Thursday, 3 March 2022

LG AKB72915215 remote control repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh TV berjenama LG model: AKB72915215 dengan masalah tidak berfungsi walaupun baterinya telah ditukar.

LG AKB72915215

Majoriti kerosakkan alat kawalan jauh adalah disebabkan oleh bateri yang digunakan telah bocor dan cecair bateri telah meresap ke papan litar.

AKB72915215

Masalah sedemikian hanya boleh diselesaikan jika kilang bateri mampu mencipta bateri yang tidak akan bocor atau guna bateri murah yang hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja serta menukarkkan bateri sebelum bocor.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka, jelas kelihatan ada kesan teroksida yang berwarna hijau akibat tindakbalas cecair bateri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kesan akibat cecair bateri bocor...

Setelah dibersihkan, alat kawalan jauh ini boleh berfungsi namun butang perlu ditekan lama atau 'slow response' dan masalah sedemikian pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

3.65Mhz resonator

Dari pengalaman lepas, ianya adalah disebabkan oleh kerosakkan pada sebiji resonator 3.64Mhz dan telah saya labelkan pada gambar di atas.

Pateri semula terminal resonator...

Biasanya sebelum saya gantikan resonator, saya akan pateri semula terminalnya dan jika masalah tetap sama, barulah saya tukarkan dengan yang baharu.

Alat kawalan jauh ini berjaya diselamatkan setelah terminal resonator saya pateri semula dan masalah 'slow response' selesai.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.