| Model: DLY-A070NA |
Hari ini saya cuba baiki pula sebiji lagi LED driver yang kelihatan rosak teruk sebelum ini seperti boleh dilihat pada gambar di bawah setelah dibuka.
| Meletup pada bahagian input... |
Sekali pandang, apa yang terlintas di fikiran saya ialah rosak teruk dan saya tinggalkan atas alasan susah atau mungkin gagal dibaiki.
| 'safety capacitor' meletup... |
Setelah kapasitor yang meletup serta wayar penyambung dibuka, papan litar tidak rosak dan cuma kelihatan hitam akibat letupan. Walaupun perintang putus namun rectifier masih elok dan tidak rosak.
| Buka komponen yang rosak... |
Komponen yang ditemui rosak ialah seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah iaitu:-
- sebiji perintang 10Ω (bertindak sebagai fius)
- sebiji kapasitor 0.22uF, 275v (berwarna kuning)
- potong dan sambung wayar yang telah lebur
| Komponen rosak telah ditukar... |
Walaupun kelihatan rosak teruk, ianya juga berjaya dibaiki dan memerlukan ketelitian lebih. Perintang yang saya gantikan sedikit tinggi iaitu 12Ω.
| Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.