Sunday 13 March 2022

Disable Instagram account

Media sosial terawal yang saya ada suatu ketika dahulu ialah friendster, MySpace serta ICQ dan kesemuanya telah saya 'delete' ketika facebook muncul.

'disable' harus dilakukan menggunakan komputer....

Minggu lepas saya telah kongsikan cara bagaimana 'deactivate' facebook dan hari ini saya kongsikan pula cara 'disable/delete' laman sosial instagram. Kita boleh pilih untuk 'disable' atau 'delete' akaun instagram dan penerangannya boleh dibaca di sini.

1. Klik 'profile'...

Untuk makluman semua, proses 'disable' akaun instagram tidak dapat dilakukan melalui aplikasi (app) pada telefon bimbit. Ianya hanya boleh dilakukan dengan menggunakan 'browser' pada komputer.

klik 'temporarily disable my account...

Saya memilih untuk 'disable' dan bukan 'delete' sebab mungkin ada gambar serta video yang saya kongsikan diperlukan semula satu hari nanti.

Masukkan password...

Kini saya hanya menggunakan aplikasi whatsApp, Messenger dan email sahaja untuk berkomunikasi seharian selain talian telefon bimbit.

Berbeza dengan facebook, Instagram hanya boleh 'deactivate' sekali seminggu. Facebook boleh login dan 'deactivate' bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.