pemaju akan tar jalan di kawasan projek perumahan dan apa yang berlaku ialah seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah. Jalan yang baru siap akan dipotong untuk kerja-kerja membekalkan air, elektrik, gas, telco dan lain-lain ke kawasan perumahan.

Tanam cable elektrik...

Pemandangan seperti ini (jalan dipotong) biasanya akan berakhir setelah jalan pecah serta berlubang dan pihak bandaraya akan melakukan 'resurface' bila tiba/dekat PRU/PRN. Setelah melalui beberapa kali PRU/PRN, jalan raya akan menjadi lebih tinggi dari tapak rumah kita dan bila hujan, air pula mengalir masuk ke kawasan rumah kita.

Tanam cable telco...

Kerja 'resurface' juga tidak memperdulikan faktor keselamatan dan sering kelihatan ada bahagian tertentu yang tidak ditampal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Kadang-kadang mereka abaikan sahaja penutup parit dan ditumbus terus dengan tar.

Selepas resurface...

Jika jalan lurus pula ada sahaja 'bump' di tambah pada permukaan jalan bagi mengurangkan kelajuan serta elak jalan raya daripada menjadi litar untuk merempit.

'bump' untuk elak merempit...

Gambar di bawah saya ambil dari lama sosial dan ianya merupakan projek kilat sewaktu PRU/PRN.

Adakah suasana sebegini sedang berlaku di tempat anda?

Thursday 27 October 2022

KH-T2 decoder repair

Dekoder ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Menurut pemilik, dekoder gagal berfungsi setelah ada bunyi letupan kedengaran. Apabila saya gancang dekoder tersebut, kedengaran ada benda yang tanggal di dalamnya.

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui kapasitor utamanya telah meletup seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang komponen lain yang didapati rosak dan saya telah gantikan kapasitor utama dengan rating voltan sedikit tinggi iaitu 10uf, 450v.

Dekoder berjaya diselamatkan semula setelah dengan hanya menggantikan kapasitor utama sahaja dengan nilai asal 10uf, 400v.

Selamat mencuba...

Wednesday 26 October 2022

Dekoder Astro DMT880 tiada suara

Semalam saya dirujuk 2 buah dekoder Astro model DM880 dengan masalah 'ada gambar tiada suara'.

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki dekoder model DMT880 dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Dekoder ini digunakan pada sebuah pusat penginapan (hotel) untuk channel 701 (AXN) dan channel 615 (CN - Cartoon Network) masing-masing.

Saya pada mulanya sangsi sebab jarang berlakunya kerosakkan sama serentak dan setelah dibuka serta diperiksa, saya tidak menemui sebarang masalah serta kerosakkan pada papan litar.

Seterusnya saya uji dekoder dan mendapati ianya mengeluarkan suara untuk semua channel radio namun channel 701 & 615 bisu.

Masalah sedemikian bukan disebabkan decoder rosak. Ianya adalah disebabkan isyarat pemancar astro bermasalah dan apa yang harus dilakukan ialah menghubungi pihak astro untuk bantuan teknikal.

Jika anda ada masalah dekoder astro dengan masalah 'ada gambar namun bisu' seperti di atas, apa yang anda boleh lakukan ialah uji siaran radionya. Jika semua tidak mengeluarkan bunyi barulah hantar dekoder anda untuk dibaiki.

Jika siaran radio ada suara namun siaran tertentu tiada suara, ianya bukan masalah dekoder. Hubungi pihak astro untuk bantuan teknikal.

Sebelum ini saya juga pernah kongsikan dekoder astro dengan masalah suara putus-putus dan anda boleh rujuk di sini.

Tuesday 25 October 2022

Rishi Sunak Perdana Menteri Britian (UK) yang baharu

LONDON: Rishi Sunak bakal diumumkan sebagai perdana menteri baharu Britain selepas beberapa calon lain menarik diri untuk memimpin Parti Konservatif dan menyerahkan tugas berat memimpin negara yang berpecah belah ditengah kemelesetan ekonomi yang menjejaskan jutaan penduduknya.

Sunak antara ahli politik paling kaya di Westminster dan bakal diarah membentuk kerajaan oleh Raja Charles bagi menggantikan Liz Truss yang meletak jawatan selepas 44 hari menjadi perdana menteri.

Beliau menewaskan ahli politik Penny Mordaunt yang gagal mendapatkan cukup sokongan daripada ahli Parlimen manakala pesaingnya yang juga bekas perdana menteri Boris Johnson menarik diri kerana berpendapat tidak dapat lagi menyatukan parti.

