Wednesday 2 March 2022

FLUKE 115 POWER-UP OPTION

Saya telah menggunakan multimeter berjenama FLUKE model 115 ini beberapa tahun dan ianya sangat mesra pengguna.

FLUKE 115

Antara ciri-ciri yang mesra pengguna ialah:-

  1. menghasilkan bunyi 'beep' bila butang ditekan
  2. lampu backlight akan padam sendiri setelah 40 saat dihidupkan
  3. multimeter akan padam sendiri setelah 30 minit jika tidak digunakan
  4. mengeluarkan bunyi beep jika diod diperiksa elok
  5. mengeluarkan bunyi buzzer berterusan jika litar pintas
Power-up option

Baru-baru ini saya baru perasan yang multimeter ini boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan ianya tercatat pada bahagian belakang seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

bEEP - beep OFF

Hanya 3 fungsi sahaja yang boleh dilumpuhkan (disable) iaitu:-

  1. Lumpuhkan fungsi bunyi 'beep' bila ditekan
  2. Lumpuhkan fungsi 'auto off' lampu backlight
  3. Lumpuhkan fungsi 'auto off'
PoFF - Power OFF

Sebelum melumpuhkan ketiga-tiga fungsi di atas, multimeter harus dilaras ke OFF.

  1. Tekan butang 'MIN MAX' & hidupkan multimeter untuk padamkan bunyi 'beep'
  2. Tekan butang kuning & hidupkan multimeter untuk lumpuhkan 'auto off'
  3. Tekan butang backlight & hidupkan multimeter untuk lumpuhkan 'backlight auto off'
LoFF - Light OFF

Ketiga-tiga fungsi tersebut tidak kekal dan akan kembali normal setelah multimeter dipadam atau 'auto off'.

LCAP - Low impedance capacitance

Selain daripada 3 fungsi di atas, saya juga dapati multimeter ini juga boleh mengukur 'Low impedance capacitance' dengan menekan butang 'range' & hidupkan multimeter.

LoZ - Low input impedance

Perkataan LoZ akan terpapar pada skrin selepas itu jika dilaras ke bahagian untuk memeriksa kapasitor seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Menurut 'user manual' seperti boleh dilihat pada gambar di atas, bacaan kurang tepat (lower accuracy) jika menggunakan fungsi LoZ.

684 = 680nF

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bacaan yang saya dapat bila mengukur kapasitor yang sama berlabel 684 (680nF). Bacaan dengan fungsi LoZ sedikit tinggi berbanding fungsi normal.

LoZ - 682nF (684 = 680nF)

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.