Pada 30/08/2026 lepas saya memandu dari kediaman saya, Senadin menuju ke e-mart, Tudan dan tiba-tiba ada sebuah kereta memotong saya dari kiri guna laluan kecemasan.
QTT195
Apa yang berlaku setelah mengetahui ada kereta memotong saya dari sebelah kiri, saya perlahankan kereta dan dia juga memperlahankan keretanya.
Bila dia perlahankan kereta, saya lajukan semula namun dia turut dengan kelajuan sama dan akhirnya memotong serta memperlahankan keretanya di depan saya.
Dalam masa yang sama dia keluarkan tangan tunjuk sesuatu seolah-olah mengajak saya untuk berlumba.
Saya pada mulanya abaikan sahaja namun dia memberhentikan terus kereta di depan saya. Saya potong dia namun dia terus melajukan keretanya tidak mahu dipotong dan berhenti di depan saya semula.
Kebetulan kedudukan berhenti ada simpang kiri, maka saya pun masuk simpang tersebut.
Apa yang mengejutkan saya selepas itu ialah dia kejar saya sehingga saya keluar semula ke jalan utama.
Apa yang melegakan selepas itu ialah dia tidak lagi berada di belakang saya lagi namun sewaktu menunggu di lampu trafik, tiba-tiba dia muncul semula tetapi berada selang satu laluan seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.
Dia masih lagi mengeluarkan tangan tunjuk sesuatu yang tidak puas hati namun selepas lampu merah bertukar ke hijau dia yang tidak lagi berada di laluan sama pergi entah ke mana. Begitu lah berakhirnya episod yang bagi saya 'adrenaline rush'.
Laporan polis
Dalam perjalan berikutnya, saya masih tidak tahu apa puncanya dan berakhir dengan membuat laporan polis untuk rekod.
Viral di MIRI community
Pada keesokkanya (31/8/2026), saya membuat satu hantaran (posting) di page MIRI community seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan anda boleh rujuk di sini.
Ramai juga yang terkena...
Tidak lama selepas itu tuan punya kereta buat posting dan muatnaik video kejadian tidak puas hatinya di sini.
Saya minta orang ramai berhati-hati bila terserempak kereta tersebut namun dia cuba alihkan perhatian kata saya melulu keluar simpang masuk bulatan.
Klip video di atas saya rakam guna 'screen recorder' untuk rekod sendiri. Setelah ulang tonton beberapa kali saya dapati pemandu tersebut sengaja buat masalah dengan melajukan kereta dari 20kmj ke 40kmj setelah ternampak saya masuk ke bulatan (roundabout) dan mahu memotong saya dari kiri namun terbantut sebab ada kereta Myvi di depan.
Jelas kelihatan dia turut memperlahankan kereta bila saya perlahankan kereta untuk memberi laluan kepadanya namun tidak juga memotong pada mulanya.
Klip video yang dimuatnaik hanya untuk alih perhatian orang ramai kata saya masuk bulatan melulu.
Sebagi pemandu berpuluh tahun, saya yakin selamat sewaktu masuk bulatan tersebut sebab dia masih jauh dengan kelajuan perlahan yang telah dibuktikan melalui videonya sendiri.
Sah dia sengaja buat masalah...
Saya baca semua komen postingnya dan dapat kesimpulan bahawa tuan punya kereta tersebut memang sengaja buat masalah seperti boleh dilihat pada komennya di atas.
Saya pasti dia telah lakukan benda yang sama kepada pengguna jalan raya lain berdasarkan komen orang ramai pada posting saya.
Ini lah pembuli jalan raya yang saya jumpa selama berpuluh tahun memandu.
Apa tujuan dia kejar saya? Sewaktu kejadian kejar mengejar, saya memang sudah bersedia jika dia berjaya kejar saya dan turun kereta, saya pasti akan LANGGAR dia sebelum dia melakukan sesuatu terhadap saya guna undang-undang di tangan sendiri.
Baru-baru ini saya dirujuk sebuah gerudi elektrik berjenama BOSCH model GBH 2-26 DRE dengan masalah gagal berfungsi.
BOSCH GBH 2-26 DRE
Menurut pemilik, ianya mengeluarkan asap sewaktu kali terakhir digunakan.
Carbon brush hilang...
Ianya telah dirujuk kepada jurutenik lain sebelum dirujuk kepada saya. Setelah dibuka, jelas kelihatan pada gambar di atas dan di bawah carbon brush serta bearing telah tiada.
Bearing juga hilang...
Pemeriksaan awal mendapati komponen yang rosak serta hilang ialah:-
Sebiji bearing
Carbon brush
Stator
Gantikan stator yang terbakar...
Gambar di atas menunjukkan stator telah saya gantikan dengan yang baru. Gegelung stator asal berwarna hitam akibat panas melampau.
Pasang carbon brush baru (5mm x 8mm x 19mm)
Nombor rujukan bearing yang hilang ialah 607 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Gantikan bearing yang hilang - 607
Setelah kesemua komponen rosak di atas telah saya ganti dan diuji, ianya
boleh boleh berfungsi namun pergerakkan motor sangat pelahan.
Gantikan armature baru...
Masalah motor berpusing perlahan adalah disebabkan armature juga turut rosak akibat panas melampau.
Bearing sebelah dalam - 609
Gerudi elektrik ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah armature turut diganti.
Bulan lepas serai yang saya tanam di belakang rumah telah mengeluarkan satu pucuk yang panjang serta tinggi.
Serai berbunga...
Bulan ini pucuk tersebut telah tunduk dan berbunga seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Untuk makluman semua, rupa pucuk tersebut seperti padi yang telah berbuah dan ianya sangat kecil. Gambar yang saya ambil semua menggunakan fungsi macro.
Warna bunganya ialah ungu namun dalam gambar ianya seolah-olah warna merah jambu (pink).
Ini merupakan kali ke-2 saya melihat serai berbunga. Kali pertama saya terserempak serai berbunga sewaktu berjogging beberapa tahun lalu.