“Keputusan ini adalah satu sejarah dan menunjukkan sekali lagi kepelbagaian serta bakat yang ada dalam negara kita. Rishi mendapat sokongan penuh saya,” kata Mordaunt dalam satu kenyataan sejurus beliau menarik diri.

Matawang pound dan harga bon kerajaan Britain melonjak tidak lama selepas pengumuman Mordaunt tetapi kembali ke paras sebelumnya.

Bekas menteri kewangan berusia 42 tahun itu menjadi perdana menteri ketiga Britain dalam tempoh kurang dua bulan dan berdepan tugas berat mengembalikan kestabilan negara selepas bertahun-tahun dilanda krisis ekonomi serta politik.

Sunak dijangka melaksanakan pemotongan besar perbelanjaan untuk cuba membangunkan semua reputasi fiskal Britain ketika negara itu terjerumus dalam kemelesetan ekonomi yang berpunca daripada peningkatan mendadak kos tenaga dan makanan.

Britain terjerumus dalam krisis politik sejak undian pada 2016 untuk meninggalkan Kesatuan Eropah menyebabkan berlakunya pergelutan kuasa di Westminster atau Parlimen negara itu hinggalah ke hari ini.

Drama terbaru itu menyebabkan kekecewaan pelabur asing dan cemuhan dari media di seluruh dunia.

Bakat Sunak mula menjadi perhatian pada usia 39 tahun apabila beliau menjadi menteri kewangan di bawah pentadbiran Johnson ketika wabak Covi-19 melanda Britain dan berjaya dengan skim cuti dari tugas untuk pekerja.

Bekas penganalisis Goldman Sachs itu akan menjadi perdana menteri pertama Britain yang mempunyai darah keturunan India.

Keluarganya berhijrah ke Britain pada 1960an ketika ramai penduduk dari bekas tanah jajahan Britain datang ke negara itu selepas Perang Dunia ke-Dua.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Oxford, Sunak pergi ke Universiti Stanford di mana beliau bertemu isterinya, Akshata Murthy yang juga anak kepada bilionaire India dan pengasas syarikat Infosys Ltd, NR Narayana Murthy.

Rujukan

Monday 24 October 2022

SAMSUNG UA40J5008AK full HD TV repair

Sebelum ini saya pernah baiki TV seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

samsung UA40J5008AK

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah lagi TV yang serupa dengan masalah sama iaitu langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik termasuk lampu standby juga tidak menyala.

PSU (Power supply unit)

Kerosakkannya juga sama dengan TV serupa yang pernah saya kongsikan sebelum ini iaitu litar pintas pada schottky diode dengan label MBR5H150SS seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Diod

Untuk pengetahuan semua saya pada mulanya telah gantikan diod MBR5H150SS dengan diod 1N5408 dan ianya boleh berfungsi namun hanya bertahan beberapa minit sahaja.

1N5408 rectifier diode

Walaupun saiz diod 1N5408 sama dengan MBR5H150SS namun ratingnya cuma 3A sahaja dan itulah punca kenapa ianya hanya bertahan beberapa minit sahaja. Apa yang berlaku ialah diod 1N5408 yang saya gantikan panas melampau dan rosak dalam masa yang singkat.

SR5150 schottky diode

Seterusnya saya gantikan diod MBR5H150SS yang rosak dengan menggunakan diod SR5150 dan masalah selesai. Walaupun nombor rujukan berbeza namun ratingnya sama iaitu:-

  • Current - 5A
  • Voltage - 150v
  • RMS reverse voltage - 105v

Selamat mencuba...

Sunday 23 October 2022

Delete akaun Lazada

Sebelum ini saya telah kongsikan cara menghapuskan (delete) akaun shopee dan anda boleh rujuk di sini.

Saya mempunyai dua akaun Lazada dan hari ini saya kongsikan pula cara untuk menghapuskan akaun Lazada.

Berikut adalah langkah untuk menghapuskan akaun Lazada:-

  1. Login ke aplikasi Lazada
  2. klik 'account' pada bahagian kanan/bawah skrin (Rujuk gambar pertama di atas)
  3. klik '3 titik' pada bahagian atas/kanan skrin (Rujuk gambar pertama di atas)
  4. Pilih 'account security' (Rujuk gambar di atas)
  5. Pilih 'account deletion' (Rujuk gambar di bawah)
  6. Klik 'mobile verification' dan pihak Lazada akan hantar kod OTP melalui sms
  7. Masukkan kod OTP dan isi apa yang ditanya sehingga selesai

Akaun membeli-belah di atas talian yang tidak digunakan wajib dihapuskan untuk keselamatan sebab ianya mengandungi data pribadi serta akaun bank kita.

