Thursday 10 March 2022

Kenapa terminal wayar hidup soket & plug top lebur?

Hari ini saya kongsikan satu permasalahan yang sering diajukan kepada saya saban hari dan ramai tidak mengetahui punca kenapa ianya berlaku.

Soket & plug top lebur...

Permasalahan tersebut ialah kenapa terminal wayar hidup (live) sering terbakar atau lebur seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Bahagian belakang soket lebur...

Kebetulan saya masih menyimpan sebuah soket serta plug top yang lebur pernah dirujuk kepada saya sebelum ini untuk kegunaan 'water boiler'.

Fius panas...

Untuk pengetahun semua, masalah soket serta plug top lebur ini biasanya adalah disebabkan 'overload'. Plug top yang digunakan ialah 13A dan peralatan elektrik pula memerlukan arus elektrik mencecah 13A atau lebih adalah punca kenapa plug top serta soket lebur. Majoriti terminal yang lebur pula melibatkan wayar hidup. Kenapa?

Fius panas...

Walaupun arus elektrik digunakan telah mencecah 13A atau lebih tetapi fius tidak putus namun sebaliknya menjadi panas dan meleburkan plug top serta soket yang diperbuat daripada plastik. Wayar hidup pula disambung kepada bahagian fius dan sudah tentu ianya yang akan lebur.

Perbezaan warna fius...

Jadi, jika ada masalah sedemikian, puncanya ialah disebabkan 'overload'. Majoriti adalah disebabkan pemilik menukarkan plug top asal 15A kepada 13A sebab di rumahnya tiada soket 15A.

13A vs 15A

Jika anda pernah menukarkan plug top 15A kepada 13A, sila betulkan sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

Utamakan keselamatan (Safety first)...

4 comments:

  1. Asalammualaikum. Oh itu lah puncanya. Patut lah plug freezer saya kerap kena tukar soket.. Terima kasih ilmu

    ReplyDelete
  2. Dryer saya gunakan plug 13A, plug asal dsri kedai. Tapi panas hinga cair juga. Soket dinding tu saya dah tukar dgn yg agak mahal, tapi masih melekat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tukar plugtop & soket ke 15A selesai masalah.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.