Wednesday 16 March 2022

Reset factory setting decoder astro

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder astro model DMT890 dengan masalah lampu merah tidak berubah ke lampu hijau.

Setelah dibaiki dan diuji, skrin pertama yang terpapar pada TV ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Biasanya ini terjadi kepada dekoder yang baru dipasang atau telah melakukan 'reset factory settings' atau 'restore factory settings'..

Apa yang anda harus dilakukan ialah memilih 'setting' yang bersesuaian dan tekan 'ok' pada alat kawalan jauh sehingga proses selesai.

Proses setting biasanya akan terhenti pada skrin di bawah sebab anda perlu memilih 'entry point' untuk kawasan anda.

Anda perlu cuba satu per satu dan kawasan saya perlu memilih nombor 12 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Sekiranya dan anda dapat paparan pada TV seperti boleh dilihat pada gambar di atas, bermaksud ianya bukan 'entry point' untuk kawasan anda.

Anda hanya akan dapat paparan seperti di atas jika telah memilih 'entry point' yang betul untuk kawasan anda dan 'signal strength' serta 'signal quality' akan berubah menjadi hijau.

Setelah selesai proses 'new installation settings' dan jika anda dapat paparan pada TV seperti di atas, bermaksud siaran telah 'deactivate' oleh pihak astro sebab lama tidak digunakan. Anda boleh rujuk di sini untuk mengatifkan semula siaran.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.