Saturday 30 September 2017

YAMAHA powered mixer EMX5014c repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki sistem amplifier canggih YAMAHA powered mixer EMX5014c.

Amplifier ini dirujuk kepada saya dengan masalah tidak dapat dihidupkan.

Seperti biasa, bila telah dibuka perkara pertama yang harus kita lihat ialah komponen eletronik yang telah rosak dengan mata kasar.

Berikut adalah komponen yang rosak dan perlu di ganti:-
1. Zener diod (4biji)
2. Perintang 1ohm (4biji)
3. Voltage regulator (Satu biji)
4. Transistor (Satu biji)
5 biji zener diod rosak dan harus diganti
Zener diod yang rosak ialah:-
ZD901 - (27V)
ZD902 - (33V)
ZD903 - (16V)
ZD904 - (27V)
ZD905 - (8.2V)

Pastikan voltan zener diod diganti dengan yang sepadan. Anda boleh rujuk service manual di sini.
4 biji perintang 1ohm rosak dan harus diganti
Zener diod yang baru telah di ganti
4 biji perintang 1ohm telah diganti
Untuk makluman, kerosakan diod adalah diakibatkan oleh terdapat litar pintas pada papan litar dan biasanya disebabkan oleh transistor.

Setelah di periksa menyeluruh ternyata sebiji transistor C4793 telah rosak. Begitu juga dengan sebiji voltage regulator 5v (7805) seperti pada gambar di bawah.
1. voltage regulator (7805) & 2. Transistor juga rosak (C4793)
Kiri - voltage regulator & kanan - transistor
Transistor C4793 tak ada bekalan, oleh yang demikian saya terpaksa mencari transistor yang sepadan sebagai penganti iaitu BUX84 atau BUX85. Anda boleh mencari nombor transistor yang sepadan dengan C4793 di sini.
Alhamdulilah... boleh berfungsi lagi...

Sunday 17 September 2017

Baiki jek eletrik

Hari ini saya kongsikan satu lagi pengalaman membaiki jek pada treadmill.
Kod E-7
Ketika jek tidak berfungsi, treadmill akan mengeluarkan kod E-7 seperti pada gambar di atas. Treadmill tersebut berjenama: MERCK & model: intellectual.

Jek pada treadmill ini telah berkhidmat sejak tahun 2008 dan baru-baru ini masalahnya ialah kadang-kadang tak berfungsi. Kadang-kadang boleh naik tapi tak mau turun. Kadang-kadang bila treadmill baru dihidupkan pada waktu pagi tak berfungsi tapi bila dah panas boleh berfungsi macam biasa pula...

Simptom seperti ini jarang disebabkan kerosakan motor pada jek. Kalau motor rosak, kenalah beli jek yang baru.
Ini ialah jek pada treadmill.

Setelah dibuka penutup bahagian belakang jek, cuma ada 2 biji suis dan sebiji kapasitor sahaja kelihatan selain daripada wayar yang menyambungkan mereka. Oleh yang demikian saya menjangkakan ianya ialah akibat kerosakan pada kapasitor.
Setelah dibuka penutup belakang...
Setelah diperiksa kapasitor tersebut, bacaan hanya tinggal 0.3uF sahaja sedangkan nilai sebenar kapasitor tersebut ialah 5uF seperti pada gambar di bawah.
Kapasitor 5uF cuma tinggal 0.3uF...
Kadang-kadang nak cari alat ganti komponen pun satu hal, kita nak 5uF takda pula. Jadi saya masuk saja apa yang ada dan nilainya tak jauh berbeza iaitu 4uF. Kalau nak masukkan 6uF juga boleh tetapi ia boleh memendekkan jangka hayat jek tersebut.

Pastikan anda tahu kapasitor tersebut ac (arus ulang alik) atau dc (arus terus). Kapasitor yang perlu saya cari ialah kapasitor ac, 5uF 450V.
5uF takda bekalan, 4uF pun jadi lah...
Setelah diganti kapasitor dan diuji, ternyata tiada lagi ragam merajuknya pada treadmill tersebut.

