Showing posts with label refrigerator. Show all posts
Showing posts with label refrigerator. Show all posts

Tuesday, 2 December 2025

Samsung inverter fridge control PCB (DA41-00817A) repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah papan litar untuk peti sejuk inverter berjenama Samsung dengan masalah gagal berfungsi.

Samsung inverter fridge PCB (DA41-00817A)

Nombot rujuka papan litar ok ini ialah DA41-00817A atau B123X197 1414 ED00104581 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

C/D: DA41-00817A (B123X197)

Pemeriksaan dengan mata kasar pada papan litar menemui power IC meletup seperti boleh dilihat pada gambar di bawah

Power IC meletup...

Nombor rujukan power IC tersebut hanya diketahui setelah serpihan yang pecah ditemui seperti boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu TOP253PN.

Serpihan yang pecah - TOP253PN

Selain power IC, fius juga turut putus dengan rating 2A jelas tertera pada papan litar.

Fius 2A putus...

Setelah kedua-dua komponen rosak di atas diganti, pemeriksaan menyeluruh seterusnya tidak menemui sebarang komponen lain yang rosak.

Gantikan power IC yang baru...

Bagi mastikan ianya telah berjaya dibaiki, saya bekalkan arus elektrik melalui 2 pin yang telah ditandakan pada gambar di bawah.

Sambungan bekalan elektrik...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.


Selamat berDIY... 

Saturday, 5 March 2022

Dometic RH131LD minibar repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah minibar berjenama Dometic, model: RH131LD dan hanya diberitahu ianya rosak sahaja.

Dometic RM131LD

Peti sejuk seperti ini tidak menggunakan kompresor dan menggunakan elemen pemanas (heater). Gas yang digunakan juga berlainan daripada peti sejuk yang menggunakan kompressor.

Model: RM131LD

Pemeriksaan awal pada elemen pemanas masih elok dengan bacaan rintangan 672Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Elemen pemanas masih elok - 672Ω

Thermostat yang digunakan juga masih elok dan ada keterusan apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter.

Suis melekat di dalam...

Seterusnya saya dapati lampu di dalamnya tidak dipasang dan suis pintu gagal melantun kembali apabila dilepaskan selepas ditekan.

Ada kesan percikan api...

Setelah suis dibuka, saya dapati ada kesan percikan api dan berwarna hitam pada bahagian di mana mentol dipasang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Leraikan suis...

Apabila suis dileraikan, saya dapati springnya pendek serta gagal menolak suis kembali apabila dilepaskan setelah ditekan.

Spring pendek & tak kuat...

Apa yang saya lakukan ialah saya tarik spring tersebut supaya sedikit lebih panjang dan lebih elastik serta boleh mengembalikan suis semula apabila dilepaskan setelah ditekan.

Tarik untuk panjangkan spring...

Klip video di bawah saya rakam ketika menguji suis setelah diselengara iaitu hanya dengan memanjangkan sedikit springnya.

Minibar ini berfungsi tanpa masalah ketika saya uji setelah dengan hanya menyelengara suis pintu sahaja.

Pasang balik...

Saya berpendapat kesan letupan pada suis adalah disebabkan pemilik menukar mentol tanpa memadamkan minibar terlebih dahulu dan litar pintas berlaku. Mungkin pemilik trauma selepas itu dan meminta ianya diperiksa.

Selamat mencuba...

Saturday, 26 February 2022

Mengenalpasti terminal Start, Run dan Common pada compressor

Hari ini saya kongsikan cara-cara bagaimana untuk mengetahui 3 terminal pada compressor peti sejuk atau penghawa dingin.

Label pada compressor

Cara yang paling mudah ialah melihat pada labelnya seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan kedudukan sebenarnya pada compressor adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Lokasi terminal Start, Motor & Common pada compressor

Jika compressor tiada label, kita boleh menentukannya dengan mengukur rintangan pada ketiga-tiga terminalnya. Bacaan yang saya dapat pada kompressor di atas ialah:-

  1. rintangan terminal S & R/M = 41.3Ω
  2. rintangan terminal C & S = 10.7Ω
  3. rintangan terminal C & R/M = 30.8Ω

Bacaan tertinggi pada dua terminal memberitahu kita ianya adalah terminal S & R/M dan terminal satu lagi ialah terminal C.

Setelah terminal C dikenaplasti, ukur rintangan di antara C dengan S & R/M. Bacaan yang lebih tinggi itu ialah terminal R/M dan bacaan yang lebih rendah ialah terminal S.

Label pada terminal penyambung compressor

Selamat berDIY...

Wednesday, 16 February 2022

Baiki peti sejuk LG tidak sejuk

Peti sejuk ini saya beli pada 03/09/2016 serta pernah saya baiki sekali pada 13/05/2020 dan anda boleh rujuk di sini.

Minggu lepas, masalah sama berulang lagi iaitu peti sejuk tidak sejuk dan ais lebur serta bocor membasahi lantai.

Ketika saya mengujinya, compressor tidak berfungsi walaupun thermostat telah saya laraskan sehingga bunyi 'tik' kedengaran. Apabila saya putuskan bekalan elektrik serta dibiarkan beberapa jam dan diuji semula, ianya boleh berfungsi semula namun compressor gagal berfungsi lagi setelah beberapa jam selepas itu dan peti sejuk tidak sejuk semula.

Tak faham label...

Dua tahun yang lepas saya telah gantikan 'PTC starter' dan kali ini saya gantikan 'overload protector' pula seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

compressor - 95W

Masalah yang saya hadapi kali ini ialah tidak tahu apakah 'rating' untuk 'overload protector' yang digunakan sebab nombor rujukan yang digunakan lain daripada yang lain dan ianya buatan China.

Compressor 95W guna 1/8HP overload protector...

Setelah membuat sedikit kajian di atas talian, akhirnya saya menemui cara-cara memilih 'overload protector' berdasarkan kekuatan (kuasa) compressor seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

overload baharu - buatan Korea

Sehingga blog ini ditulis, hari ini merupakan hari ke-3 peti sejuk saya diuji tanpa masalah setelah 'overload protector' telah saya gantikan dengan yang baharu.

Selamat mencuba...

Wednesday, 13 May 2020

LG single door refrigerator repair

Pagi ini saya dikejutkan pula dengan kebocoran air pada peti sejuk berjenama LG yang dibeli pada 03/09/2016.
Jenama: LG
Apabila pintu peti sejuk dibuka dan diperiksa, semua ais telah lebur dan mengalir keluar membasahi lantai. Lampu di dalamnya boleh menyala namun tidak sejuk.
Circuit diagram
Apabila saya laraskan thermostat, bunyi 'tik' kedengaran namun 'compressor' tidak berfungsi.
Compressor
Seterusnya saya buka penyambung pada tepi 'compressor' dan setelah diperiksa, 'PTC starter' didapati rosak dan harus ditukar.
Tukar 'PTC starter' - QP2-22 MC1
Setelah 'PTC starter' saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kini 'compressor' kembali berfungsi semula.
Tested - ok
Sehingga blog ini ditulis, peti sejuk telah berfungsi tanpa masalah melebihi 3 jam. 'PTC starter' tersebut boleh dibeli secara atas talian di shopee/Lazada dengan menaip nombor rujukan (QP2-22) dan cari.
PTC starter
 Selamat mencuba...