Semalam saya dirujuk sebuah kipas angin dengan masalah langsung tidak berfungsi.
![]() |
KDK 25TGQ7 ventilating fan |
Menurut pemilik, ianya baru dibeli dan rosak setelah terjatuh dari tingkat 8 bangunan sewaktu hendak dipasang.
![]() |
Model: 25TGQ7 |
Apa yang mengejutkan saya ialah, hanya bahagian belakang motor sahaja yang sedikit kemek seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
Penutup belakang kemek... |
Setelah motornya saya buka, papan litar (PCB) yang menyambungkan bekalan elektrik telah tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
PCB tanggal & wayar tembaga putus... |
4 helai wayar halus dari bahagian stator motor yang disambung ke papan litar juga putus namun nasib agak baik sebab bahagian yang putus semuanya kelihatan dan telah berjaya disambung kembali.
![]() |
Kapasitor seramik 3.3uF |
Kipas angin ini menggunakan sebiji kapasitor seramik dengan nilai 3.3uF melalui wayar berwarna merah dan putih.
![]() |
Siap... |
Kipas angin yang jatuh dari tingkat 8 ini berjaya diselamatkan setelah hanya dengan menyambungkan 4 helai wayar yang terputus serta memasang kembali papan litar sahaja.
![]() |
580Ω |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.