Akaun pertama saya didaftar menggunakan akaun facebook dan akaun ke-2 pula saya daftar apabila menggunakan aplikasi Lazada. Saya memilih untuk menghapuskan akaun pertama sebab tidak mahu ada sebarang kaitan dengan facebook. 

Teknologi AI (artificial intelligence) sangat canggih dan saya percaya ianya boleh berlaku perkongsian/kecurian data tanpa pengetahun kita terutamanya melibatkan facebook.

Saturday 22 October 2022

Buang cas HV capacitor

Hari ini saya kongsikan apa yang akan berlaku atau dijangka mungkin berlaku jika terlupa membuang cas (discharge) HV capacitor pada microwave sewaktu melakukan pemeriksaan.

HV capacitor untuk microwave

Kita sering terbaca atau diberitahu agar membuang cas pada kapasitor dahulu sebelum melakukan pemeriksaan. Sebelum ini saya pernah kongsikan alat untuk membuang cas kapasitor yang saya buat sendiri dan anda boleh rujuk di sini.

Gambar di bawah adalah keadaan HV capacitor yang telah saya buka dan ianya telah dilengkapi dengan sebiji perintang 10MΩ yang disambung selari pada kedua-dua terminalnya.

Tujuan serta fungsi perintang tersebut ialah untuk membuang cas apabila bekalan elektrik diputuskan ketika kita berhenti menggunakan microwave.

Potong HV capacitor...

Perintang 10MΩ pada HV capacitor akan membuang cas secara perlahan-lahan dan mungkin tiada cas lagi setelah kita selesai membuka penutup microwave untuk membuat pemeriksaan. Jika masih ada cas juga, ianya amat sedikit dan tidak berupaya merenjat kita.

HV capacitor mendapat bekalan elektrik dari HV transformer dan rintangan gegelung voltan tinggi ialah kira-kira 250Ω disambung bersiri dengan HV capacitor serta HV diode. Rintangan gegelung voltan tinggi pada transformer juga boleh membuang cas pada kapasitor apabila bekalan diputuskan.

9.73MΩ

Jadi, secara teori, HV capacitor tidak merbahaya jika bekalan elektrik telah diputuskan serta dibiarkan beberapa ketika dengan syarat tiada sebarang kerosakkan pada microwave.

Untuk makluman semua, hampir kesemua kerosakkan HV capacitor adalah disebabkan mengalami litar pintas pada kedua-dua terminalnya serta mengakibatkan HV fuse putus. Kapasitor yang telah mengalami litar pintas tidak akan menyimpan cas lagi.

skematik - microwave

Banyak klip video telah saya tonton di youtube berkaitan dengan cara-cara membuang cas HV capacitor dan dalam banyak-banyak video yang saya tonton, klip video di bawah membuktikan apa yang saya terangkan di atas adalah betul.

Bekalan elektrik telah diputuskan sewaktu minit ke-40 dan pintasan pada HV kapasitor ditunjukkan pada minit ke-50. Cuma sedikit percikan api sahaja kelihatan dan ianya adalah seperti kita membuang cas kapasitor biasa.

Jadi, jika kita putuskan bekalan elektrik dan proses membuka penutup belakang microwave memerlukan masa kira-kira beberpa minit, tiada lagi cas yang tinggal pada HV capacitor.


Untuk makluman semua, saya tetap akan melakukan pintasan pada HV capacitor untuk membuang cas setiap kali sebelum melakukan pemeriksaan pada microwave dan saya belum pernah jumpa percikan api.

Untuk keselamatan, saya tetap menasihatkan orang ramai agar membuang cas dengan melakukan pintasan pada terminal HV capacitor sebelum melakukan pemeriksaan. Cas mungkin masih lagi tersimpan di dalam HV capacitor jika perintang 10MΩ telah putus bersama dengan HV diode.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.


Selamat berDIY...

Friday 21 October 2022

Lunar calender

Semalam suruhanjaya pilihan raya (SPR) telah mengumumkan 3 tarikh penting iaitu:-

  1. 05/11/2022 - Hari penamaan calon
  2. 15/11/2022 - Hari mengundi awal
  3. 19/11/2022 - Hari mengundi
November 2022

Hari ini saya nak kongsikan keunikan kalender lunar yang menggunakan bulan sebagai penunjuk. Kalender yang kita guna sekarang adalah berpandukan terbit/terbenam matahari atau juga dikenali sebagai kalender gregorian.

Secara ringkasnya, kalender lunar hanya mempunyai 28/29 hari sahaja sebulan manakala kalender gregorian pula mempunyai 30/31 hari selain bulan febuari 28/29 hari.

Moon phase

Gambar di atas adalah satu fasa penuh bulan yang kita boleh lihat di langit setiap malam jika cuaca menizinkan. Setiap fasa bulan bermula pada hari di mana bulan tidak kelihatan yang juga merupakan hari pertama kalender lunar dan bulan penuh ialah pada hari ke-15 setiap bulan.

