Hari ini saya dirujuk sebuah adapter/transformer jenis SMPS (switching mode power supply) dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
Voltan output SMPS ini ialah 24vdc namun bila diukur, saya cuma dapat kira-kira 14v sahaja dan tidak stabil.
![]() |
TNK AS-TN-S2408A |
Dari pengalaman lepas, jika bacaan voltan tidak stabil, kerosakkannya ialah pada kapasitor feedback namun masalah SMPS ini bukan setakat voltan output tidak stabil tetapi voltan output juga kurang dari sepatutnya.
![]() |
Model: AD-TN-S2408A |
Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya cuma menemui sebiji kapasitor dengan nilai 470uF, 35v kembung dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.
![]() |
Setelah penutup dibuka... |
Saya telah periksa ketiga-tiga biji kapasitor berdekatan dengan kapasitor yang kembung dan kesemuanya rosak.
![]() |
Komponen yang rosak... |
Setelah ketiga-tiga kapasitor 470uf, 35v diganti dan diuji, masalah masih sama iaitu voltan output cuma 14v serta tidak stabil.
![]() |
High ESR (47uf, 50v) |
Pemeriksaan menggunakan multimeter ESR akhirnya menemui sebiji kapasitor 47uf, 50v rosak dan nilai ESR sangat tinggi seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
Tested - ok (24v) |
Masalah selesai setelah kapasitor 'feeback' dengan nilai 47uf, 50v telah saya gantikan serta diuji.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.