Friday 15 September 2017

GRUNDFOS CU351 repair (control unit)

Hari ini saya kongsikan pengalaman saya membaiki unit kawalan pam air:-
Jenama: GRUNDFOS
Model: CU 351

Masalah unit kawalan ini ketika dirujuk kepada saya ialah tidak berfungsi langsung (mati total) seperti pada gambar di bawah.
Pandangan atas unit kawalan

Pandangan belakang unit kawalan (sebelum dibuka)
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, masalah mati total adalah disebabkan tiada bekalan eletrik DC. Komponen yang didapati rosak ialah pada 2 biji kapasitor (22uf, 450v) yang dilabel nombor "1" serta sebiji perintang 8.2ohm (8R2) yang dilabel nombor "2" pada gambar di bawah
1 - Kapasitor & 2 - perintang
Perintang 8R2 atau 8.2 ohm yang putus
Dah ganti kapasitor & perintang baru...
Perintang 8.2ohm pula tak ada bekalan, kedai eletronik cuma ada 7.5ohm dan 9.1ohm sahaja. Jadi saya ganti dengan 7.5ohm sahaja. Untuk makluman, perintang tersebut berfungsi sebagai fius pada papan litar, oleh yang demikian adalah lebih baik serta selamat untuk memilih rintangan yang rendah dari nilai asal jika tiada pengganti.
Alhamdulillah.. back to operation.
Selamat malam...

Wednesday 6 September 2017

APC ES500 (UPS) repair

Hari ini saya kongsikan cara membaiki UPS.

UPS yang saya maksudkan ialah:-
Jenama: APC
Model: ES500
Pandangan atas UPS
Masalah UPS ini ketika dirujuk kepada saya ialah buzzer berbunyi walaupun bekalan elektrik telah dibekalkan.
Pandangan bawah UPS
Pandangan dalam setelah di buka
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, punca utama kerosakan ialah pada relay dan beberapa biji kapastor juga telah di tukar berikutan bacaannya telah berkurangan melebihi 10%.
Relay didapati rosak
Pastikan relay yang dibeli bersesuaian - 12V
Setelah diganti relay serta kapasitor, UPS kini kembali berfungsi seperti biasa.

Tips:-
  1. Ganti bateri setelah 3 tahun digunakan (jangan tunggu sehingga UPS meragam baru ganti bateri)
  2. Padamkan keseluruhan UPS (suis pada UPS serta padamkan bekalan eletrik) jika tidak digunakan.
  3. Jika UPS jarang digunakan, pastikan anda hidupkan UPS sekurang-kurangnya sekali seminggu selama kira-kira sejam untuk mengecas bateri agar bateri lebih tahan lama.

Friday 1 September 2017

Induction cooktop - CHINDUCT PB900 repair

Hari ini saya nak kongsikan cara membaiki induction cooktop berjenama CHINDUCT, model: PB900.

Induction cooktop ini dirujuk kepada saya dengan masalah tidak panas dan kipas tidak berfungsi.
Pemandangan sebelum di buka
Pemandangan setelah dibuka
Setelah dibuka dan diperiksa, masalah yang menyebabkan induction cooktop ini tidak panas ialah disebabkan oleh tiada bekalan elektrik kepada bahagian pemanas. Punca tiada bekalan elektrik adalah disebabkan kerosakan pada 'relay' seperti yang dilabelkan nombor 1 pada gambar di bawah.

Setelah diperiksa menyeluruh, saya juga dapati kapasitor 2uF (ac) juga perlu diganti di sebabkan setelah di periksa dengan meter, bacaan menunjukan cuma 1.3uF sahaja. (kapasitor di label dengan nombor 2 pada gambar di bawah)

Untuk makluman jika bacaan kapasitor kurang 10% dari nilai sebenar haruslah di ganti agar peralatan elektrik berfungsi di tahap yang optimum.
1. relay 2. Kapasitor 2uF
Jika anda mencari alat ganti komponen elektronik, anda haruslah mencari yang sama dengan komponen asal.

Sebagai contoh kapasitor 2uF, pastikan cari yang sama 2uF sahaja. Pastikan anda tahu kapasitor tersebut ac atau dc.

Begitu juga dengan relay, pastikan bacaan voltan serta ampere adalah sama. Relay yang perlu saya cari ialah 24v, 16A.
Atas: kapasitor 2uF (ac)  Bawah: Relay (24V)
Setelah di ganti (relay & kapasitor), induction cooktop kini berfungsi seperti biasa. Pastikan peralatan elektronik yang anda baiki haruslah diuji terlebih dahulu
Alhamdulillah.. boleh pakai lagi.
Tips:-
  1. Jika induction cooktop anda tidak berfungsi langsung, pekara pertama yang harus anda periksa ialah belakan elektrik. pastikan fius tidak putus pada plug 3-pin & fius dalam papan litar.
  2. Jika fius tidak putus, seterusnya anda kena periksa transistor & rectifier pada papan litar.
  3. Jika bekalan elektrik tiada masalah tetapi tidak panas, anda kena periksa sensor serta pemanas (heater).
Selamat mencuba...