Saturday 5 March 2022

Dometic RH131LD minibar repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah minibar berjenama Dometic, model: RH131LD dan hanya diberitahu ianya rosak sahaja.

Dometic RM131LD

Peti sejuk seperti ini tidak menggunakan kompresor dan menggunakan elemen pemanas (heater). Gas yang digunakan juga berlainan daripada peti sejuk yang menggunakan kompressor.

Model: RM131LD

Pemeriksaan awal pada elemen pemanas masih elok dengan bacaan rintangan 672Ω seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Elemen pemanas masih elok - 672Ω

Thermostat yang digunakan juga masih elok dan ada keterusan apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter.

Suis melekat di dalam...

Seterusnya saya dapati lampu di dalamnya tidak dipasang dan suis pintu gagal melantun kembali apabila dilepaskan selepas ditekan.

Ada kesan percikan api...

Setelah suis dibuka, saya dapati ada kesan percikan api dan berwarna hitam pada bahagian di mana mentol dipasang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Leraikan suis...

Apabila suis dileraikan, saya dapati springnya pendek serta gagal menolak suis kembali apabila dilepaskan setelah ditekan.

Spring pendek & tak kuat...

Apa yang saya lakukan ialah saya tarik spring tersebut supaya sedikit lebih panjang dan lebih elastik serta boleh mengembalikan suis semula apabila dilepaskan setelah ditekan.

Tarik untuk panjangkan spring...

Klip video di bawah saya rakam ketika menguji suis setelah diselengara iaitu hanya dengan memanjangkan sedikit springnya.

Minibar ini berfungsi tanpa masalah ketika saya uji setelah dengan hanya menyelengara suis pintu sahaja.

Pasang balik...

Saya berpendapat kesan letupan pada suis adalah disebabkan pemilik menukar mentol tanpa memadamkan minibar terlebih dahulu dan litar pintas berlaku. Mungkin pemilik trauma selepas itu dan meminta ianya diperiksa.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.