Banyak infomasi yang boleh kita dapat dari kalendar lunar dan hari ini saya kongsikan satu sahaja iaitu melibatkan pasang surut air.

Kita tahu hujung tahun merupakan musim tengkujuh di negara kita dan air pasang/surut ada kaitan terus dengan bulan. Air pasang paling tinggi ialah ketika bulan berada paling dekat dengan bumi.

Mengikut kalendar lunar, air pasang paling tinggi ialah pada hari ke-3 & hari ke-18. Maksudnya jika berlakunya banjir pada bulan tersebut, air hanya akan surut selepas hari ke-3 atau hari ke-18 kalendar lunar.

Apa yang saya nak sampaikan berkaitan dengan tarikh-tarikh yang diberikan oleh SPR di atas ialah, ianya bukan pada hari di mana air pasang paling tinggi menurut kalendar lunar. 

Jadi, jika ditakdirkan berlakunya banjir pada bulan november, tarikh mengundi iaitu 15/11/2022 (hari ke-22 kalendar lunar) & 19/11/2022 (hari ke-26 kalendar lunar) bukan jatuh pada hari di mana air pasang paling tinggi. Kemungkinan air telah surut pada tarikh mengundi jika berlakunya banjir...

Thursday 20 October 2022

PRU15

Hari penamaan calon - 05/11/2022

Hari mengundi awal - 15/11/2022

Hari mengundi - 19/11/2022

Wednesday 19 October 2022

Saflok handheld programmer repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah alat untuk memprogram pintu berjenama Saflok, model: HH6 dengan masalah bateri yang telah dicas cuma bertahan kira-kira 10 minit sahaja.

Saflok HH6 handheld programmer

Menurut pemilik, walaupun baterinya telah penuh dicas namun bila dibawa ke tempat untuk memprogram kunci pintu ianya akan mengeluarkan bunyi alarm memberitahu 'low batt'. Masalah sedemikian adalah disebabkan baterinya tidak mampu menyimpan cas lagi.

SAFLOK HH6 programmer

Baterinya terletak pada bahagian belakang 'handheld' dan cuma perlu membuka sebiji skru sahaja. Baterinya menggunakan kabel 3 wayar iaitu berwarna merah, hitam dan putih seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Cabut penyambung bateri...

Gambar di bawah adalah bateri yang digunakan dan tiada label kapasiti/rating untuk rujukan. Pencarian saya di laman sesawang dengan menggunakan nombor rujukannya mendapati rating bateri yang digunakan ialah 2.4v/2500mAh.

Bateri 2.4v/2500mah (KABA 132-512886)

Dari label pada bahagian belakang 'handheld' jelas tertera ianya menggunakan bateri Ni-MH. Voltan sebiji bateri Ni-MH ialah 1.2v dan sebagai percubaan saya berhajat menukarkan baterinya dengan bateri yang saya beli untuk membaiki lampu kecemasan serta pernah dikongsikan di sini serta sini.

Kabel bateri (3 wayar)

Saya harus menggunakan kabel asalnya sebab ianya memerlukan 3 wayar dan wayar putih disambung sebiji NTC thermistor yang berfungsi untuk mengesan suhu.

Sebiji NTC thermistor...

Nilai NTC thermistor tersebut ialah 10kΩ bila diukur dengan menggunakan multimeter dan nilai rintangan akan berkurangan jika suhu meningkat.

Gantikan dengan bateri DIY baharu...

Misi percubaan dengan menggantikan baterinya berjaya dan masalah selesai. Bateri yang saya gunakan ialah bateri AA jenis Ni-MH dengan rating/kapasiti 1500mAh/1.2V sebiji.

Tested - ok

Menurut pemilik juga, harga sebiji bateri yang baharu ialah RM500.00 - RM600.00 jika dibeli terus dari syarikat Saflok. Untuk pengetahuan semua harga 4 biji bateri Ni-MH yang saya beli seperti boleh dilihat pada gambar di bawah ialah RM4.99 sahaja.

Bateri baharu - 1.2v/1500mAh

Sebelum ini saya pernah membaiki 'dashcam' dengan masalah tidak mengecas yang juga menggunakan bateri dengan 3 kabel. Masalahnya sedikit berbeza dengan kali ini sebab pemiliknya telah menukarkan bateri asalnya 3 kabel kepada bateri  jenis 2 kabel sahaja. Apa yang saya lakukan ialah sambung sebiji perintang ke kabel ke-3 dan anda boleh rujuk di sini.

Nilai NTC thermistor - 10kΩ

Selamat mencuba...