Monday 10 October 2022

Tetapan penyelengaraan baru astro (DS830NA)

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara melakukan tetapan dekoder astro yang telah melakukan 'restore factory settings' di sini.


Pagi ini saya dirujuk sebuah dekoder lama dengan masalah 'tidak keluar jam' seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan tiada paparan pada skrin TV.

Setelah saya tekan butang 'power', skrin seperti boleh dilihat pada gambar di atas terpapar pada TV dan apa yang perlu dilakukan ialah memilih tetapan mengikut kesesuaian masing-masing.

Pilihan tetapan yang perlu diambil perhatian serta sering gagal ialah pada bahagian 'entry point'. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan mencuba satu per satu sehingga berjaya. Kali ini pilihan yang berjaya ialah nombor 8 dan telah saya labelkan pada gambar di atas.

Pilihan kali ini berbeza dengan yang pernah saya kongsikan sebelum ini dan ianya mungkin disebabkan pihak astro telah menukar 'entry point' yang baru dari masa ke semasa.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.